Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

4 Julai 2015

RAHMAT

Hari ini Ramadan yang ke-17 1436H hampir melabuhkan tirai. Terasa begitu pantas masa meninggalkan diri ini. Terasa masih banyak kepincangan ibadah yang semahunya amat berharap agar Tuhan Yang Maha Esa menerimanya. Aku tiada daya upaya selain mengharap rahmat dari-Nya. aku sedar bahawa untuk mencapai cita-cita ke syurga-Nya bukan kerana banyaknya amalan. Bukan kerana banyaknya ibadah. Tetapi, atas RAHMAT-NYA semata-mata.
 
Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksud):
 
"Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka." [HR. Muslim]
 
Moga-moga...ramadan yang semakin laju meninggalkan aku menjadi ramadan terbaik dalam hidupku. Semoga pecutan di fasa akhir nanti beroleh janji-Nya. Beroleh impian setiap mukmin. SATU malam. Malam yg lebih baik dari seribu bulan. Amin ya Rabb...
 
"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan." [Al-Qadr: Ayat 3]
 
Insan kerdil,
IM
17 Ramdan 1436H, 18.11pm
Teratak Melur.