IM: Alhamdulillah...semoga dipermudahkan jalan dalam memahami dan melaksanakan Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian. Insya-Allah.
24 Oktober 2013
SEKELUARGA IBAN MEMELUK ISLAM
IM: Alhamdulillah...semoga dipermudahkan jalan dalam memahami dan melaksanakan Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian. Insya-Allah.
"Dan Allah akan menambahi hidayat petunjuk bagi
orang-orang yang menurut jalan petunjuk dan amal-amal yang baik yang tetap
kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan
lebih baik kesudahannya." (Surah Maryam: Ayat 76)
Sementara itu, beringatlah bahawa syaitan-syaitan tak pernah duduk diam di atas hidayat yang diterima.
"Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan
itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka
bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat
petunjuk." (Surah Az-Zukhruf: Ayat 37)
Catatan IBAN MUSLIM pada 10/24/2013 02:28:00 PTG
BRUNEI LAKSANA HUKUM HUDUD
Allahuakbar! Alhamdulillah. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Semoga menjadi contoh dan tauladan kepada negara-negara yang lain. InsyaAllah.
Sumber: FB Brunei Islam
Bacaan lanjut: Klik Pelita Brunei
Catatan IBAN MUSLIM pada 10/24/2013 02:14:00 PTG
22 Oktober 2013
KALIMAH ALLAH
Sumber Asal: Astro Awani
Sumber Asal: Malaysiakini
Sumber Asal: Malaysian Insider
Bacaan lanjut: Klik di sini
IM: Masya-Allah...semoga kalimah mulia ini tidak disalahguna di tempat yang tidak sesuai dengan zat Allah yang maha suci. Allah berfirman (maksud):
“Katakanlah
(wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi
tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan
Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
(Surah Al-Ikhlas: Ayat 1-4).
Catatan IBAN MUSLIM pada 10/22/2013 11:42:00 PG
14 Oktober 2013
KELEBIHAN HARI ARAFAH (9 Zulhijjah)
- Dosa-dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang mendapat keampunan Allah.Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda s.a.w menjawab (maksudnya):
"Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang."(H.R Muslim) - Amalan terbaik yang disukai Allah Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah. Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi s.a.w bersabda (maksudnya):
"Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah)."Para sahabat bertanya:
"Walaupun berjihad di jalan Allah?"Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):
"Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid)."(H.R Bukhari) - Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.
Dari Aisyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):
“Tidak ada hari yang lebih ramai Allah Ta`ala membebaskan hamba-Nya daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)
Catatan IBAN MUSLIM pada 10/14/2013 08:25:00 PG
20 September 2013
Terhapus Semua Dosa Apabila Memeluk Islam
Maksud Hadis:
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT suka kepada dua orang lelaki yang seorang telah membunuh yang lain. Kedua-duanya masuk syurga. Orang ini berperang di jalan Allah lalu dibunuh, kemudian yang membunuh itu bertaubat lalu dia memeluk Islam (dan pergi berperang) dan mati sebagai mati syahid.”
(H.R Bukhari & Muslim)
Huraian Hadith:
- Wajib bertaubat daripada dosa walau sebesar mana pun dosa itu dan tidak berputus asa daripada rahmat Allah.
- Dosa yang paling besar ialah kufur kepada Allah.
- Apabila seorang kafir memeluk Islam maka dosanya yang sebelum itu dengan sendirinya diampunkan Allah, kerana Islam itu bererti taubat daripada dosa kufur atau syirik dan lain-lainnya.
- Orang kafir yang telah membunuh tentera Islam diterima taubatnya jika bertaubat dan berpeluang pula mati syahid.
Catatan IBAN MUSLIM pada 9/20/2013 08:56:00 PTG
4 September 2013
Menjaga Imej Agama
Hadith (maksud):
Sabda Rasulullah s.a.w:Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama
itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan
ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu
dengan kedua-dua sifat mulia ini?
Huraian Hadith:
1. Akhlak yang mulia merupakan perhiasan diri selain daripada cerminan agama yang dianuti.
2. Islam memerintahkan penganutnya agar sentiasa memperelokkan akhlak
mereka dan menjauhi segala sifat-sifat yang buruk sehingga menjadi
fitnah pada agama. Contohnya banyak berlaku dalam kehidupan umat Islam
hari ini yang menyalahtafsirkan ajaran agama dan melakukan berbagai
perbuatan buruk dan zalim yang didakwa dilakukan di atas nama Islam.
