Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

30 Disember 2009

JADUAL KULIAH TUAN GURU SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI


1] 31 Disember 2009 (Khamis mlm Jumaat) - Kolej Insaniah, Alor Setar (Kitab Adabulmufrad)

2] 1 Januari 2010 (Kuliah Subuh) - Masjid Al-Muttaqin, Taman mahsuri, Jitra

3] 1 Januari 2010 (10.30 pagi) - PAKSI Sg. Petani (Kitab Hadis 10 Sahabat II)

4] 1 Januari 2010 (malam sabtu) - Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Sg.Petani (Hadis Kudsi)

5] 2 januari 2010 (Kuliah Subuh) - Masjid Bertam Indah, Kepala Batas, Penang

6] Malam Ahad (2 Jan 2010) hingga malam Isnin (3 Jan) - KL & Seremban

7] Pagi Isnin (4 Jan) hingga pagi Selasa (5 Jan) - Kuantan

Marilah sama-sama memenuhi taman-taman syurga bagi sesiapa yang ada kelapangan masa...InsyaAllah.

AL-QURAN TERJEMAHAN BAHASA IBAN

Terjemahan pertama al-Quran dalam bahasa Iban akan mula diterbitkan tahun depan bagi membantu golongan penutur bahasa tersebut memahami kitab suci Islam itu.

Projek penerbitan itu dimulakan dengan terjemahan edisi muqaddam, kemudian diikuti teks lengkap al-Quran pada 2011, kata pengerusi kumpulan syarikat PTS.

Ainon Mohd juga berkata terjemahan tersebut akan menjadi naskhah lengkap pertama terjemahan al-Quran dalam bahasa etnik terbesar di Sarawak.

"Terjemahan ini menggunakan bahasa Iban laras halus, sebagaimana yang digunakan oleh penutur aslinya. Belum ada lagi naskhah sedemikian," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Justeru, individu keturunan Iban yang berminat mengetahui isi kandungan al-Quran memang mengalami masalah tiada bahan rujukan.

"Bukan semua orang Iban mampu membaca dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Lagipun membaca dalam bahasa ibunda lebih mudah difahami," kata bekas pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu lagi.

Tambahnya, sasaran utama penerbitan terjemahan itu antaranya golongan muallaf yang bertutur dalam bahasa tersebut.

"Bahasa Iban adalah bahasa kaum bumiputera yang terbesar di Sarawak, oleh itu kami dapati ada pasaran niche bagi buku-buku dalam bahasa Iban," katanya dalam wawancara melalui emel.

"Golongan yang akan mendapat manfaat paling baik daripada penerbitan buku ini nanti adalah individu keturunan Iban yang sudah memeluk Islam, atau mereka yang mungkin akan memeluk Islam kerana mempunyai rancangan berkahwin dengan pasangan Islam.

"Namun kita yakin, masyarakat Iban yang tidak berminat dengan Islam pun tetap akan mendapat manfaat apabila membacanya kerana mereka akan dapat memahami dengan betul perbezaan-perbezaan pelbagai aliran agama di Malaysia ini. Sumber: malaysiakini/-

IBAN MUSLIM:
Alhamdulillah...akulah orang yang paling gembira dengan berita ini...semoga kaumku mendapat hidayah dengan penerangan yang jelas berkaitan al-Quran...

28 Disember 2009

JALAN KEBENARAN

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[Al-Baqarah:109]
Kita sebagai seorang yang telah Islam samada Islam secara lahiriyah ataupun mendapat hidayah di celah-celah usia yang berbaki ini seharusnya berhati-hati dengan dakyah yang tidak akan berkesudahan daripada orang-orang Nasrani mahupun Yahudi. Ayat 109 surah Al-Baqarah di atas dengan jelas memberi peringatan kepada kita bahawa inilah sifat sebenar golongan kafirun. Maka tidak hairanlah kita dengan serangan bertubi tanpa rasa jemu daripada golongan ini hingga hari kiamat kelak.
Sebagai seorang Mukmin yang unggul, semestinya kita beriman dengan penuh ketakwaan dan keyakinan yang tinggi tanpa berbelah bahagi. Berbeza dengan golongan kafirun samada Yahudi , Nasrani, ataupun musyrikun yang lain, mereka tetap angkuh dan sombong dengan pendirian mereka sehinggalah datang dengan jelas bukti di depan mata. Bukan semua perkara yang dapat dilihat oleh pandangan mata manusia yang amat terbatas ini. Sehinggakan, udara yang tidak pernah putus-putus beredar di serata alam kita tidak pernah melihat bentuk dan rupanya. Masakan kita terlalu sombong ingin melihat Allah dan para malaikat yang senantiasa mengawasi dan mencatat amal perbuatan manusia untuk ditapis samada ke syurga atau ke neraka. Benarlah mafhum ayat Allah berikut;

Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata,

[Al-Bayyinah: 1]
Rakan-rakan muslimin sekalian, sewajibnya bagi kita untuk berpegang teguh pada agama ini. Sebarang ujian dan dugaan sepanjang kita masih bernyawa di alam ini, ingatlah bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu sentiasa hadir bersama-sama dengan hikmahnya. Terpulang kepada kita untuk menerima dengan redha atau sebaliknya. Sudah pasti akan dicatat pahala ataupun dosa di sisi Allah untuk diberi penghakiman di akhirat nanti.
"Laa haula wa laa quwwata illa billah". Tiada daya upaya kita sebagai makhluk ini melainkan mengharapkan ehsan dan kasih daripada Allah semata-mata. Jari-jemari yang bersifat istimewanya ini, boleh menyentuh, menggenggam, merasa, dan menyuap sesuap nasi ke mulut tanpa tersilap lokasinya, itu semua ciptaan Allah. Itulah kebesaran Allah. Walaupun kita pejamkan mata sekalipun, makanan yang kita suap pasti tepat masuk ke mulut dan bukannya ke telinga ataupun hidung atau ke tempat lain. Betapa pemurahnya Allah pada makhluk tanpa mengira orang itu beriman ataupun kufur. Namun, orang-orang yang kufur tetap tidak mengenal erti penat lelah untuk menyesatkan kita daripada jalan kebenaran. Mereka tidak pernah merenung dan berfikir betapa pemurahnya Allah kepada setiap hambanya tanpa membezakan orang itu beriman atau tidak.
Terlalu banyak ayat Allah dalam Al-Quran memberi peringatan kepada kita tentang orang kafir. Mereka adalah golongan yang ingkar dan sombong. Walaupun bukti kebenaran Islam itu berada di depan mata sekalipun, mereka tetap berada di jalan kekufuran itu dengan pelbagai alasan yang hanya berlandaskan keterbatasan akal fikiran dan hawa nafsu semata-mata. Alangkah ruginya kita sebagai seorang manusia yang lemah ini jika ditutup pintu hidayah oleh Allah Taala. Tidak ada gunanya harta berjuta. Tidak ada gunanya kemewahan yang bertimbun. Tidak ada gunanya isteri dan anak-pinak. Jika... Jika pintu kebenaran ke arah petunjuk dan hidayah Allah telah ditutup rapi untuk kita. Maka, tunggulah azab dan balasan yang tidak terperi sakitnya di akhirat kelak. Allah berfirman (mafhum) dalam Surah Al-Araf ayat 146;

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

Sedarlah wahai diriku yang lemah ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah kepada seluruh manusia dan Maha Penyayang untuk seluruh Mukmin. Ya Allah, sesunggunya hamba-Mu ini tetap berpegang teguh pada ikatan keimanan kepada-Mu hingga akhir hayatku walau ada rintangan yang menghalang. Engkau berilah daku kekuatan untuk terus takwa kepada-Mu.

Ya Allah,

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
[Al-Fatihah: 6-7]

27 Disember 2009

Orang Yang Diredhai Allah

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan.

Sesungguhnya Neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk;

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan;

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

[Al-Furqan: 63-76]


