Nafsiah
|
Salbiah
|
|
|
Wujud
|
Qidam
|
|
|
|
Baqa’
|
|
|
|
Mukhalafatuhu Lilhawadith
|
|
|
|
Qiyamuhu Binafsih
|
|
|
|
Wahdaniat
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ma’ani
|
Ma’nawiyah
|
Qudrat
|
Kaunuhu Qadiran
|
Iradat
|
Kaunuhu Muridan
|
Ilmu
|
Kaunuhu ‘Aliman
|
Hayat
|
Kaunuhu Hayyan
|
Sama’
|
Kaunuhu Sami’an
|
Bashar
|
Kaunuhu Bashiran
|
Kalam
|
Kaunuhu Mutakalliman
|
Sifat
Nafsiah:
Sifat
Nafsiah iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu.
Sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada
diri zat. Menurut Jumhur Ulama’ sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan
menunjukkan kepada perkara yang menumpang pada zat.
Sifat ‘Wujud’ dikatakan Sifat Nafsiah ertinya, wujud itu
bukan merupakan sifat yang menumpang atau menempel pada Zat Allah s.w.t. akan
tetapi Zat Allah s.w.t. itu dengan sendirinya kewujudan Allah. Ataupun Zat
Allah dengan Wujud Allah tidak dapat dipisahkan. Berbeza dengan Sifat Ma’ani
seperti Ilmu, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel pada Zat Allah.
Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan Zat Allah. Sebab Allah mengetahui
sesuatu dengan Ilmu-Nya, bukan dengan Zat-Nya. Hanya sifat ‘wujud’ sahaja yang
termasuk dalam Sifat Nafsiah.
Sifat Salbiah:
Salbiah maksudnya, menanggalkan, menolak ataupun menafikan.
Maksud sifat Salbiah dalam hal ini iaitu menolak sifat-sifat yang tidak layak
bagi Allah s.w.t. Umpamanya menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah
seperti Baqa’ ertinya kekal. Sifat ini menafikan sifat Fana’ ataupun binasa
bagi Allah s.w.t.
Sifat Ma’ani:
Sifat
Ma’ani ialah sifat yang Maujud atau ada yang berdiri pada Zat Allah s.w.t. yang
menyebabkan Zat itu bersifat dengan suatu hukum Sifat Ma’nawiyah. Umpamanya
Sifat Ma’ani seperti Ilmu, sifat ini ialah sifat yang berdiri pada Zat Allah.
Ertinya Ilmu itu sifat Allah bukan Zat Allah. Allah s.w.t. dapat mengetahui
sesuatu dengan Ilmu-Nya bukan dengan Zat-Nya. Yang menyebabkan zat itu bersifat
dengan sifat suatu hukum Sifat Ma’nawiyah maksudnya Allah dikatakan Kaunuhu
‘Aliman (Keadaan-Nya Berilmu). Kerana Allah mempunyai sifat Sama’ maka Allah
dikatakan Kaunuhu Sami’an (Keadaan-Nya Mendengar).
Sifat Ma’nawiyah:
Sifat Ma’nawiyah iaitu suatu perkara yang sabit atau yang
tetap bagi Zat Allah s.w.t.bersifat dengan Sifat Ma’ani. Di antara Sifat Ma’ani
dengan Sifat Ma’nawiyah tidak terpisahkan. Misalnya Keadaan Allah Berilmu (Kaunuhu
‘Aliman – Sifat Ma’nawiyah), ini kerana Allah mempunyai sifat Ilmu (Sifat
Ma’ani). Ataupun Allah s.w.t. dikatakan Kaunuhu Qadiran (Keadaan-Nya Berkuasa –
Sifat Ma’nawiyah) kerana Allah mempunyai sifat Qudrat (Kuasa – Sifat Ma’ani)
dan bergitu seumpamanya.
