Salam ukhuwah...
Lama sangat rasanya tidak menukilkan sesuatu di dalam blog IM ini. Kesibukan duniawi yang tidak putus-putus kebelakangan ini mungkin salah satu puncanya.
Petang Jumaat yang agak hening ini, tergerak di hati untuk mencoret sesuatu buat sahabat-sahabat mualaf (saudara kita) samaada yang telah lama dalam Islam atau pun baharu bersama Islam ataupun juga yang baharu nak berjinak-jinak dengan Islam.
Sedarilah bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar di sisi Allah, pencipta langit dan bumi dan segala isinya. Itu mandatori!
Sahabat-sahabatku...
Ingatlah bahawa dalam usaha penghijrahan kepada Islam daripada asalnya entah apa pegangan yang kita pegang, perkara yang paling penting perlu kita perkukuhkan ialah kekuatan diri dalam melawan apa jua rintangan dan cabaran yang bakal dihadapi. Ini satu sunnah dalam perjuangan. Pelbagai ranjau bakal kita tempuhi, sama ada kecil atau besar. Namun, ranjau yang kita hadapi hari ini tidaklah sehebat ranjau yang ditempuhi para nabi dan rasul yang diutus Allah terutama nabi kita sendiri Muhammad s.a.w. Apabila teringat akan Nabi Muhammad s.a.w, terasa bahawa kecil sangat dugaan yang kita lalui hari ini berbanding perjuangan Baginda membawa agama Islam sehingga dapat dinikmati manusia sehingga ke saat ini.
Sahabat-sahabatku sekalian...
Orang belum Islam ataupun biasa diistilahkan sebagai orang kafir pada hari ini saya bahagikan kepada tiga (3). Ini berasaskan pengalaman yang saya tempuhi semenjak bersama Islam.
Pertama:
Orang kafir yang tidak kisah pun agama apa yang kita anuti.
Orang kafir jenis ini adalah orang kafir yang tidak peduli langsung berkaitan agama. Apa yang penting baginya adalah kesinambungan kehidupan yang berterusan dengan makan minum dan harta benda yang cukup. Agama baginya tidak ada beza dengan adat-adat lain. Kalau kita berhijrah kepada Islam pun dia tak kisah, dia boleh terima, malah boleh tinggal sebumbung (jika yang Islam itu anak2 nya). Saya fikir, jika kita terus doakan mereka ini, InsyaAllah satu hari nanti pintu hidayah dibuka untuknya.
Kedua:
Orang kafir di kalangan beragama selain Islam.
Orang kafir kategori ini agak fanatik dalam membenci Islam. Islam padanya sangat tidak betul! Baginya agamanya yang paling betul. Kafir jenis ini kadang-kadang tanpa segan silu memaki hamun penganut agama Islam, lagi-lagi jika ada orang yang sama bangsa terlebih lagi adik beradiknya yang berhijrah kepada Islam. Paling menyedihkan, kafir ini sanggup menumpahkan darah jika yang Islam itu terdiri daripada adik beradiknya.
Ketiga:
Orang kafir yang berhubung baik dengan orang Islam.
Orang kafir ini adalah orang kafir yang tidak membahayakan orang Islam. Malah di dalam negara islam, orang kafir jenis ini wajib untuk dilindungi. Jika orang Islam dapat menunjukkan contoh tauladan yang baik dan mengamalkan Islam sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi s.a.w, tidak hairan mereka ini akan berbondong-bondong mesuk menganuti Islam. Percayalah!
Kesimpulan ringkas yang ingin saya buat pada petang ini ialah, orang kafir yang paling bahaya adalah orang kafir yang terang-terangan memusuhi Islam. Kaum kerabat keturunan Abu Lahab, Abu Jahal! Kafir jenis ini, dengan semberono memaki hamun orang-orang Islam. Biarkan mereka. Kerana kekafiran mereka, mereka bertindak sebegitu. Sebaliknya, jika orang Islam dapat mengamalkan Islam sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, Allah akan mencampakkan nur hidayah pada hati-hati mereka ini.
Salam ukhuwah...wassalam....
-IBAN MUSLIM-
26 Mac 2010
KAFIR MENURUT IBAN MUSLIM
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 3/26/2010 04:08:00 PTG