Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

24 Jun 2012

MENUNTUT ILMU

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
 
Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi
 
Huraian
i) Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu.
ii) Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.
iii) Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Malah salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada Allah S.W.T.

Sumber: JAKIM

23 Jun 2012

Keistimewaan Memeluk Islam!

Hadith (maksudnya):

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a:” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”

 
(al-Bukhari)
Huraian
Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka. Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.
Sumber: JAKIM





7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah di Mahsyar

Adakah kita tidak ingin menyertai 7 golongan yang mendapat naungan Allah di padang mahsyar kelak? Atau adakah kita masih hanya ingin memikirkan urusan duniawi semata-mata. Bagaimanakah kita akan menghadapi azab di padang mahsyar? Kelaparan, kehausan dan kepanasan?

Telah Diriwayatkan,
Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Tujuh orang yang akan dinaungi Allah pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya: Seorang pemimpin yang adil, Seorang pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadah kepada Allah, Seorang yang hatinya selalu terkait dengan masjid, Dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah, Lelaki yang diajak
seorang wanita yang cantik dan terpandang untuk berzina lantas ia berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah", Seorang yang menyembunyikan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, Seorang yang berzikir kepada Allah seorang diri hingga menetes air matanya."
(Hadis riwayat Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

1. Pemimpin yang adil
Umar Abdul Aziz ketika didatangi ahli keluarganya kerana sesuatu urusan. Lantas beliau menanyakan samada hal tersebut berkaitan kerajaan atau keluarga. Ketika dijelaskan ia berkaitan hal keluarga, maka beliau menukar lilin yang digunakan dengan lilin miliknya sendiri. Dalam hal sekecil ini, dimana beliau tidak mahu menggunakan barangan milik kerajaan untuk urusan peribadi. Apatah lagi dalam urusan yang besar.

Syaidina Ali ketika menjadi kahlifah, ketika pedangnya dicuri oleh seorang yahudi. Setelah diajukan kepada kadi yang dilantik oleh dia sendiri, kadi tersebut menanyakan adakah dia mempunyai saksi bahwa pedang tersebut adalah miliknya. Dia hanya mengatakan hanya anaknya sebagai saksi. Kadi tersebut menjelaskan kesaksian anak tidak boleh diterima maka pedang tersebut diberi kepada si yahudi. Walaupun baginda seorang khalifah Islam ketika itu dan dia berkuasa untuk menahan yahudi itu tetapi dia tidak melakukan sedemikian. Pemimpin yang adil akan meletakkan keadilan ditempatnya menurut syariat. Si yahudi tersebut akhirnya masuk Islam kerana melihat keadilan.

2. Pemuda yang menghabiskan masa mudanya beribadah kepada Allah.
Perlu difahami ibadah yang utama adalah menunaikan yang wajib dan menjauhi larangan. Diikiuti dengan amalan-amalan sunat. Menuntut ilmu ukhrawi dan duniawi adalah wajib. Ilmu ukhrawi atau ilmu agama adalah ilmu sepanjang hidup yang wajib dipelajari dan diamalkan dengan istiqamah. Seorang pemuda yang bakal mendapat naungan Allah di hari akhirat adalah sentiasa memastikan dirinya berilmu, menunaikan yang wajib dan meninggalkan yang haram.

Ketika ini dunia dihujani dengan pelbagai fitnah yang mengajak insan terutamanya para pemuda dan pemudi untuk menghabiskan masa dengan hiburan, bercintaan dan aktiviti duniawi lainnya. Tidak ramai para pemuda yang rajin menghabiskan masanya menghadiri kuliah di masjid, bersolat jemaah atau para gadisnya memakai pakaian menutup aurat menurut sunnah yang benar. Tidak ramai anak muda yang menjauhi lagu-lagu maupun irama nasyid dan mempelajari, mendengar dan membaca Alquran. Dalam lagu ada senjata syaitan dari jenis manusia dan jin dimana iramanya akan membawa insan ke dunia khayalan. Ia akan meresapi jiwa dan seakan-akan kita akan sentiasa mendengar nyanyian irama lagu yang diminati terngiang-ngiang ditelinga. Peminatnya akan dipengaruhi dan akan menuruti gaya penyanyi pujaannya dari gaya bercakap, berpakaian, fesyen rambut dan perangai.