Ada beberapa sebab sifat-sifat ini dinamakan dengan Sifat
Ma’nawiyah iaitu, Sifat Ma’nawiyah merupakan cabang dari Sifat Ma’ani. Sesuatu
yang bersifat dengan ‘Alim dan Qadir umpamanya tidak boleh bersifat dengan
sifat-sifat itu melainkan setelah adanya ilmu dan qudrat baginya. Sifat Ma’ani
adalah sebagai ilat atau sebagai malzum kepada Sifat Ma’nawiyah sejak Azali
lagi, perhubungan antara keduanya adalah sebagai hubungan antara ilat dengan
ma’lulnya.
Sifat yang Wajib bagi ALLAH:
1. Sifat WUJUD: Ada
Allah s.w.t. wajib memiliki sifat Wujud ertinya Allah
s.w.t. itu wajib ada. Allah s.w.t. adalah sebagai Zat yang Wajibul Wujud
ertinya Zat yang wajib adanya. Wujudnya Allah s.w.t. tidak diragukan lagi,
kerana adanya Allah dapat dibuktikan dengan dalil Al-Quran dan Al-Hadith (dalil
naqal) dan dapat dibuktikan dengan akal (dalil aqali)
Allah s.w.t. tidak ada yang menjadikan-Nya dan tidak pula
Allah menjadikan diri-Nya sendiri. Adanya Allah tidak diduhului dengan tiada
dan tidak diakhiiri dengan tiada. Dan mustahil Allah itu tiada. Wujudnya Allah
s.w.t. mutlak ertinya adanya Allah s.w.t. itu wajib, dan mustahil jika Allah
tiada ada. Kewujudan-Nya tidak dibatasi oleh sesuatu, waktu, keadaan mahupun
tempat.
Wajib pada Syara’ atas tiap-tiap mukalah mengetahui serta
mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Allah Ta’ala dan tidak terima
‘Adam (tidak ada). Pengakuan didalam hati dengan tentu ada sungguh Allah Ta’ala
itulah dinamakan wajib pada ‘aqal. Dan pengakuan tentu tidak, tiada Allah
Ta’ala itulah dinamakan mustahil.
2. Sifat QIDAM: Sedia
Qidam ertinya ‘Sedia’, iaitu
adanya Allah s.w.t. tidak dengan permulaan dan mustahil bagi Allah kalau
berpermulaan. Sebab jika Allah berpermulaan bererti ada yang menjadikan dan
jika sesuatu itu ada yang menjadikan maka sudah pasti itu bukan Tuhan. Allah
tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, kerana Allah Dia-lah yang awal dan
Dia-lah yang akhir.
Qidamnya Allah, atau Allah itu dahulu atau sedia, ertinya
adanya Allah itu tidak bermula dan tidak berakhiran itu maksud tiada kesudahan
bagi Allah. Adanya Allah jelas dan nyata dan menguasai atas segala yang batin
atau mengetahui segala yang tersembunyi. Zat-Nya tidak dapat disaksikan dengan
mata begitu juga akal dan hati tidak mampu untuk mengetahui tentang-Nya.
Sifat
Qidam merupakan Sifat Salbiah, iaitu menafikan atau menolak sifat yang
berlawanan dengannya. Jika sudah terang dan nyata Allah bersifat Qidam ertinya
tidak berpermulaan, bererti sifat Qidam itu sendiri menafikan sifat yang
menjadi lawan dengannya, iaitu sifat Huduts atau baharu. Adanya Allah sudah
tentu semenjak dari zaman Azali lagi iaitu sebelum segala sesuatu itu ada.
Setiap insan wajib mengimani tentang kewujudan Allah itu tidak berpermulaan dan
tidak pula akan berakhir.
Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui
serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh Sedianya Allah Ta’ala dan
tidak terima Huduth (baharu atau berpermulaan). Pengakuan didalam hati dengan
tentu sungguh Allah Ta’ala bersifat Sedia itulah dinamakan dai wajib pada
‘aqal, dan pengakuan didalam hati dengan tentu tidak baharu itulah dimanakan
dia mustahil pada ‘aqal.
