Dari Ubadah bin
Shamit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesudahku nanti ada
pemimpin-pemimpin yang menguasai urusanmu. Mereka mengetahui urusanmu,
sedangkan kamu sendiri tidak mengetahuinya. Mereka menyembunyikan atasmu
sesuatu yang menjadi hakmu sedang kamu mengetahuinya. Barangsiapa yang menemui
kejadian seperti itu, maka janganlah mentaati orang yang berbuat durhaka kepada
Allah Azza Wa jalla. (Riwayat Thabrani dan Hakim).