Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

29 Januari 2011

UK Muslim Population to DOUBLE by 2030

According to a worldwide study on spreading Islam, the population of British Muslims is expected to increase by 200 percent during the next two decades.

It is said that almost 10 percent of British people will be Muslim within 20 years. The result of the study showed that the number of British Muslims would be more than Kuwait, which is an Islamic country, or US, which is 5 times bigger than Britain.

The respected Pew Research Centre studies revealed that between 1990 and 2030 there is a 5-time increase in the Muslim population, which is to reach 5.5 million. According to Washington think tank, the main cause of this increase is migration.

“The greatest increases in the Muslim share of the population - driven primarily by continued migration - are likely to occur in Western and Northern Europe, where Muslims will be approaching double-digit percentages of the population in several countries,” it said.

The reports are based on previous studies on population changes. By 2030, Muslim population is to be 26 percent of the world population of 8.3bn. The current Muslim population is 23 percent of the 6.9bn world population.

The figures and analysis of the Muslim population came when there had been debates over Muslim views in Britain.
Those figures represent an increase from 1.6 billion in 2010 to 2.2 billion in 2030, a rise of 35 per cent.

Baroness Warsi, Tory Party chairperson, said that discrimination against Muslims and categorizing them should be stopped.

SEF/SAB/HE (Source: Press Tv) Related news (Click here, here, here, and here)

26 Januari 2011

Berdoalah!

Gambar Hiasan

"Dan Tuhan kamu berfirman: berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina."
[Maksud Ayat ke-60, Surah Ghafir]

25 Januari 2011

Himpunan Hadis: Permudahkan Segala Urusan Islam

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Islam adalah agama yang mudah dan senang diamalkan oleh setiap golongan, oleh itu hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah dijadikan sebagai sesuatu bebanan.
2. Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan perkhabaran yang menggembirakan dan janganlah menimbulkan perkara-perkara yang membawa kepada kesulitan hidup.
3. Islam menuntut agar umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya ia boleh diterima dengan mudah dan rela.
Sumber:JAKIM

24 Januari 2011

Di antara "SALAM" & "ASSALAMMUALAIKUM"... "BYE" bermaksud "di bawah naungan POPE"

IM terbaca satu entry dlm FB sebentar tadi berkaitan SALAM yg kerap kita gunakan sebagai ringkasan di sms atau emel, beginilah satu tulisan seorang hamba Allah hasil drpd satu slot rancangan di radio IKIM...


Catatan asal, KLIK (DI SINI)



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

22 Januari 2011

KEUNIKAN AHLI SYURGA




Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda:sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus. Para sahabat bertanya:Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka. [Sumber: JAKIM]

Cicak: Si Penjahat Kecil

Gambar hiasan

Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya 'si penjahat kecil'.

Sumber:JAKIM

20 Januari 2011

Pesanan Luqman Al-Hakim Buat Anaknya

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. [Surah Luqman: Ayat 12]

1. Wahai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Apabila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAQWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

3. Wahai anakku: orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Wahai anakku: seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Wahai anakku: seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Wahai anakku: engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bila mana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Wahai anakku: janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Wahai anakku: Apabila engkau mempunyai dua pilihan, menziarahi orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Wahai anakku: janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang taqwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Wahai anakku: bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Wahai anakku: bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Jika tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Wahai anakku: Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Wahai anakku: janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Wahai anakku: usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Wahai anakku: janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Wahai anakku: bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Wahai anakku: ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.


Catatan IM:

Sekadar pesanan buat diriku yang lalai...Ya Allah, ampunilah dosaku, tunjuki jalan yang Engkau redhai...


17 Januari 2011

Pesan Nuju Diri

Tabi basa ngagai bala kaban belayan serta bala kaling ti mansa blog IM. Arap ka kitai semua bela mujur dalam semua pengawa ti dikereja. Enti nitih ka pengiroh pengawa ba dunya tu, endang sigi enda ulih dikira. Seruran ke nadai chukup jam. Seruran nadai chukup maia. Tiap iko kitai kiroh enggau pengawa diri. Nya meh pengidup dunya. Pengidup ti patut kitai semua pansa, semadi ke nganti penatai hari pemati kitai.

Semua mensia ti idup, lubah tauka jampat, pengujung iya ianya mati. Maia nya meh, setiap pemanah ati, pemanah budi, pemanah pengawa ti dikereja leboh ke idup ba dunya, arap-arap ulih mantu tiap iko kitai leboh ke dalam lubang kubor jemah ila.

Tang, patut meh kita selalu ingat, semina Islam aja ulih mai kitai nuju jalai ti betul. Jalai ti ulih nyelamat ke mensia di dunya sereta lebih agi ba menoa ti dikumbai kitai Iban 'menoa sebayan'. Aku nemu, jako aku tu sigi enda sejako enggau bala kaban kitai ti bedau bepegai ba pengarap Islam, tang atas nama ALLAH TAALA ti nyadi ke semua utai, sereta bekuasa, sereta nadai petara bukai kelimpah ari ALLAH TAALA aja, aku tetap madah ka ditu, "ISLAM PENGARAP TI BETUL". Pechaya meh bala kaban semua.

Ketegal ke kitai ke ada ba dunya ba ruang bilik bansa Iban, nya ukai saut ti betul dikena kitai ngiga jalai ti betul. Kitai mensia patut berubah. Berubah ngagai jalai pengidup ti betul. Berubah bepegai ba pengarap ti betul. Semua nya patut bisi ba ati tiap iko kitai, ngambi-ka kitai enda terus sesat ba dunya ti terang. Jalai ti betul semina siti aja. Pengarap ti betul semina siti aja. ISLAM.