3. Sifat
BAQA’: Kekal
Allah s.w.t wajib mempunyai sifat Baqa’,ertinya kekal
ataupun tidak berkesudahan, wujud Allah kekal untuk selama-lamanya, tidak ada
batasan waktu ataupun masa. Orang yang beriman kepada Allah menyakini bahawa
yang menciptakannya itu kekal tanpa berkesudahan, begitu juga harus dipercayai
oleh setiap insan bahawasanya kehidupan makhluk akan berakhir dengan kebinasaan
dan kehancuran, dan akan ia kembali kepada Allah s.w.t. Yang Maha Kekal.
Dengan mempercayai akan Allah mempunyai sifat Baqa’, ianya
akan menguatkan keyakinan tentang adanya kehidupan di akhirat, sebagai
meneruskan kehidupan di atas dunia yang fana’ ini. Kerana masih ada Pencipta
Yang Maha Baqa’ yang mengaturkan tentang kehidupan di akhirat kelak.
Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta
mengaku didalam hati akan tentu sungguh Allah Ta’ala Kekal dan tidak menerima
Fana’ (binasa). Pengakuan didalam hati dengan tentu sungguh Allah Ta’ala
bersifat Baqa’ itulah dikatakan wajib pada ‘aqal, dan pengakuan tentu didalam
hati akan binasa Allah Ta’ala itu mustahil pada ‘aqal.
4. Sifat
MUKHALAFATUHU LILHAWADITH: Berlainan dengan sekali makhluk
Allah s.w.t. bersifat Mukhalafatuhu Lilhawadith, ertinya
Allah berlainan dengan sekalian makhluk. Sudah tentu mustahil bagi Allah
menyerupai akan sesuatu. Sebab Allah tidak sama dengan bentuk makhluk
ciptaan-Nya, baik makhluk yang bernyawa ataupun tidak bernyawa. Berbeza Zat
Allah dengan makhluk ertinya Zat-Nya tidak sama dengan makhluk. Berbezanya
sifat-safit Allah dengan makhluk ciptaan-Nya maksudnya, sifat-sifat Allah tidak
sama dengan makhluk.
Perbezaan Zat Allah dengan sesuatu yang baharu maksudnya bahawa
Zat Allah tidak sama dengan benda lain yang diciptakan-Nya, yang memiliki zat
yang baharu. Berbeza sifat Allah dengan sesuatu yang baharu juga tidak sama
dengan sifat segala benda selain Allah. Begitu juga dengan perbuatan Allah,
tidak sama dengan perbuatan baharu atau segala benda yang ada di alam ini.
Jika kita bayangkan Allah itu dengan sesuatu benda yang ada
di alam ini bererti kita telah mempersekutukan Allah dengan yang lain, syirik
hukumnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dalam menghayati sifat-sifat yang
wajib bagi Allah ini, jangan sampai pemikiran dan minda kita dipimpin oleh
syaithan, sehingga sampai pada peringkat mempersekutukan Allah. Na’zubillah.
Wajib
pada syara’ diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta i’tiqad dan mengaku putus
didalam hati akan tentu sungguh bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu
dan tiada menyamai-Nya (Mumathalatuhu Lilhawadith). Firman Allah Ta’ala:
“Tidak
ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi
Maha Melihat.” (Asy-Syura, 11)
Dan
bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan juga tidak menyamai-Nya
itulah dikatankan sifat Mukhalafatuhu Ta’ala Lilhawadith dan makna bersalahan
itu tiga perkara:
1) Bersalahan
pada zat dengan makna Zat Allah Ta’ala bukannya Jirim yang bertempat walaupun
dimana tempat an makhluk itu semuanya jirim yang bertempat. Kalau bergitu tidak
boleh dikatakan Allah Ta’ala itu bertempat dimana-mana tempat, maka jika
didapati didalam Al-Quran atau Hadith barang yang memberi waham menyerupai dan
bertempat maka dinamakan ayat itu ayat Mutashabihat dan Hadith Mutashabihat.
