Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

19 Mei 2009

DS Nizar Mengadap DYTM Raja Dr. Nazrin.

YAB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin telah diperkenan mengadap oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin di Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 12.30 tengahhari tadi (klik).
Apa isi kandungan bicara, hanya DS Nizar, Raja Nazrin, dan Allah sahaja yang tahu.
Moga kekalutan di Perak ini berakhir dengan segera. Kesian rakyat jelata yang menonton drama bersiri yang masih belum selesai pengambarannya.

BN keluar sayap

KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) petang ini putuskan untuk mewujudkan sayap Puteri di peringkat BN secara rasmi, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. (Berita Harian)
Iban Muslim:
Puteranya mana? Pincanglah puteri tanpa putera... Mungkin sayap ini masih tidak berpasang, maka ia tidak boleh terbang ke Penanti... Tiada kaitan kot... Penanti takut kena 5-1!

BN tidak akan bertanding di PRK Penanti

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebentar tadi putuskan BN tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.
Keputusan itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini, petang ini.
Beliau berkata, sebab tidak bertanding kerana mengambil kira kepentingan rakyat serta keutamaan menangani masalah ekonomi negara ketika ini.
Sumber berita: Berita Harian
Iban Muslim:
Sekiranya ditakdirkan DUN Perak dibubarkan, demi kepentingan rakyat juga, adakah BN tidak bertanding? Sudah pasti kos untuk pilihanraya untuk seluruh 59 DUN di Perak menelan belanja 59 kali ganda daripada kos pilihanraya di Penanti (jika ada pertandingan). Yang ini, kita tunggu jawapan..."demi kepentingan rakyat Negeri Perak, kita akan bertanding..."