Secara fitrahnya, manusia ini semuanya adalah Islam. Berbahagialah kita kerana tergolong dalam golongan yang diberi hidayah oleh-Nya. Pernah tergambar di fikirankah, bagaimanakah keadaan kita hari ini seandainya kita lahir bukan dari rahim ibu yang non-muslim? Adakah kita akan berusaha untuk mencari hidayah itu? Atau, kita akan selesa dengan keadaan tidak beriman? Nau'zubillahminzalik...
Firman Allah (yang bermaksud),
"Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)."
[Surah Al-Baqarah: Ayat 213]
Perselisihan golongan batil dan golongan yang benar pada satu ketika dahulu menyebabkan manusia hari ini terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan muslim dan bukan muslim. Hikmah yang amat besar dengan turunnya Al-Quran ke muka dunia ini sebagai panduan hidup kepada kehidupan manusia. Namun, bagi golongan yang ingkar, berikut jawapan mereka:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya), mereka menjawab: Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya. Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayat petunjuk?"
[Surah Al-Maidah: Ayat 104]
Laa Tahzan...janji Allah adalah benar. Yang berdusta adalah hamba. Cukuplah Allah sebagai pelindung.Yang pasti, hidayah petunjuk itu milik Sang Pencipta yang Maha Agung. Maka beruntunglah bagi barangsiapa yang terpilih sebagai seorang Muslim. Pasti dan pasti tanpa ragu...pilihan kita adalah benar...beriman kepada kitab Allah adalah rukun yang wajib kita imani. Tugas kita? BERTAKWA!
"Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertakwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."
[Surah Az-Zumar: Ayat 36]
"Dan sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?"
[Surah Az-Zumar: Ayat 36]
Khusus kepada rakan-rakan yang berhijrah dari jahiliah kepada Islam sepertiku, Saidina Abdullah r.a merakamkan janji Nabi s.a.w dengan sabda (yang bermaksud):
InsyaAllah...kita pakat-pakat jadi baik. Belum terlambat. Jangan tunggu sehingga nyawa sampai ke halkum...kerana MATI itu PASTI!"Orang banyak bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ‘Ya Rasulullah! Apakah kami akan disiksa kerana perbuatan kami pada masa jahiliyah?’ Jawab Nabi s.a.w, “Siapa yang baik Islamnya, dia tidak akan disiksa kerana amalnya masa jahiliyah. Akan tetapi siapa yang buruk Islamnya (munafik), maka dia akan disiksa kerana amalnya pada masa jahiliyah dan masa Islam."