Ingatlah tujuh pemuda yang beriman sanggup bersembunyi didalam gua kerana mempertahankan iman. Ingatlah ketika syaidina Ali mempertaruhkan nyawanya tidur menggantikan Rasullullah saw ketika peristiwa hjjrah. Ingatlah Imam syafie menghabiskan usia mudanya menuntut ilmu. Mengapa kita tidak mencontohi mereka? Didiklah anak-anak kita supaya menjadi pemuda seperti ini. Sesuatu yang telah kita lepaskan di zaman muda kita, janganlah ianya berulang kembali kepada anak-anak kita.

3. Seorang yan hatinya selalu terkait dengan masjid
Masjid semakin kurang di kunjungi orang. Yang heboh terlalu sering dikunjungi. Insan sudah semakin menjauhkan diri dari masjid. Sembahyang jemaah semakin berkurangan kehadiran kerana insan sudah terlalu taksub dengan apa yang dipaparkan di TV. Masjid hanya ramai pada hari jumaat dan bulan puasa untuk solat tarawih. Majlis ilmu semakin kurang didatangi orang. Hati kita sudah semakin jauh dari masjid. Hanya ingat hiburan, sukan dan perkara lagha.

4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah
"Berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling mencintai karena Aku, berhak mendapat cintaku orang-orang yang saling menasihati karena Aku, berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling mengunjungi karena Aku, berhak mendapatkan cintaku orang-orang yang saling memberi karena Aku, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya." (Hadis Qudsi, Riwayat Ibnu Hibban, di-shahih-kan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Targhib Wa Tarhib, 3019)

Rasul bersabda, "Barangsiapa ingin merasakan nikmatnya iman, hendaklah dia mencintai saudaranya, dan dia tidak mencintainya kecuali karena Allah." (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim dan dishahih-kan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah, 2300)

"Tidaklah dua orang yang saling mencintai karena Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah di antara keduanya adalah yang paling besar kecintaannya kepada saudaranya." (Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adabul-Mufrad, dan di-shahih-kan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Targhib Wa Tarhib 3014).

Silaturrahim, saling berkunjung, saling membantu, saling menberi dan saling menasihati.

5. Lelaki yang menjauihi zina ketika diajak melakukannya kerana takut kepada Allah

Diceritakan dua orang sahabat, ketika seorang daripadanya meningggalkannya kerana ada urusan sebentar. Dia lansung didatangi oleh seorang wanita pelacur yang mengajaknya berzina. Dia lansung manangis kerana takutnya kepada Allah. Si wanita itu meninggalkannya kerana menolak ajakan dan mengatakan dia seorang yang gila. Ketika sahabatnya pulang dia menceritakan hal itu. Si sahabat mendengar dan menangis seraya mengatakan jika dia yang berada di tempat kawannya sudah tentu mungkin dia akan terlanjur. Keduanya menangis kerana takut kepada Allah swt.

Begitu juga kisah di zaman mutakhir ini dimana para lelaki yang takut kepada Allah berjihad melawan nafsunya dengan menjauhi pergaulan bebas. Kini zina sudah dianggap biasa dengan biasanya budaya percampuran lelaki dan perempuan. Percintaan sebelum berkahwin. Lagu-lagu dan kisah cinta semuanya mengundang kepada bahaya zina.

6 & 7. Orang yang menyembunyikan sedekahnya dan orang yang menangis berzikir kepada Allah
Semua ini adalah perkara yang tersembunyi dan hanya di dalam pengatahuan Allah. Lakukanlah kerana Allah jangan sekali-kali diungkit atau diceritakan.
  
Kredit kpd: Pencinta Hadis (Catatan asal, klik)