26 Disember 2009

PUASA 'ASYURA

Dari Aisyah rha, katanya: “ Di zaman jahiliyyah, orang-orang Quraisy melakukan puasa pada hari ‘Asyura. Dan Rasulullah SAW pernah pula mempuasakannya. Tatkala baginda berhijrah ke Madinah, beliau mempuasakannya bahkan memerintahkan supaya umatnya mempuasakannya pula. Maka tatkala puasa Ramadhan diwajibkan, baginda bersabda, “ Siapa yang suka berpuasa di hari ‘Asyura silakan, dan siapa yang tidak suka, tidak mengapa (1094: Hadis Sahih Muslim, Jilid 2).
Dari Ibnu ‘Abbas ra, katanya: “ ketika Rasululllah SAW belum lama tiba di Madinah, didapatinya orang-orang Yahudi puasa pada hari “Asyura. Lalu mereka ditanya perihal itu (apa sebabnya mereka berpuasa pada hari itu). Jawab mereka, “ Hari ini adalah hari kemenangan Musa dan Bani Israil atas Fira’un. Kerana itu kami puasa pada hari ini untuk menghormati Musa”. Maka bersabda Nabi SAW., “ kami lebih layak memuliakan Musa daripada kamu”. Lalu baginda perintahkan supaya kaum muslimin puasa pada hari ‘Asyura. (1098: Hadis Sahih Muslim, Jilid 2).
Dari ‘Abdullah bin ‘Abbas ra., dia menceritakan bahawa ketika Rasulullah SAW puasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram) dan memerintahkan kaum Muslimin supaya berpuasa, para sahabat berkata, “ Hari ini adalah hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani”. Lalu Rasulullah SAW bersabda”: Apabila masih menyaksikan tahun yang akan datang, insyaAllah kita puasa pada tanggal 9 Muharram.” Kata “Abdullah selanjutnya, “ Ternyata tahun depan itu, baginda sudah wafat”. (1103: Hadis Sahih Muslim, Jilid 2)

24 Disember 2009

SELAMAT NYAMBUT HARI KRISMAS...

SELAMAT NYAMBUT HARI KRISMAS NUJU ABA, MAK, MENYADI, SERTA SEMUA TI NYAMBUT KRISMAS...
ANANG MEGA KELALU MAIOH NGIRUP ARAK...LEBOH SEBENING PALA, MACHAM2 UTAI TAU NYADI...BA KAMI ISLAM, ARAK TU INDU SEMUA PENYAI' SERETA INDU SEMUA PENYAKIT...
AKU ARAP...SITI HARI ILA KITAI SEBILIK SEMUA DIBERI PETUNJUK SERETA HIDAYAH ARI ALLAH TAALA NUJU JALAI PENGIDUP TI BETUL IANYA ISLAM...AKU TETAP BESAMPI NGAMBIKA KITAI SEMUA BEGEMPURU DALAM PENGARAP TI BETUL (ISLAM) JEMAH ILA...
TAJA PAN KITAI ENDA SAMA PENGARAP, AKU TETAP ANAK SEDUAI ABA/MAK...KITAI TETAP MENYADI SAMPAI JEMAH ILA...
SEMUA MENSIA BEKABAN...DATAI ARI AKI ENGGAU INI TI SAMA IANYA ADAM & HAWA...
BEDA KITAI...ISLAM TAUKA UKAI...
JALAI TI BETUL SEMINA ISLAM AJA....
SEMINA ISLAM AJA...
SEMINA ISLAM AJA...
SEMINA ISLAM AJA...

20 Disember 2009

RADIX Pizza

Emmm...menikmati Radix Pizza di Sungai Petani...alhamdulillah, ada juga alternatif bagi umat Islam...Produk alternatif bagi muslimin/muslimat yang teringin menikmati pizza ni...



Tak larat nak perabih!...bungkusss...

Hero 2 orang nih sedang menunggu hidangan pizza sambil menghirup sup....

el-zahraa inn

Cuti hujung minggu dan sempena Awal Muharram... 19/12/2009...menziarahi sahabat semasa di universiti dulu (sekarang bertugas di Keningau)...lokasinya, Padang Tembak, Kulim...
Selepas itu, bertolak memenuhi undangan walimatul urus di Kuala Kurau...rakan sekerja selamat mendirikan bahtera rumah tangga...semoga berbahagia dan melahirkan zuriat yang berbakti kepada Islam...InsyaAllah...
Jam 7.45 malam...seperti tertera pada jam di bawah...sampai di Sungai Petani utk melepaskan kepenatan...Saje menginap di SP...5 tahun lepas pernah bertugas di SP...suasananya berbeza dengan tahun yang lalu...


el-zahraa inn...tempat penginapan baru...alternatif terbaik untuk muslimin/muslimat yang berhajat berkunjung ke utara...penginapan yang selesa...dibangunkan oleh HPA...

Keadaan dalaman yang selesa untuk istirehat seisi keluarga...


Alhamdulillah...disediakan naskhah Al-Quran untuk bacaan tetamu...


Emm..sejadah...kain pelikat...kain batik...pun disediakan...saterika pun ada...
Alhamdulillah...


