Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

2 Julai 2008

Sekadar koreksi diri...

Gempar, memang gempar...
Di manakah nilai seorang hamba sehingga manusia sanggup melacurkan maruah diri hanya kerana dunia yang fana dan sementara ini. Negeri yang abadi sering kita lupa untuk dijadikan satu Visi dalam kehidupan seharian. Kerana wang ringgit, pangkat, kuasa di dunia, kemenangan, manusia sanggup buat apa saja. Bagaimana kita nak berdepan dengan Allah Taala nanti di saat dan waktu diperhitungkan pada hari yang tiada yang bisa memberi talian hayat dan hanya berharap pada amalan semata-mata.

Wahai insan yang bergelar manusia. Seharusnya kita jaga gelaran "insan" ini kerana lembu dan kambing kita gelar sebagai binatang. Kita khuatiri sifat diri kita lebih teruk dari makhluk Allah yang tidak seistimewa manusia.

Semenangnya rasa sedih menyelubungi diri apabila fitnah dilempar semahu hati. Tanpa mengira maruah diri, jauh sekali nak pertimbang maruah yang difitnah. Bergegar jantung. Geram. Rasa bagai nak menggelegak sebaik sahaja membaca dan mendengar cerita-cerita yang tak masuk dek akal yang waras. Mana mungkin? Ish...Mengapa harus kita nak jatuhkan maruah orang lain demi untuk mencapai kepentingan diri. Memang benar janji Allah, akhir zaman ini manusia akan cinta secinta-cintanya pada dunia sehingga sanggup melakukan apa saja.

Wahai umat Islam sekalian, jangan kita cuba dan berniat untuk bersekongkol dengan puak-puak jahat ini kerana kita hanya menumpang sahaja di bumi Allah ini. Tak termampu kita untuk menjawab segala bancian Allah nanti. Dan, adalah menjadi tanggungjawab kita yang berinformasi untuk menjadi agen penerangan kepada rakyat bawahan sama ada di peringkat kampung, taman-taman perumahan, mahupun di pejabat-pejabat untuk memberi gambaran yang sebenar berkaitan isu yang berlaku hari ini. Ingat!!! Pesan pada mereka supaya jangan jadikan TV dan surat khabar sebagai kitab pegangan. Takut nanti tersesat di dalam terang.

Wassalam.