Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi. Dengan limpah kurnia-Nya, dapatlah bernafas sehingga ke hari ini. Hari ini hari yang kedua Ramadhan 1432H/2011. Semoga Ramadhan pada tahun ini dapat sama-sama dimanfaatkan sebaik-baiknya demi meraih rahmat-Nya, keampunan-Nya, dan diselamatkan-Nya dari azab api neraka. Selamat berpuasa kepada teman-teman yang sudi menjengah blog Ibanmuslim ini. Sama-sama kita beristiqomah beribadah, dan bukan hanya pada bulan ini sahaja. Apa salahnya kita berkorban masa, korbankan kenikmatan tidur malam, korbankan keseronokan dunia,untuk kita mengambil peluang yang diberi oleh Allah Taala ini semaksima mungkin. InsyaAllah. Pahala yang dijanjikan melebihi bulan-bulan yang lain. Umpama 'sale' di pasaraya-pasaraya...50%,70%,80%, beli satu percuma satu, dan sebagainya. Sale2 di pasaraya kita rebuti, maka, apa salahnya kita turut rebuti 'sale' akhirat ini. Seandainya sale diwar-warkan di pasaraya-pasaraya, maka berduyun-duyunlah para pembeli untuk membeli. Begitu juga dengan sale akhirat di bulan Ramadhan ini, pakat berduyun-duyunlah kita melaburkan saham-saham akhirat. Pulangannya tidak kita perolehi hari ini, barangnya juga kita tidak dapat hari ini, TETAPI...InsyaAllah, kenikmatan yang kita bakal perolehi dari Allah di akhirat kelak sememangnya tidak dapat diterucap dengan kata-kata serta tidak mampu untuk dibayangkan. Fasa yang pertama KERAHMATAN; Fasa yang kedua KEAMPUNAN; dan Fasa yang ketiga PEMBEBASAN DARI API NERAKA. Itulah SALE yang hanya ditawarkan pada sepanjang bulan Ramadhan ini. Masya-Allah...beruntunglah siapa-siapa yang memiliki ketiga-tiga fasa ini. Ya Allah, kurniakan daku, ahli keluargaku, teman-temanku, serta muslimin-muslimat dengan kurniaan ketiga-tiga tawaran-Mu itu ya Allah. Amin ya Rabbal 'Alamin...