Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

26 Mac 2010

GANGGUAN SEKSUAL OLEH PADERI

Pic by: The New York Times

Top Vatican officials — including the future Pope Benedict XVI — did not defrock a priest who molested as many as 200 deaf boys, even though several American bishops repeatedly warned them that failure to act on the matter could embarrass the church, according to church files newly unearthed as part of a lawsuit. (Read more... here... and here... and here)


Apabila naluri sebagai seorang manusia yang telah dilengkapkan dengan nafsu atau keinginan terhadap sesuatu dikekang dan dihalang, maka inilah yang berlaku pada institusi agama Kristian. Seorang Paderi Katolik dilarang untuk berkahwin. Agama Katolik mengatakan begitu. Ini jelas bertentangan dengan lumrah ciptaan manusia yang berpasang-pasangan. Pelanggaran sifat semulajadi yang telah di 'install' dengan sempurna oleh Allah ini menyebabkan tindakan-tindakan luar batasan yang amat menjijikkan seperti apa yang berlaku di dalam Kristian katolik sekarang ini.

Sedarlah wahai manusia, janganlah kita melanggar hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah. Yang halal jangan diharamkan, dan yang haram jangan pula dihalalkan. Allah telah tetapkan mana yang terbaik untuk hamba-Nya.