Dari Muaz bin
Jabal r.a, berkata: "Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan
aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka."
Jawab Nabi SAW : "Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang
besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan
oleh Allah Ta'ala, iaitu: Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak
menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke
Baitullah." Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan pokok
amalan, tiangnya dan kemuncaknya?" Aku menjawab: "Mahu, ya
Rasulullah." Sabda baginda: "Pokok amalan ialah Islam, tiangnya
ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad."
Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan kunci
kepada semua pekara ini?" Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah."
Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata: "Awas, jaga ini
baik-baik."
Aku bertanya: "Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana
berkata dengannya?" Baginda lalu menjawab: "Dan tidak akan
dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke
dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka."