Bagi kita yang mempunyai kelebihan rezeki yang dikurniakan oleh Allah, sama-sama kita menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan. Sekolah Rendah (Islam) Al-Azhar, Jitra memerlukan dana untuk membina bangunan bagi keperluan sekolah. Bagi saudara/saudari yang berhajat untuk membantu, sila rujuk pamplet di bawah. InsyaAllah, setiap sen yang kita belanjakan pada jalan Allah pasti mendapat ganjaran yang tidak terhingga dari-Nya. InsyaAllah...
Nabi s.a.w bersabda;
[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)