3. Allah mengetahui segala yang tersirat di dalam hati manusia. Oleh
itu kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan segala sesuatu agar
tidak menjatuhkan maruah diri, agama dan masyarakat sekeliling.
Riwayat: Riwayat at-Tabrani
Catatan IBAN MUSLIM pada 9/04/2013 04:32:00 PTG
23 Jun 2013
20 Mei 2013
Calvin Thoo Memeluk Islam. Alhamdulillah. Tahniah!
Pereka fesyen tanah air bertaraf antarabangsa, Calvin Thoo diberitakan telah memeluk agam Islam. Sejak semalam, nama jejaka ini menjadi bualan di laman sosial Twitter dan ramai memperkatakan tentang Calvin telah bergelar saudara baru (mualaf).
Di beberapa blog di internet menyebut, Calvin Thoo telah mengucap dua kalimah syahadah pada jam 3 petang semalam dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi.
Dalam sebuah blog menyebut Calvin menyatakan beliau menerima hidayah untuk memeluk islam selepas beliau mendapat satu mimpi dan dalam mimpi itu beliau bersyahadah.
Calvin sudah berkecimpung dalam dunia industri rekaan dan fesyen sejak lebih 17 tahun. Beliau mempunyai label jenama sendiri dan butik yang terletak di tingkat 4, pusat membeli belah Lot 10. Calvin juga sering menjadi pereka fesyen untuk artis tanah air sempena acara besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan banyak lagi.
Sumber: malaysiandigest.com
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/20/2013 10:28:00 PTG
9 Mac 2013
6 Mac 2013
5 Mac 2013
3 Mac 2013
7 Februari 2013
17 Januari 2013
KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah
sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.
Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan
Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih
ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya. Berikut adalah beberapa
hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
Imam Ahmad
berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda:
"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah
al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad
berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca
sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada
fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada
Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda
: "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya
daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca
keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada
Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah
Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah
kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya
antara dua Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Abi
Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari
Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al
Atiqa."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada
Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya
daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari
Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al-
Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada
syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda
: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah
cahaya utknya dihari kiamat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Kredit: iluvislam.com
Catatan IBAN MUSLIM pada 1/17/2013 11:12:00 PTG
16 Januari 2013
Seorang Lagi Muallaf Baharu (16/01/2013)
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." [Al-An'aam , 125]
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya hari ini bertambah seorang lagi umat Muhammad s.a.w. Baharu sahaja selesai menguruskan pendaftaran pengIslaman beliau di pejabat agama. Buat masa ini biarlah dirahsiakan dahulu siapakah gerangan yang dimaksudkan. Semoga beliau dapat menjaga keIslamannya itu sebagaimana yang dianjurkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Nabi s.a.w pernah berpesan agar kita semua menjaga dua kalimah syahadah, jangan membatalkan dua kalimah syahadah, jangan melakukan perkara yang membatalkan Islam, mestilah mengikut ajaran Nabi SAW seperti disabdakan Baginda yang bermaksud, “peganglah dengan gigi geraham kamu”. Sama-sama kita doakan.
Catatan IBAN MUSLIM pada 1/16/2013 03:57:00 PTG
7 Januari 2013
Penghijrahan Pembuat Tattoo Yakuza..Kini Seorang Imam
Taki Takazawa, jika dilihat daripada namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tatoo, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tatoo untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun ketika itu. Kerja sebagai ‘tukang tatoo’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.
Namun, pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan azan. Takazawa kini menjadi imam di sebuah masjid di ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadah, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seorang hamba Allah yang berkulit dan berjanggut putih. Hamba Allah tersebut juga mengenakan baju dan serban berwarna putih. “Hamba Allah tersebut memberikan sehelai kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama-sama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Kalimat itu adalah kalimah syahadah, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar berkaitan Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam, Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.
Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan hamba Allah yang menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi salah seorang daripada lima imam Masjid besar di Jepun.
Kredit: http://mirlme.com/
Catatan IBAN MUSLIM pada 1/07/2013 12:48:00 PTG
1 Januari 2013
Langgan:
Catatan (Atom)