Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

19 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Semoga tarbiah yang kita semua lalui dalam bulan Ramadhan yang telah berlalu meninggalkan kita dapat diterjemahkan di dalam kehidupan kita di bulan-bulan seterusnya. Sama-sama kita berdoa agar segala amal ibadat yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT. Dan, besar harapan kita semua agar kita mendapat rahmat, keampunan, dan pembebasan daripada api neraka Allah SWT.

Salam kemaafan,

IM.