Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

20 Mei 2012

IBAN MUSLIM kembali...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi keran dengan kekuatan dari-Nya dapat IM meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog kesayangan IM ini.

Kesan daripada lamanya tidak update dalam blog ini, banyak perubahan2 yg telah dilakukan oleh google dlm usaha menambah baik perkhidmatannya sehinggakan banyak posting (yg melibatkan gambar) agak terjejas. Malah, Header Blog Iban Muslim turut terjejas. Tak apalah, insyaAllah IM akan membuat pembaikan dari semasa ke semasa.

Syukur sekali lagi IM panjatkan kepada Allah Subhana wa Taala kerana dengan izinnya, IM dapat menamatkan pengajian (further study) di penghujung Disember 2011. Apabila masuk semula ke pejabat, sudah ada tugas yang menanti. Alhamdulillah. Setelah hampir lima bulan baharulah IM dapat menoleh semula kepada blog IM ni.

Maaf kepada rakan-rakan yg bilamana menjengah ke blog IM ni, tiada sebarang perkembangan yg dikemaskini. Maaf juga kerana ada beberapa emel yg dikirimkan kepada IM tidak juga berbalas.

InsyaAllah, IM akan mula aktif semula untuk menjadikan blog IM ini sebagai medan dakwah maya dengan menyediakan beberapa pengisian yang dapat dikongsikan bersama. Dalam tempoh IM menyambung pengajian (2010-2011), IM tidak lupa untuk mendapatkan beberapa koleksi tulisan yang IM fikirkan bermanfaat untuk dikongsikan. InsyaAllah, bahan2 tersebut akan dipos melalui blog ini.

Cukup dulu buat kali ini. Doakan IM agar terus diberi kekuatan berdakwah secara maya melalui channel "ibanmuslim.blogspot.com".