DAJJAL...turunnya dajjal bermulanya tanda besar kiamat akan berlaku. Tatkala dajjal mengisytihar diri sebagai TUHAN, langit tidak akan menurunkan hujan, manakala bumi tidak akan menumbuhkan tanaman. Mata kanan dajjal akan buta, melihat hanya menggunakan mata kiri, dan di dahi tertulis 'kaf fa rho'. Hanya 'muslim sejati' sahaja yang akan melihat tulisan tersebut. Muslim sejati yg dimaksudkan ialah muslim yg benar-benar berpegang kepada agama Islam. Orang fasik dan munafik tidak akan terselamat daripada fitnah dajjal! Ciri-ciri fasik yg paling mudah dilihat ialah orang yang meninggalkan solat dan juga tidak menutup aurat dengan sempurna seperti mana yang dituntut oleh Islam.
Berapa lama dajjal akan hidup setelah isytihar diri sebagai TUHAN? EMPAT PULUH HARI!!! 40 hari yang cukup panjang. Hari pertama panjangnya seperti setahun; hari kedua seperti sebulan, hari ketiga seperti seminggu, dan hari yang keempat dan seterusnya baharulah kembali seperti hari-hari biasa. Secara mudahnya, jangka masa yang terpaksa manusia lalui pada masa itu ialah 439 hari (Dengan andaian kiraan hari pada waktu dajjal muncul adalah seperti berikut: 365 + 30 + 7 + 37). Masa yang amat kritikal dan panjang! Di sini bermula ujian besar bagi kita semua, samada akan termakan dengan fitnah dajjal atau terselamat. Pada masa ini tiada makanan bagi orang muslim melainkan hanya "Subhanallah, Alhamdulillah, LaaIllahaillallah, Allahu Akbar". REALITI BUKAN FANTASI!
Kaitannya dengan puasa fardhu yg kita laksanakan dalam bulan Ramadan ialah sekadar mana kita mampu untuk berlapar dahaga saat ketika munculnya dajjal nanti. Dalam bulan Ramadan kita menahan diri daripada tidak makan dan tidak minum dalam tempoh beberapa jam sahaja! Munculnya dajjal nanti, kita terpaksa 'berpuasa' 40 hari yang amat panjang!
Masya-Allah...kerja dajjal ini mengeluarkan orang muslim daripada agamanya. Murtad! Dajjal akan menguasai seluruh pelusuk bumi ini dalam masa 40 hari (panjangnya masa seperti 439 hari realiti). Dua tempat sahaja yang tidak boleh dimasuki dajjal, Mekah dan Madinah kerana dikawal askar-askar bersenjata dalam kalangan malaikat. Pelbagai kerosakan di atas muka bumi ini akan dilakukannya. Pada masa tersebut, dajjallah yang 'boleh' memberi makanan kepada manusia. Jika di bulan Ramadan ini kita tidak mampu nak tahan lapar dan dahaga, bagaimana kita hendak berdepan dengan dajjal di saat makanan dan minuman tidak ada, kecuali menjadi 'pengikut' dajjal. Automatik menjadi ahli neraka!
Huraian yang panjang telah Ustaz kemukakan, saya tidak mampu mencatat secara terperinci...insya-Allah kita pakat-pakat mengaji (menuntut ilmu) untuk mengetahui kisah benar ini. Ringkasnya, dajjal dan tentera-tenteranya akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Seterusnya, Nabi Isa a.s akan meneruskan panji-panji Islam di atas muka bumi ini sebagaimana ajaran Nabi Muhammad S.A.W sehingga akhir hayat, dan kehidupan di bumi akan berakhir dengan tiupan sangkakala...KIAMAT!
~Intipati kuliah ringkas Ustaz Wadi Annuar.
Masjid al-Majidi, Sungai layar, Sg.Setani
Majlis Ukhuwah Ramadan Kolej Komuniti Kedah, Perlis, P.Pinang 1436H.
Masjid al-Majidi, Sungai layar, Sg.Setani
Majlis Ukhuwah Ramadan Kolej Komuniti Kedah, Perlis, P.Pinang 1436H.
Dicatat: Ibanmuslim