Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

6 Februari 2010

HOLY WATER

Gambar: Contoh holy water

Gambar: Holy water stoup


Jangan takut dengan 'Holy Water'!
Itu antara pesan Tn.Hj Ayub pada pertemuan semalam. Kita perlu takut pada Allah semata-mata. Tiada kuasa yang lebih berkuasa daripada Allah. Semua yang berlaku atas kehendaknya.
Beliau turut mengulas isu remaja melayu yang tidak boleh mengucap setelah meminum air berkenaan. Tidak boleh mengucap bukan disebabkan air tersebut. Mungkin mereka minum air yang telah dicampuri dadah yang menyebabkan lidah menjadi keras atau sebagainya.
Beliau turut menjelaskan bahawa dalam agama Kristian, Holy Water ini biasanya diletakkan di pintu-pintu masuk gereja. Penganut kristian yang ingin memasuki gereja untuk bersembahyang, mereka akan mencelupkan jari mereka pada bekas yang berisi air berkenaan dan membuat tanda salib pada diri mereka (isyarat dengan jari...minta org kristian tunjuk caranya kalau nak tahu...payah nak cerita). Menurut ajaran kristian, ini untuk mengelakkan syaitan daripada memasuki gereja dan mengganggu mereka bersembahyang.

Holy water itu juga digunakan semasa proses pengampunan dosa mereka. Samada cara mandi, jurus di muka atau kepala. Dengan harapan dosa yang dilakukan oleh anggota tersebut terampun.
Itu amalan mereka. usah kita bimbang dan takut pada holy water ini! Sewajibnya kita takut pada Allah daripada takut pada air yang tidak boleh memberi manfaat atau mudarat itu.

Yang pasti, yang memberi manfaat dan mudarat hanya Allah yang tunggal.
"Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan" [Al-Ikhlas: 3]