17 Disember 2009

SELAMAT TINGGAL 1430, SELAMAT DATANG 1431

Singkat masa berlalu...kita dah sampai ke penghujung Tahun 1430H. menjelang Maghrib hari ini kita melangkah ke permulaan Tahun baru 1431H.
Peristiwa Hijrah telah berlalu lebih seribu tahun yang lalu. Peristiwa besar bagi kita umat Muhammad s.a.w. Peristiwa penting tersebarnya agama benar daripada Allah s.w.t
Sama-samalah kita berdoa di akhir dan di awal tahun sebelum dan selepas maghrib nanti.
Semoga iman kita tahun ini mencapai KPI yang terbaik di sisi Allah dan layak mendapat APC di sisi-Nya di akhirat kelak. Dan, Sasaran Iman Tahunan kita bagi tahun 1431H dapat menunjukkan peningkatan dan bukannya semakin berkurang.
InsyaAllah...



Doa akhir Tahun


Doa Awal Tahun







16 Disember 2009

FUSSILAT (1-13)


1. Haa, Miim

2. Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

3. Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.

4. Dia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.

5. Dan mereka berkata: Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)!

6. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu) dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain),

7. Iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartabendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat.

8. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus.

9. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,

10. Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Dia melimpahkan berkat padanya dan Dia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.

11. Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela;

12. Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

13. Oleh itu, kalau mereka (yang musyrik) berpaling (daripada mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai Muhammad): Aku memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir, seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud!

[Surah Fussilat: 1-13]


Di antara ayat-ayat yang dibacakan oleh Ustaz Zahazan dalam kuliah beliau di IKIM.fm pagi tadi. Apabila kita renung dan dalami isi kandungan ayat-ayat Allah ini, kita sebagai hamba yang lemah ini sewajibnya patuh dan taat pada perintah Allah dan wajib sewajibnya beriman hanya pada Allah dan tidak sama sekali menyekutukan-Nya dengan yang lain.

Manusia yang degil dan sombong daripada beriman kepada Allah pasti akan bertemu dengan janji-Nya di akhirat kelak. Sudah tersedia azab yang amat pedih bagi mereka-mereka yang ingkar dan kekal dalam kekafiran.

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya." (Ali Imraan: 19)

Sebagai hamba yang lemah, sama-samalah kita berusaha menambahkan keimanan kita kepada Allah Taala agar kita terhindar daripada azab yang pasti diturunkan kepada manusia yang ingkar sama ada di dunia mahupun di akhirat.




12 Disember 2009

PERAK DARUL KARTUN SAMPAI DEPAN PAGAR

Tuuu...dia...naskhah yg dinanti baru sampai di dpn pagar...Gedung Kartun ada problem dgn KDN, so ganti dgn Perak Darul Kartun nih, kira orait...Thanks Mr.Zunar n team...
Sekadar bacaan santai...meredhakan tekanan minggu2 yg agak sibuk...maklumlah hujung tahun...

Tak dan buka lagi apa ada di dalam...

11 Disember 2009

'Gereja Episcopal Diocese' Lantik Seorang Lesbian Pembantu Biskop

Kiri, Rev. Canon Mary Glasspool, J. Jon Bruno dan Rev. Canon Diane Bruce, selepas dilantik sebagai pembantu paderi besar pada 5 Disember 2009.
PENGANUT agama Kristian dari 'Episcopal Diocese Los Angeles' melantik seorang paderi lesbian sebagai pembantu paderi besar pada Sabtu lalu.

Pelantikan ini besar kemungkinan akan menimbulkan ketegangan di antara penganut agama Kristian dari mahzab Anglican di gereja tersebut.

Paderi Rev Canon Mary Glasspool, 55, dari Baltimore ialah paderi homoseksual pertama dilantik sebagai pembantu biskop selepas pelantikan Gene Robinson dari New Hampshire pada 2003 mengancam perpaduan di kalangan ahli-ahli gereja.

Bagaimanapun, pelantikan Glasspool sebagai pembantu uskup mesti diluluskan oleh gereja kebangsaan Amerika.

Pelantikan golongan homoseksual sebagai paderi dan isu-isu yang berkaitan dengannya telah menyebabkan kira-kira 100,000 orang daripada golongan Episcopal berpisah dan memulakan gereja mereka sendiri.

Golongan yang terpisah ini menggelarkan diri mereka sebagai ahli gereja 'North America.'

