Alhamdulillah...dengan berkat keizinan-Nya, ana diberi kesempatan untuk membariskan sepatah dua patah-patah perkataan dipagi 24 Rabiul Akhir 1432H ini. Lama sebenarnya tidak berkesempatan untuk mengemaskini isi kandungan blog IM ini dek kerana sedikit kesibukan dalam urusan pengajian ana. Tambah-tambah lagi semester hanya berbaki 2 minggu lagi dan di minggu-minggu akhir ini sudah tentu banyak date-line menghantar tugasan-tugasan serta beberapa pembentangan-pembentangan yang menuntut pelaksanaannya. Itulah lumrah bergelar seorang pelajar. Nampak seakan-akan mudah, namun ada juga kesukaran yang perlu ditangani dengan berhemah dan mendisplinkan diri terhadap kepentingan setiap detik-detik waktu yang berlalu dengan pantas tanpa sesaat terhenti.
Di samping kesibukan ini, tanggungjawab terhadap-Nya jangan sekali dilupakan. Sekali direnung, kesibukan juga satu ujian bagi manusia. Persoalan, sejauh manakah seseorang hamba itu mampu untuk terus memenuhi tuntutan sebagai seorang muslim (contoh: dalam soal solat) di saat kesibukan urusan di atas muka bumi? Ana suka ingatkan diri yang lemah ini agar tidak tertewas dengan kesibukan duniawi yang kadang kala dilihat seakan-akan tidak berkesempatan untuk sembah sujud pada-Nya. Nauzubillah... Apabila difikirkan lagi, apalah sangat kerja buat kita di atas dunia ini hinggakan nak luangkan masa 5 hingga 7 minit untuk laksanakan solat pun tidak termampu. Ana teringat kata-kata tok guru saya, 'dunia ini adalah syurga bagi orang kafir'. Orang bukan Islam memandang dunia tempat yang perlu digunakan semaksimum mungkin untuk berseronok, mengaut kekayaan tanpa mengira soal halal dan haram, dan berbuat apa sahaja kerana bagi mereka alam selepas mati adalah samar-samar atau tidak pasti bagi mereka. Kita yang muslim ini usah terpedaya dan terikut-ikut dengan budaya tersebut.
Cukup ana sentuh persoalan solat. Dengan kesempatan ini juga, ana suka untuk mengingatkan diri ana yang daif dan kurang ilmu ini dalam soal penjagaan aurat. Segelintir masyarakat Islam (melalui pemerhatian peribadi), tidak mengendahkan soal aurat. Aurat tidak terpelihara dan dibiarkan terdedah melampaui batasan aurat yang dibenarkan dalam agama Islam. Persoalan timbul bagi diri ana yang 'novis' dalam Islam ini; Tidakkah timbul rasa bersalah dalam kalangan manusia yang mengaku beragama Islam tetapi aurat didedahkan kepada orang ramai? Jika seorang pemimpin...Layakkah beliau diangkat dan disanjung sebagai seorang pemimpin, walhal tanpa segan silu melanggar hukum-hakam agama? Ana tidak berhajat menjawab persoalan tersebut, sekadar ingin melontarkan sebagai renungan dan ingatan bagi diri ana yang tiada ilmu ini. Mungkin sahabat-sahabat sekalian ada jawapan terhadap persoalan tersebut. Persoalan aurat ini tidak perlu tunggu untuk dipaksa menutupnya. Keterpaksaan menyebabkan amalan tidak kekal. Kesedaran diri dan kekuatan dalaman yang mantap secara tidak langsung membibitkan timbul perasaan bersalah terhadap sifat kejam manusia terhadap Yang Maha Pencipta.
Seterusnya, sudah menjadi kebiasaan mungkin bagi sesetengah umat zaman ini untuk menonjolkan diri sebagai orang yang paling 'sempurna'. (Maaf! Manusia lemah sebenarnya!). Inverted comma pada perkataan sempurna tersebut menggambarkan melampaunya manusia. Ada yang mengaku bahawa; "ini dia yang buat, itu dia yang buat, orang lain tak boleh buat melainkan aku, dan itu dan ini." Dan, ada yang bangga dengan kesombongan dengan mengatakan bahawa, "orang ini tak betul, orang ni tak patut, orang ini tiada komitmen, orang ini tak reti/faham." Yang betul hanya dia. Yang reti hanya dia. Yang ada komitmen hanya dia. Ish...ish...ish...Masya-Allah...Astaghfirullah...sedarlah kita bahawa kita hanya mampu merancang, selebihnya hanya diizinkan Allah s.w.t. Itu saja. Usah terlalu bongkak dan sombong untuk mengatakan diri hebat hinggakan terlupa bahawa asal usul manusia daripada setitis air mani yang kalau jatuh ke bumi ayam tak patuk, itik tak sudu. Hina. Bersederhanalah dalam menyelusuri kehidupan yang serba menduga ini.
Itu semua akibat manusia yang merosakkan lumrah! Ini semua sekadar coretan peribadi ana melalui pemerhatian terhadap situasi yang berlaku di sekeliling. Ana lemah. Ana tiada ilmu. Ana tiada daya dan upaya. Melainkan, hanya mengharap pada Allah Yang SATU. Doakan ana agar menjadi seorang muslim sejati...