Air mata dan darah saudara
seakidah mengalir dan menitis lagi. Umat Islam Rohingya kini sedang
terseksa, sebenarnya derita yang mereka tanggung hari ini hanyalah
episod-episod duka yang tidak pernah bernoktah sejak zaman-berzaman.
Dari sudut geografi, umat islam Rohingya tinggal di utara negeri
Rakhine (dahulunya dikenali sebagai Arakan) yang terletak di barat daya
Mynmar yang bersempadan dengan Bangladesh. Tapi dari sudut agama, mereka
amatlah dekat dengan setiap umat Islam lantaran persamaan akidah.
Orang Islam Rohingya pada asalnya adalah sebahagian penduduk pemerintahan
beraja Mrauk-U di Arakan. Mereka terhimpit antara pemerintahan beraja
di Burma yang mengamalkan agama Budha di sebelah timur, dengan raja-raja
Moghul yang beragama Islam di barat.Walaupun raja-raja Mrauk-U beragama
Budha, namun orang-orang Islam tetap memainkan peranan yang penting
dalam pentadbiran kerajaan mereka.
Pada
tahun 1784, Raja Burma, Bodawpaya telah bertindak menakluki wilayah
Arakan. Ini menyebabkan orang-orang Islam, termasuk orang Rohingya
menjadi pelarian di Chittagong Bangladesh dan ramai juga yang terus
menetap di sana. Di bawah pemerintahan British pula, Burma ditadbir
sebagai sebahagian daripada India.
Apabila
Burma mencapai kemerdekaan pada 1948, hubungan negara itu dengan orang
Rohingya semakin tegang, terutamanya apabila sekumpulan Muslim di Arakan
cuba menyatukan Maungdaw dan Bthidaung bagi membentuk Pakistan Timur.
Akibatnya, Rangoon menafikan hak kerakyatan kepada orang-orang Rohingya,
dan mereka tidak dibenarkan menjadi tentera dan bekerja dalam
perkhidmatan awam.
Menjelang
tahun 1950, sesetengah orang Rohingya melancarkan pemberontakan
bersenjata, tetapi dapat dipatahkan empat tahun kemudian. Setelah pihak
tentera berkuasa di Burma pada tahun 1962, orang-orang Rohingya semakin
teruk ditindas sehingga menyebabkan lebih 200,000 orang melarikan diri
ke Bangladesh pada tahun 1978.
Pada
tahun 1991-1992, lebih 250,000 orang lagi orang Rohingya menjadi
pelarian di Bangladesh bagi mengelak dari menjadi buruh paksa, dirogol
dan pembersihan etnik oleh pemerintah Burma.
Manakala
orang-orang Rohingya yang terus tinggal di Burma dikatakan terus
tertindas sehingga kini. Mereka masih tidak diberikan hak warganegara,
anak-anak mereka pula hanya dibenarkan bersekolah di sekolah kerajaan
hingga peringkat rendah sahaja, dan terpaksa menjadi buruh paksa.
Gambar: Salah seorang sami yang berkempen agar dihapuskan masyarakat Rohingya di bumi Burma/Myanmar kerana mereka mendakwa kewujudan masyarakat Islam menyebabkan terjejasnya agama Budha sebagaimana mereka dakwa berlaku di tanah melayu (Malaysia/Indonesia) di mana, Islam 'memakan' agama buddha!!! Satu dakwaan yang amat jahat!!!
Lagi berita berkaitan penderitaan saudara seIslam kita di Rohingya...klik di sini
Tugas kita yang utama ada DUA...Pertama, berDOAlah agar saudara Islam kita di Rohingya ini tidak lagi menjadi mangsa kezaliman di Burma/Myanmar. Kedua, hulurkanlah sumbangan berupa wang agar dapat disalurkan kepada mereka.