Aku nemu, posting aku tu, nyema dibacha bala kaban ari pengarap bukai tau ngemedis ka ati, tang aku bejako atas asai ati ti rindu ka jalai pengidup ti betul. Ngambi-ka semua kitai selamat ba dunya sereta selamat mega ba dunya sebayan jemah.

Ngagai bala kaban ti udah milih Islam nyadi ka pengarap idup, terus ka meh. Anang malik ke belakang agi. Terus meh ninggi ka penemu ba pengarap Islam. Nya aja chara kitai terus kuat bepegai ba pengarap tu. Nyema bisi utai ti enda ditemu kitai pasal pengarap tu, tanya meh orang ke lebih nemu ari kitai. Anang malu. Sama-sama meh kitai nampih ke diri enggau masjid, tauka surau. Ari nya meh kitai ulih belajar penemu Islam, ari nya meh kitai ulih nambah ka 'pahala' ti deka nyelamat ka kitai jemah ila.

Siti agi utai ti deka disebut aku ianya pasal apai indai, bala menyadi, sereta kaban belayan kitai ke mengkang bedau Islam. Anang nyauh ke diri ari sida iya. Islam nadai kala ngajar kitai muai bala apai indai, diri menyadi, sereta kaban belayan. Tunjuk ka chunto ti manah ngagai sida iya ngambi-ka sida iya nemu Islam pengarap ti manah sereta betul. Anang ngerusak Islam ngena ulah kitai ti kurang manah. Ingat nya menyadi semua. Usung meh bala apai indai, diri menyadi, sereta kaban belayan enti nyema udah lama enda nemuai ngagai sida iya.

Arap ka pesan ti dikena aku ngingat ke diri aku empu tu ulih dikunsi bala kitai semua. Minta ampun nyema leka jako aku bisi nelih ka ati bala ti bisi mansa blok IM tu.

Ari aku,
IM
Bangi
17/01/2011: 11.23pm

10 Januari 2011

Hargai Iman Yang Dimiliki

Assalammualaikum / Salam sejahtera /Salam ukhuwah buat sahabat sekalian...


Mungkin belum terlewat untuk ana ucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Perpindahan dari tahun ke tahun yang seterusnya menandakan meningkatnya usia kita sebagai seorang hamba yang mungkin boleh ana istilahkan sebagai musafir yang satu hari nanti pasti akan meninggalkan dunia ini.

Alhamdulillah...sebagai seorang muslim, adalah sangat wajar untuk kita menyedari betapa beruntungnya kita terpilih dengan hidayah dari-Nya dengan iman dan Islam. Agama yang satu-satunya yang benar di sisi Allah.

Masih ramai lagi saudara kita yang masih hanyut dari arus agama yang benar ini. Selemah-lemah iman yang ada, hanya doa yang termampu untuk dipohon kepada Allah. Tiada paksaan untuk mereka untuk menganuti agama Islam, namun usaha perlu diteruskan untuk berdakwah kepada saudara kita yang masih belum menikmati nikmat iman ini. "Tidak ada paksaan dalam agama (islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [Al-Baqarah: ayat 256] Sememangnya sukar. Pelbagai persoalan yang berlegar-legar di dalam pemikiran kita. Agama sangat sensitif bagi sesetengah orang. Perasaan takut untuk menyentuh perkara-perkara berkaitan agama sering menghantui. Sampai bila? Selagi hayat di kandung badan, selagi itulah kita boleh berusaha membantu mereka. Jika mereka sudah tiada, tiada gunanya untuk kita menyesal.

Mengekalkan iman yang sedia ada dan meningkatkan keimanan sedia ada satu tugas yang sudah pastinya sukar. Berapa ramai di antara kita yang lahir ke dunia daripada keluarga yang sedia ada Islam, namun persoalan yang perlu ditanya kepada diri; sejauhmana aku berpegang kepada Islam? Islamkah setiap gerak geriku? Perbuatanku selari dengan Islamkah? Keputusanku menurut Islamkah? pelbagai persoalan yang boleh kita ajukan buat diri. Masih ragu pada Islam kah?...

"(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat." [Al-Baqarah: ayat 138]

seterusnya, Allah menegaskan lagi dalam ayat yang lain;

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [Al-Baqarah: ayat 208]

Bagi yang masih belum Islam pula, ada di antaranya masih tercari-cari akan kebenaran Islam. Benarkah agama Islam ini? Kenapa orang Islam ada yang berbuat jahat jika Islam itu benar? Adakah keluargaku akan menyingkirkanku jika aku peluk islam? Bolehkah aku ubah rutin sebelum aku Islam kepada rutin seorang muslim? Dan...pelbagai 1001 soalan yang mengusutkan pemikiran.

Yakinlah saudaraku sekalian; "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam..." [Ali Imran: Ayat 19].

Yakinlah jua wahai saudaraku...susah atau senang dalam Islam pasti ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. Jika tidak di dunia, pastinya di akhirat ada ganjaran yang setimpal. InsyaAllah.

"Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan." [As-Sajadah: ayat 19].

dan, ana mengingatkan diri ana sendiri bahawa;

"(Tuhan berbuat demikian) supaya Dia menyoal orang-orang yang benar beriman tentang kebenaran iman mereka (untuk menyempurnakan balasan baik mereka) dan (sebaliknya) Dia telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya." [Al-Ahzab: Ayat 8].

Catatan insan kerdil;
Iban Muslim
Bangi
10/1/2011: 12.15pm