2) Dan
bersalahan sifa itu ialah sifat-sifat Allah itu bukan ‘Aradh yang bertangkap
pada jirim dan bertempat bersama dengan jirim. Kalau bergitu. Tidak bolehlah
dikatakan Allah Ta’ala berhajat dimana-mana hajat dan sebagainya daripada
sifat-sifat yang baharu. Dan bersalahan pada perbuatan itu ialah perbuatan
Allah Ta’ala, bukan seperti perbuatan yang baharu. Kerana perbuatan Allah
Ta’ala menjadikan yang tiada itu ada, dan bukan pula perbuatan Allah Ta’ala itu
daripada yang baharu.
3) Dan dalil bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu
dan tidak menyamai itu ialah kita fikir, jikalau Allah Ta’ala tidak bersalahan
bagi segala yang baharu, nescaya adalah Ia menyamai dengan sesuatu yang baharu
ini, maka jika menyamai dengan yang baharu tentulah Ianya baru seperti itu juga
dan iaitu bathal kerana telah terdahulu bersifat Qadim dengan dalil-dalil yang
nyata maka tetaplah Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tidak menyamainya
itulah pengakuan yang sebenar.
5. Sifat QIYAMUHU BINAFSIHI: Berdiri dengan sendiriNya.
Qiyamuhu Binafsihi maksudnya berdiri dengan sendiriNya,
bahawa Allah bersifat berdiri dengan sendiri bukan bergantung dengan selain
dari-Nya. Allah tidak bergantung terhadap yang diciptakan-Nya, sebaliknya
sesuatu yang diciptakan-Nya itu setiap saat selalau berhajat kepada Allah
s.w.t.
Allat s.w.t. tidak berhajat dan berkehendak terhadap sesuatu
yang lain, tidak memerlukan bantuan kepada makhluk-makhluk-Nya. Allah bersifat
Qiyamuhu Binafsihi, mustahil jika Allah berhajat dan meminta pertolongan dengan
alam yang akan binasa.
Allah Maha Berkuasa memiliki segala apa yang ada dilangit
dan bumi. Kemudian tidak sukar bagi Allah untuk mengurusi segala sesuatu yang
ada di alam ini. Dia Maha Perkasa tidak pula Ia memerlukan bantuan dalam
mengurusi segala ciptaan-Nya yang banyak itu.
Wajib pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku
didalam hati akan tentu sungguh berdirinya Allah Ta’ala dengan sendirinya
(Qiyamuhu Binafsihi), dan tidak berkehendak kepada yang menjadi dan tidak
berkehendak kepada zat (Muhtajun Ila Ghairih).
6. Sifat
WAHDANIYAH: Allah Maha Esa (Ke-Esa-an)
Wahdaniyah ertinya Allah Maha Esa, tidak berbilang-bilang
jumlahnya. Esa Allah Ta’ala itu ialah pada Zat-Nya, Sifat-Nya dan Af’al-Nya.
Allah itu Esa, maka janganlah sekali-kali kita membayangkan atau memikirkan
bahawa ada tuhan yang lain selain daripada Allah. Beriman kepada ke-Esa-an
Allah, memudahkan bagi kita untuk beribadah dan berharap kepada Yang Satu.
Di samping kita percaya bahawa Zat Allah s.w.t. itu Esa,
kita juga harus yakini bahawa sifat-sifat Allah itu mempunyai nilai yang tidak
mengenal batas. Jika dikatakan Allah itu Maha Pemurah, maka pemurahnya Allah
itu tidak mengenal batas. Jika Allah itu bersifat Maha Pengampun, maka ampunan
Allah itu tidak mengenal batas. Walau betapa besar dosa dan kesalah nseseorang
itu, jika Allah menghendaki keampunan-Nya, maka dosa-dosa orang tersebut akan diampuni
Allah s.w.t.
Dan makna Esa pada Zat Allah itu ialah Zat Allah yang tidak
bersusun daripada beberapa Zat yang boleh dibilangkan dengan sekurang-kurangnya
bilangan dengan baharu, boleh dikerat, dibelah dan dipotong seperti bagi zat
yang baharu.
Kam-mutashil
|
Zat
|
Berbilangan yang berhubungan dengan Zat
Allah Ta’ala
|
|
Sifat
|
Berbilangan yang berhubungan dengan Sifat
Allah Ta’ala
|
|
Perbuatan
|
Berbilangan yang berhubungan dengan
Perbuatan Allah Ta’ala
|
|
|
|
Kam-munfashil
|
Zat
|
Bilangan yang berasing-asing pada Zat Allah
Ta’ala
|
|
Sifat
|
Bilangan yang berasing-asing pada Sifat
Allah Ta’ala
|
|
Perbuatan
|
Bilangan yang berasing-asing pada Perbuatan
Allah Ta’ala
|
Wajib
pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku putus dalam hatinya akan
tentu sungguh Allah Ta’ala itu Esa pada Zat-Nya, Sifat-Nya dan Af’al-Nya. Dan
tidak Ta’addud (berbilang-bilangan).
7. Sifat QUDRAT: Allah Maha Kuasa (Pekuasa)
Qudrat
ertinya Allah Maha Berkuasa keatas segala sesuatu. Hanya Allah yang berkuasa,
sedangkan selain Allah sebenarnya tidak mempunyai kekuatan dan kekuasaan.
Kekuasaan Allah mutlak milik-Nya. Kekuasaan Allah itu bukan datangnya kemudian,
tetapi sudah ada semenjak zaman Azali lagi, iaitu sebelum adanya sesuatu selain
daripada Alah s.w.t.
Allah s.w.t. menjadikan segala sesuatu yang dikehendaki-Nya.
Firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya
keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah”,
maka jadilah ia.” (Yassin:
82)
Pada
sifat Qudrat, Allah Ta’ala Maha Kuasa mengadakan dan meniadakan sesuatu mumkin,
dan bagi Qudrat itu beberapa takluq (menuntut sifat akan satu pekerjaan lain
daripada menuntut di Zat-Nya), iaini beberapa tugas.
Wajib pada syara’ diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta
mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Tuhan Pekuasa, iaitu Allah Maha
Kuasa, dan tidak sekali-kali ‘Ajzun (lemah).
8. Sifat IRADAT: Berkehendak
Allah s.w.r. mempunyai sifat Iradat, iaitu berkehendak,
maksudnya bahawa Allah s.w.t. dalam menciptakan segala sesuatu berpedoman
kepada kehendak-Nya. Begitulah alam semesta ini terjadi, kerana Kudrat dan
Iradat Allah, diatas Kekuasaan dan Kehendak Allah s.w.t. dan tidak ada
batasannya dan tidak dapat dilukiskan melalui fikiran manusia tentang keinginan
Allah.
Dan Iradat itu ialah satu sifat yang sedia kala pada Zat
Allah. Dengan sifat Iradat, Allah Ta’ala mengkehendaki dan menentukan mumkin
dengan setengah-setengah barang yang harus atas mumkin.
Wajib pada syara; atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta
mengaku akan tentu sungguh didalam hatinya ada Allah Ta’ala itu bersifat
Iradat, dan tidak menerima Karahah (terpaksa).
9. Sifat
ILMU: Allah Maha Mengetahui
Allah bersifat ilmu, ertinya bahawa Allah Maha Mengetaui.
Allah memiliki pengetahuan dan mengetahui akan segala sesuatu, yang sudah
berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku, baik di langit, dibumi
mahupun yang diantaranya, dan segala sesuatu yang diciptakan-Nya.
Dan Ilmu itu ialah sifat yang ada ia di Zat Allah Ta’ala,
yang nyata segala perkara yang wajib dan yang mustahil dan yang harus itu
dengan Ilmu yakni dengan pengetahuan tidak jahil. Dan makna mengetahui akan
segala perkara yang wajib itu mengetahui dengan sungguhnya dan mengetahuisegala
yang mustahil itu mengetahui dengan tidaknya, dan mengetahui perkara yang harus
itu mengetahui akan ada atau tiada atau akan tiadanya.
Wajib atas syara’ atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta
mengaku didalam hati akan tentu sungguh ada di Zat Allah Ta’ala itu Ilmu, dan
tidak menerima akan Allah itu Jahlun (jahil).
