- Dosa-dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang mendapat keampunan Allah.Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda s.a.w menjawab (maksudnya):
"Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang."(H.R Muslim) - Amalan terbaik yang disukai Allah Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah. Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi s.a.w bersabda (maksudnya):
"Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah)."Para sahabat bertanya:
"Walaupun berjihad di jalan Allah?"Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):
"Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid)."(H.R Bukhari) - Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.
Dari Aisyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):
“Tidak ada hari yang lebih ramai Allah Ta`ala membebaskan hamba-Nya daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)