Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

16 Januari 2013

Seorang Lagi Muallaf Baharu (16/01/2013)


"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." [Al-An'aam , 125]

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya hari ini bertambah seorang lagi umat Muhammad s.a.w. Baharu sahaja selesai menguruskan pendaftaran pengIslaman beliau di pejabat agama. Buat masa ini biarlah dirahsiakan dahulu siapakah gerangan yang dimaksudkan. Semoga beliau dapat menjaga keIslamannya itu sebagaimana yang dianjurkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Nabi s.a.w pernah berpesan agar kita semua menjaga dua kalimah syahadah, jangan membatalkan dua kalimah syahadah, jangan melakukan perkara yang membatalkan Islam, mestilah mengikut ajaran Nabi SAW seperti disabdakan Baginda yang bermaksud, “peganglah dengan gigi geraham kamu”. Sama-sama kita doakan.