Hari ini seharian di dalam bas. Balik ke tempat menimba secebis ilmu duniawi, dengan harapan ianya mendapat redha Illahi. Alhamdulillah, hingga ke saat ini, perjalanan dalam keadaan selesa dan selamat atas kehendak-Nya jua. Mujur juga coverage hampir sepanjang perjalanan memuaskan dan boleh akses kepada talian internet untuk berkomunikasi. Ini adalah rutin mingguan baruku yang hampir sebulan. Jitra-Bangi-Jitra. Saban minggu aku akan berulang-alik demi tanggungjawab terhadap pengajian yang sedang aku ikuti sekarang;dan demi tanggungjawab terhadap keluarga. Dua-duanya penting bagi diriku. Semoga Allah permudahkan urusanku. Hanya dengan izin-Nya sahaja aku berdaya melakukan semua ini. Kesibukan semenjak bergelar pelajar buat kali ke sekian ini memang tidak dapat dinafikan. Terpaksa mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan alam baru yang aku tempuhi sekarang. Agak berbeza daripada 10 tahun yang lalu ketika baru pertama kali menjejakkan kaki ke menara gading (orang kata...). Inilah dunia, berubah...dan terus berubah...Walaubagaimanapun, ini semua bukan alasan untuk terus berjuang. Ramai lagi di luar sana yang terpaksa mengharungi pelbagai ranjau yang lebih mencabar... Apapun, semoga perjuangan ini dapat diteruskan hingga mencapai cita-cita....doakanku... Catatan: Buat masa ini etika-Express baharu sahaja melewati persimpangan Bukit Tagar/Batang Berjuntai...InsyaAllah sampai menjelang maghrib...