Kebanyakan daripada gereja-gereja mahzab Anglican dari Afrika telah putus hubungan dengan gereja-gereja Anglican dari Amerika disebabkan isu tersbut.

Pada Julai tahun ini, dua juta daripada ahli-ahli dari gereja Episcopal menghentikan pelantikan golongan homosekual sebagai paderi buat sementara waktu.

Ini secara tidak langsung menghentikan perselisihan faham di antara golongan liberal dan konservatif dari gereja Episcopal yang juga merupakan penganut agama Kristian dari 80 juta mazhab Anglican di serata dunia.

Sementara itu, Glasspool menulis dalam sebuah laman portal luar negara yang beliau sangat teruja melihat masa depan gereja Episkopal.

"Saya gembira melihat kawasan uskup di Los Angeles kerana dapat menerima paderi yang mengamalkan cara hidup lesbian," tambahnya lagi.

Glasspool telah berkhidmat sebagai seorang paderi selama 27 tahun dan ayahnya juga merupakan seorang paderi di sebuah gereja Episcopal.

Sekiranya pelantikan Glasspool sebagai pembantu uskup tidak diluluskan oleh gereja nasional, beliau akan diserap masuk untuk menjadi pembantu biskop kepada J.Jon Bruno pada bulan Mei depan di kawasan uskup yang mempunyai kira-kira 70,000 orang ahli. Turut akan dilantik ialah pembantu biskop Rev Canon Diane Bruce.

Isu perlantikan Glasspool sebagai pembantu uskup di Amerika menghangatkan lagi isu-isu sedia ada yang berkaitan seperti perkahwinan pasangan homoseksual, pengambilan anak angkat oleh pasangan sejenis, serta kedudukkan golongan homoseksual dalam angkatan tentera.

Kajian sering kali menunjukkan penerimaan golongan homoseksual dan lesbian di kalangan rakyat Amerika semakin meningkat.

Namun begitu, kepercayaan penganut agama Kristian dari mazhab Protestan dan Mormon yang berkembang secara pesat di Amerika mengganggap perhubungan homoseksual sebagai dosa dan haram mengikut kitab agama Kristian, iaitu Bible.

sumber - mstar

8 Disember 2009

QURAN: BACA SEPARUH, TINGGAL SEPARUH. KENAPA?

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

[An-Nisa': 59]
Ayat ini dibacakan oleh seorang mufti dalam rancangan Bicara Mufti di sebuah stesyen TV pagi tadi. Malah, kita kerap mendengar khatib-khatib membacakan ayat ini di dalam khutbah-khutbah.
Namun, jika kita perhatikan, contohnya dalam siaran TV pagi tadi, ayat ini dibacakan separuh dan ditinggalkan separuh. Ayat ini sering dibaca sebegini:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. "
dan ayat yang ditinggalkan ialah:
"...Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. "
Kenapa? Sudah pasti ada kepentingan tertentu dan ada motifnya yang tersendiri. Mungkin tidak penting bagi kita, tapi dari sudut perlaksanaan hukum Islam ianya teramat penting!
Mengapa?
Jika kita perhatikan ayat yang kedua tersebut, "...jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya..." . Bermakna, undang-undang Islam perlu digunapakai dan dirujuk sepenuhnya dalam kepimpinan sesebuah negara atau mana-mana institusi kepimpinan.
Memandangkan tidak dilaksanakan undang-undang Islam di negara ini, maka ayat ini sering dibaca tidak lengkap atau dipergunakan untuk kepentingan tertentu sahaja. Para ulama tafsir pasti mempunyai hujah yang lagi mantap berkaitan perkara ini. Saya sekadar menulis dan berfikir, mengapa 'penyelewengan' maksud firman Allah tersebut.
Yang sesuai dengan kita, kita ambil dan hebahkan...
Yang seakan-akan memerangkap diri kerana tak laksana, ditinggalkan sebegitu...
Ingat!
Sebagai umat Islam, wajib kita beriman 100% terhadap Quran dan Sunnah!
Jangan kita menipu manusia kerana kita takut kepada manusia...malah yang lebih berkuasa daripada manusia adalah Allah yang menciptakan manusia itu sendiri!
Bukan nak mengatakan mufti atau khatib-khatib atau sesiapa sahaja tidak betul, tetapi hairan dan tertanya-tanya kenapa tidak dibacakan sehabisnya ayat itu? Ini baru satu ayat, belum satu surah, atau satu juzuk, atau keseluruhan Quran itu sendiri.
Merujuk tulisan Ibnu Khalil dalam Kitab Al-Quran&As-Sunnah sebagai Pedoman Hidup, beliau menghuraikan ayat ini begini:
"Dalam ayat An-Nisa':59, terkandung suatu perintah supaya orang-orang yang beriman taat kepada ulil amri atau orang-orang yang mempunyai kekuasaan di antara mereka. Tegasnya, orang-orang yang sedang memegang jawatan pemerintahan yang dilantik dan ditentukan oleh orang-orang yang beriman itu sendiri, yang terdiri dari orang-orang yang beriman pula, yang memerintah dan melarang menurut pimpinan dan petunjuk Allah dan Rasulnya. Jadi Bukan sebarang orang yang memegang jabatan pemerintahan yang harus dipatuhi."
Beliau turut menekankan bahawa segala urusan perlulah merujuk kepada Quran dan Sunnah jika kita benar-benar percaya kepada Allah dan hari kemudian.
Itulah hakikatnya.

