Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

13 Mac 2011

Tsunami Jepun: Satu Peringatan




Photo: AP/AFP/Reuters

Begitu dasyat gempa yang melanda negara matahari terbit ini. Berbilion nilai kemusnahan yang dianggarkan. Ribuan nyawa yang terkorban. Ini bukan sekadar bencana alam semata. Ini bukan hanya gempa bumi semata. Ini bukan hanya kerana negara ini berada di kawasan gempa.

Namun, ini menjadi amaran dan peringatan bagi seluruh umat manusia. Kita tiada daya upaya. Bukan teknologi yang menyelamatkan kita. Bukan kekayaan yang memelihara kita. Bukan dan bukan...Tetapi, sebagai seorang muslim kita harus koreksi diri bahawa, segala yang terjadi sudah tertulis di luh mahfuz. Allah Maha Mengetahui. Dari kaca mata manusia yang amat kerdil, terlalu besar kemusnahan yang dilihat, namun Allah menegaskan kepada kita bahawa melalui firman-Nya;

"Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar." [Surah Al Hajj: Ayat]

dan;

"
Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf." [Surah Hud: Ayat 24]