Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

24 Oktober 2013

SEKELUARGA IBAN MEMELUK ISLAM


IM: Alhamdulillah...semoga dipermudahkan jalan dalam memahami dan melaksanakan Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian. Insya-Allah.



"Dan Allah akan menambahi hidayat petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya." (Surah Maryam: Ayat 76)

Sementara itu, beringatlah bahawa syaitan-syaitan tak pernah duduk diam di atas hidayat yang diterima.

"Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk." (Surah Az-Zukhruf: Ayat 37)

BRUNEI LAKSANA HUKUM HUDUD



Allahuakbar! Alhamdulillah. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Semoga menjadi contoh dan tauladan kepada negara-negara yang lain. InsyaAllah.

Sumber: FB Brunei Islam

Bacaan lanjut: Klik Pelita Brunei

22 Oktober 2013

KALIMAH ALLAH


Sumber Asal: Astro Awani


Sumber Asal: Malaysiakini


Sumber Asal: Malaysian Insider

Bacaan lanjut: Klik di sini



IM: Masya-Allah...semoga kalimah mulia ini tidak disalahguna di tempat yang tidak sesuai dengan zat Allah yang maha suci. Allah berfirman (maksud):

“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.” (Surah Al-Ikhlas: Ayat 1-4).

14 Oktober 2013

KELEBIHAN HARI ARAFAH (9 Zulhijjah)


  1. Dosa-dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang mendapat keampunan Allah.
    Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda s.a.w menjawab (maksudnya):

    "Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang."
    (H.R Muslim)
  2. Amalan terbaik yang disukai Allah Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah.
    Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi s.a.w bersabda (maksudnya):

    "Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah)."
    Para sahabat bertanya:

    "Walaupun berjihad di jalan Allah?"
    Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): 

    "Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid)."
    (H.R Bukhari)
  3.  Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.
Dari Aisyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):
“Tidak ada hari yang lebih ramai Allah Ta`ala membebaskan hamba-Nya daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”

(HR Muslim)