5 Disember 2009

PILIHAN DALAM KEHIDUPAN

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang. [Surah Al-Kahfi: 29]


Setiap detik, setiap ketika, kita tidak boleh lari daripada membuat pilihan.

Pilihan untuk melakukan kebaikan atau kejahatan...

Memilih antara pahala atau dosa...

Memilih nikmat atau azab...

Memilih maksiat atau makrufat...

Memilih untuk memenangkan iman atau tunduk kalah pada desakan hawa nafsu dan syaitan...

Dan, yang lebih besar lagi adalah memilih samada beriman atau kekal dalam kekafiran...

Yang pastinya...setiap pilihan itu ada ganjaran dan hukuman yang Allah telah tentukan! Maka, sama-samalah kita bijak dalam membuat pilihan...

2010 FIFA WORLD CUP SOUTH AFRICA




4 Disember 2009

Keutamaan Saf Pertama


Riwayat dari Abu Hurairah r.a, berkata beliau: Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:


"Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi.


Seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir iaitu menyegerakan solat, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam solat Isyak dan solat Subuh, sudah tentu mereka akan mendatanginya meskipun secara merangkak."


[Bukhari-Muslim]



Selamat beribadat. Selamat bersegera mengerjakan kebaikan, lebih-lebih lagi di Hari Jumaat yang mulia ini yang digelar sebagai Penghulu Segala hari bagi kita umat Islam.


Ya Allah...jadikan aku dan zuriat keturunanku orang yang patuh pada perintah-Mu dan jauhi kami daripada lalai dalam mengingati-Mu...

2 Disember 2009

DETIK TERBAIK DALAM HIDUPMU...

"Sebaik-baik saat dalam hidupmu, ialah saat-saat di mana engkau merasa dan mengakui keperluanmu, dan kembali kepada adanya kerendahan dirimu."

[Syaikh Ibnu Atho'illah dalam Kitab Al-Hikam]
Sebaik-baik saat dalam masa hidupmu, ialah saat ingat kepada Tuhan dan putus hubungan dengan segala sesuatu yang lainnya. Iaitu pada saat merasakan benar-benar keperluanmu kepada Tuhan.
Sedang segala sesuatu yang lain tidak dapat menolong meringankan keperluanmu. Dan pada saat tidak ada pandangan yang lain dari Allah, maka pada saat itu murnilah pengertian tauhidmu kepada Allah.

1 Disember 2009

TUN SAMPAIKAN LUAHAN RAKAN ATAU INI LUAHAN TUN SENDIRI

Dicedok dari Blog Tun Mahathir

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.


Soalan Iban Muslim:
1. Bilakah UMNO akan melaksanakan hukum-hukum/undang-undang Islam di dalam pemerintahannya di Malaysia?
2. Kenapakah UMNO terus mendukung undang-undang penjajah dalam menerajui kepimpinan negara?
3. UMNO, undang-undang Islam tidak lengkapkah? atau Tidak sesuai dipraktikkan di negara ini?
4. Nabi pesan, selagi umatnya berpegang pada 2 perkara yakni Al-Quran dan Sunnah (Hadis), selamat hingga akhirat. Masih tidak yakinkah kamu?
5. Maka, kenapa tidak mahu laksana Islam sepenuhnya? Majmuk? Tak percaya dengan hukum Tuhan?