Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

20 September 2013

Terhapus Semua Dosa Apabila Memeluk Islam

Maksud Hadis:

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT suka kepada dua orang lelaki yang seorang telah membunuh yang lain. Kedua-duanya masuk syurga. Orang ini berperang di jalan Allah lalu dibunuh, kemudian yang membunuh itu bertaubat lalu dia memeluk Islam (dan pergi berperang) dan mati sebagai mati syahid.”

(H.R Bukhari & Muslim)

Huraian Hadith: 
  1. Wajib bertaubat daripada dosa walau sebesar mana pun dosa itu dan tidak berputus asa daripada rahmat Allah.
  2. Dosa yang paling besar ialah kufur kepada Allah.
  3. Apabila seorang kafir memeluk Islam maka dosanya yang sebelum itu dengan sendirinya diampunkan  Allah, kerana Islam itu bererti taubat daripada dosa kufur atau syirik dan lain-lainnya.
  4. Orang kafir yang telah membunuh tentera Islam diterima taubatnya jika bertaubat dan berpeluang pula mati syahid.