10. Sifat
HAYAT: Hidup
Allah s.w.t. wajib mempunyai sifat Hayat iaitu hidup, dan
mustahil bagi-Nya mempunyai sifat binasa yang sama dengan makhluk. Sifat hidup
Allah ini tidak sama sebagaimana dengan kehidupan alam, seperti manusia,
malaikat haiwan dan makhluk-makhluk yang lainnya. Allah hidup tidak berhajat terhadap
sesuatu, seperti pada makhluk yang menghajatkan dan memerlukan nyawa, nafas,
makan dan minum. Kehidupan makhluk merupakan hasil daripada pemberian Allah,
maka pada saat yang dikehendaki-Nya, kehidupan makhluk itu dapat berakhir.
Wajib diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku akan
tentu sungguh didalam hatinya Allah mempunyai sifat Hayat, satu sifat yang ada
pada Zat Allah dan dengan sifat Hayat ini Allah Ta’ala hidup, dan tidak akan
menerima akan Maut.
11. Sifat
SAMA’: Allah Maha Mendengar
Sama’ ertinya Mendengar dan Allah bersifat Sama’ bahawa
Allah Maha Mendengar segala sesuatu yang diperkatakan oleh makhluk-makhluk-Nya.
Allah Maha Mendengar baik yang kuat mahupun perkara yang dibisikkan oleh
makhluk-Nya. Walaupun begitu pendengaran yang ada pada Allah tidak berhajat
pada sesuatu yang ada pada makhluk-Nya.
Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui
serta mengaku akan tentu sungguh pada hatinya akan sifat Sama’ ini yang ada
pada Allah Ta’ala, dan tidak sekali-kali Allah menerima sifat Shomam (tuli).
12. Sifat
BASYAR: Allah Maha Melihat
Allah
bersifat Basyar ertinya bahawa Allah Maha Melihat apa sahaja yang ada di alam
ini. Allah dapat melihat segala gerak geri makhluk-Nya. Namun Penglihatan Allah
itu tidaklah sama dengan penglihatan makhluk ciptaan-Nya. Allah tidak berhajat
seperti makhluk-Nya untuk melihat.
Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui
serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada pada Allah Ta’ala itu
sifat Basyar, dan iaitu satu sifat yang ada di Zat Allah. Tidak Allah
sekali-kali menerima akan sifat ‘Umyun (buta).
13. Sifat
KALAM: Allah Berkata-kata
Allah mempunyai sifat Kalam atau berkata-kata, dan mustahil
bagi Allah Yang Maha Agung itu bersifat berlawanan dengan sifat Kalam. Walaubagaimanapun
Kalam Allah tidak seperti yang dihajatkan oleh makhluk-Nya. Kalam Allah itu
dinamakan Wahyu yang diberikan kepada makhluk-Nya sebagai mendatangkan
kebenaran-Nya.
Wajib diatas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku
akan tentu sungguh pada hatinya akan Allah mempunyai sifat Kalam. Iaitu satu
sifat yang sedia kala di Zat AllahTa’ala. Dengan adanya sifat inilah Allah
tidak akan sekali-kali menerima sifat Bukmun (bisu)
14. Sifat
KAUNUHU QADIRAN: Allah tetap selalau dalam keadaan Berkuasa
15. Sifat
KAUNUHU MURIDAN: Allah tetap dalam keadaan Menghendaki
16. Sifat
KAUNUHU ALIMAN: Allah tetap dalam keadaan Mengetahui
17. Sifat
KAUNUHU HAYYAN: Allah tetap dalam keadaan Hidup
18. Sifat
KAUNUHU SAMI’AN: Allah tetap dalam keadaan Mendengar
19. Sifat
KAUNUHU BASIRAN: Allah tetap dalam keadaan Melihat
20. Sifat
KAUNUHU MUTAKALLIMAN: Allah tetap dalam keadaan Berkata-kata
Rumusan
daripada: Al-Misbahul Munir
Abdul Aziz Bin Ismail Al-Fatani