Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

3 Mei 2011

Kematian Osama: Kenyataan Presiden, PM, Menteri, dan MB

Ahad lalu...

Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara telah dibuat oleh Presiden Barack Obama. (Berita penuh, klik).

Sehubungan itu...

Obama mengucapkan terima kasih kepada kerjasama Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan pihak berkuasa keselamatan Pakistan yang "membawa kami kepada bin Laden". Operasi itu dilancarkan pada Ahad "atas arahan saya," kata Obama. Selepas tembak-menembak, Osama terbunuh dan mayatnya disimpan oleh pihak Amerika Syarikat. (Berita penuh, klik).

Dalam pada itu...

Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osama bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini. (Berita penuh, klik).

Turut menyuarakan nada yang sama...

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Pakistan hari ini dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.

"Saya harap ia (kematian Osama bin Laden) akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama," katanya. (Berita penuh, klik).

NAMUN...

Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".

"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.

Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.

"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.

"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.

Nik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.

"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.

"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya. (Berita penuh, klik).

Sumber: Malaysiakini


***

IM: Begitulah beberapa petikan daripada pihak yang dikatakan telah membunuh saudara Osama. Seterusnya, kenyataan rasmi yang dikemukakan oleh pemimpin utama negara. Disokong pula oleh menterinya. Namun, dengan nada yang berbeza, MB mendoakan Osama atas dasar saudara sesama muslim. Ana insan kerdil...ana tak reti...tapi insyaAllah ana tidak sokong Amerika!