Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

27 Februari 2010

Gambar Kenangan: Ustaz Zahazan Mohamed


Gambar Kenangan: Gambar bersama Ustaz Hj. Zahazan Mohamed selepas kuliah subuh di Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darulaman Jitra pagi tadi.

26 Februari 2010

Merinduimu Ya Rasulullah

Ya habibi...Muhammad s.a.w...12 Rabiul 'awal saban tahun menjadi tarikh penting bagi mengingati lahirnya manusia yang menjadi rahmat bagi seluruh alam...Insan agung yang diutus oleh Allah membawa ajaran benar daripada Allah s.w.t
Dari tahun ke tahun...semakin jauh dirimu Ya Rasulullah meninggalkan kami...namun, agama yang engkau bawakan dan sebarkan lebih 14 abad yang lalu tetap berkembang hingga ke hari ini...
Aku termasuk insan kerdil yang diberikan kesempatan untuk merasa nikmatnya hidup dalam Islam...Agama yang benar di sisi Allah Pencipta seluruh alam...
Aku merinduimu ya Rasulullah...

20 Februari 2010

LEBIH TERUK DARI JAHILIAH



(Sumber Gambar: Berita Harian)
Golongan yang terlibat dengan perbuatan membakar anak ini teramatlah zalim melebihi zalimnya masyarakat jahiliah yang membunuh anak-anak perempuan mereka.
Hari ini, terdapat manusia yang sanggup membunuh anak mereka tanpa mengira jantina. Di manakah sifat kemanusiaan dalam diri? Di manakah silapnya semua ini?
Sehinggakan bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sebegitu rupa. Yang pasti, di akhirat kelak, bayi-bayi ini pasti akan mendakwa si pelaku dosa ini...
Hari ini ramai orang yang tidak mengendahkan dosa dan pahala, malah dikuasai oleh hawa nafsu yang mendorong ke arah kemaksiatan.

8 Februari 2010

GELAS USIA


(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

[An-Nahl: 96]

IBAN MUSLIM:

Itulah dunia dan isinya. Sering kita terpedaya dengan indahnya dunia dan isinya. Apa yang kita nikmati dan kejar di dunia ini sebenarnya akan kita tinggalkan satu hari nanti. Samaada pangkat, kedudukan, harta, pengaruh, atau apa saja yang kita ingini.

Hakikatnya, semua yang terjadi sama ada kenikmatan mahupun sebaliknya sudah lama tertulis sejak azali. Betapa inginnya kita terhadap sesuatu nikmat itu samaada dalam bentuk harta, pangkat atau seumpamanya, jika belum sampai masanya untuk kita dan tidak tertulis untuk kita, buatlah cara apapun, kita takkan dapat.

Sebaliknya, jika ianya sememangnya tertulis untuk kita, pasti ia akan datang juga. Cuma kita tidak tahu caranya bagaimana dan bila.

Yang pasti, kenikmatan dunia ini hanya pinjaman dan hiasan bagi diri manusia. Cumanya, jika dapat dimanfaatkan dengan bijak, sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala yang sangat baik di sisi Allah.

Sesungguhnya, apa yang ada pada kita sebagai seorang manusia pasti akan habis dan lenyap sebagaimana usia yang semakin berkurang dari hari ke hari tanpa kita sedari. Yang kekal abadi adalah apa yang ada di sini Allah Taala.

Maka, gelas usia yang semakin berkurang isinya ini perlulah dihirup dengan penuh kesyukuran agar dapat menjana tenaga yang bisa membuahkan pahala bekalan setelah keringnya usia yang berbaki.

6 Februari 2010

HOLY WATER

Gambar: Contoh holy water

Gambar: Holy water stoup


Jangan takut dengan 'Holy Water'!
Itu antara pesan Tn.Hj Ayub pada pertemuan semalam. Kita perlu takut pada Allah semata-mata. Tiada kuasa yang lebih berkuasa daripada Allah. Semua yang berlaku atas kehendaknya.
Beliau turut mengulas isu remaja melayu yang tidak boleh mengucap setelah meminum air berkenaan. Tidak boleh mengucap bukan disebabkan air tersebut. Mungkin mereka minum air yang telah dicampuri dadah yang menyebabkan lidah menjadi keras atau sebagainya.
Beliau turut menjelaskan bahawa dalam agama Kristian, Holy Water ini biasanya diletakkan di pintu-pintu masuk gereja. Penganut kristian yang ingin memasuki gereja untuk bersembahyang, mereka akan mencelupkan jari mereka pada bekas yang berisi air berkenaan dan membuat tanda salib pada diri mereka (isyarat dengan jari...minta org kristian tunjuk caranya kalau nak tahu...payah nak cerita). Menurut ajaran kristian, ini untuk mengelakkan syaitan daripada memasuki gereja dan mengganggu mereka bersembahyang.

