Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

5 Februari 2010

Berjumpa Biecht-vader (Pengampun Dosa)


Tuan Haji Ayub Abdul Rahman 62, dahulunya seorang pendita atau Paderi Besar Kristian yang lebih dikenali sebagai Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam dan pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun. Gereja tersebut atau lebih dikenali sebagai Englische Kirche (Gereja Inggeris) merupakan satu-satunya gereja di Jerman yang menggunakan medium Bahasa Inggeris yang beraliran Anglican Episcopal Church. Ia sering menjadi tumpuan penganut Kristian terutamanya dari Amerika Syarikat dan Britain serta lain-lain negara Eropah.

Beliau mempunyai fasa-fasa hidup yang cukup menarik bermula dari seorang yang begitu mengabadikan diri terhadap Kristian, akhirnya dilimpahkan dengan nur dan hidayah Allah untuk memeluk Islam pada 4 September 1978.
Tugas sebagai Biecht-vader iaitu mengampunkan penganut Kristian yang berdosa.
Catatan lanjut berkaitan beliau (klik di sini)



IBAN MUSLIM:

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya telah ditemukan dengan insan ini selepas Solat Jumaat tengahari tadi. Sempat makan tengahhari bersama atas jemputan seorang sahabat. Di kesempatan yang ada beberapa pengalaman beliau sebagai seorang bekas Paderi, dan Biecht-vader turut beliau ceritakan.

Sehinggakan, niat dia ingin memeluk Islam pada ketika itu mendapat tentangan dan ujian yang hebat daripada pihak gereja. Malah, beliau dianggap gila dan dimasukkan ke Hospital mental di Switzerland selama 3 bulan.

Banyak pengalaman yang beliau sempat ceritakan dalam pertemuan lebih satu jam tersebut. Antara yang menarik adalah apabila beliau berada di hospital mental berkenaan, turut dimasukkan ke hospital berkenaan ialah Prof Karl Rahner (Tahun 70-an).

Karl Rahner adalah seorang penulis sebuah buku yang amat berpengaruh dalam dunia katolik. Buku yang perlu dihafal oleh para bakal-bakal paderi sebelum layak bergelar Paderi. Karl Rahner dimasukkan ke hospital berkenaan akibat tidak boleh melelapkan mata hinggakan mangambil alkohol yang berlebihan dan menyebabkan ketagihan setelah menulis sebuah buku yang berkisar ketuhanan dari sudut kristiniti.

Gambar: Karl Rahner

Kesempatan itu beliau gunakan sebaiknya dengan bertanya dua soalan.

Yang pertama, benarkah Jesus itu tuhan?

Jawapan daripada karl Rahner adalah..."saya tidak percaya.! "

Yang kedua, hj. Ayub menyatakan niat untuk memeluk islam dan beliau bertanyakan berkaitan islam pada prof tersebut...

Prof Karl Rahner berkata, "Jangan tangguhkan niat (masuk Islam) tersebut, percepatkan..."

Malah, sebelum menjawab 2 soalan tersebut, prof berkenaan menutup semua pintu (wad VVIP), takut2 jawapan beliau kepada soalan hj. ayub tadi didengari oleh sesiapa.

Hj. Ayub bertanya lagi...kenapa prof terus menulis berkaitan ketuhanan Jesus tersebut...

Jawapannya ringkas...Arahan Vartican City!

Orang Kristian kenal Prof Karl Rahner? Tidak? Tanya paderi anda (kristian)!