Holy water itu juga digunakan semasa proses pengampunan dosa mereka. Samada cara mandi, jurus di muka atau kepala. Dengan harapan dosa yang dilakukan oleh anggota tersebut terampun.
Itu amalan mereka. usah kita bimbang dan takut pada holy water ini! Sewajibnya kita takut pada Allah daripada takut pada air yang tidak boleh memberi manfaat atau mudarat itu.

Yang pasti, yang memberi manfaat dan mudarat hanya Allah yang tunggal.
"Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan" [Al-Ikhlas: 3]


5 Februari 2010

Berjumpa Biecht-vader (Pengampun Dosa)


Tuan Haji Ayub Abdul Rahman 62, dahulunya seorang pendita atau Paderi Besar Kristian yang lebih dikenali sebagai Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam dan pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun. Gereja tersebut atau lebih dikenali sebagai Englische Kirche (Gereja Inggeris) merupakan satu-satunya gereja di Jerman yang menggunakan medium Bahasa Inggeris yang beraliran Anglican Episcopal Church. Ia sering menjadi tumpuan penganut Kristian terutamanya dari Amerika Syarikat dan Britain serta lain-lain negara Eropah.

Beliau mempunyai fasa-fasa hidup yang cukup menarik bermula dari seorang yang begitu mengabadikan diri terhadap Kristian, akhirnya dilimpahkan dengan nur dan hidayah Allah untuk memeluk Islam pada 4 September 1978.
Tugas sebagai Biecht-vader iaitu mengampunkan penganut Kristian yang berdosa.
Catatan lanjut berkaitan beliau (klik di sini)



IBAN MUSLIM:

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya telah ditemukan dengan insan ini selepas Solat Jumaat tengahari tadi. Sempat makan tengahhari bersama atas jemputan seorang sahabat. Di kesempatan yang ada beberapa pengalaman beliau sebagai seorang bekas Paderi, dan Biecht-vader turut beliau ceritakan.

Sehinggakan, niat dia ingin memeluk Islam pada ketika itu mendapat tentangan dan ujian yang hebat daripada pihak gereja. Malah, beliau dianggap gila dan dimasukkan ke Hospital mental di Switzerland selama 3 bulan.

Banyak pengalaman yang beliau sempat ceritakan dalam pertemuan lebih satu jam tersebut. Antara yang menarik adalah apabila beliau berada di hospital mental berkenaan, turut dimasukkan ke hospital berkenaan ialah Prof Karl Rahner (Tahun 70-an).

Karl Rahner adalah seorang penulis sebuah buku yang amat berpengaruh dalam dunia katolik. Buku yang perlu dihafal oleh para bakal-bakal paderi sebelum layak bergelar Paderi. Karl Rahner dimasukkan ke hospital berkenaan akibat tidak boleh melelapkan mata hinggakan mangambil alkohol yang berlebihan dan menyebabkan ketagihan setelah menulis sebuah buku yang berkisar ketuhanan dari sudut kristiniti.

Gambar: Karl Rahner

Kesempatan itu beliau gunakan sebaiknya dengan bertanya dua soalan.

Yang pertama, benarkah Jesus itu tuhan?

Jawapan daripada karl Rahner adalah..."saya tidak percaya.! "

Yang kedua, hj. Ayub menyatakan niat untuk memeluk islam dan beliau bertanyakan berkaitan islam pada prof tersebut...

Prof Karl Rahner berkata, "Jangan tangguhkan niat (masuk Islam) tersebut, percepatkan..."

Malah, sebelum menjawab 2 soalan tersebut, prof berkenaan menutup semua pintu (wad VVIP), takut2 jawapan beliau kepada soalan hj. ayub tadi didengari oleh sesiapa.

Hj. Ayub bertanya lagi...kenapa prof terus menulis berkaitan ketuhanan Jesus tersebut...

Jawapannya ringkas...Arahan Vartican City!

Orang Kristian kenal Prof Karl Rahner? Tidak? Tanya paderi anda (kristian)!