Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: " Didirikan Islam itu di atas lima rukun, iaitu mengucap Kalimah Syahadat ( Ku beri'ktikad, berikrar dan mengaku bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah jua, dan sesungguhnya Junjungan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah ) dan mendirikan sembahyang lima waktu dan mengeluarkan zakat dan mengerjakan Haji dengan mengunjungi Baitullahil Haram dan puasa di bulan Ramadhan".
Diriwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim
Diriwayat daripada Imam Ahmad
Daripada Siti Aisyah r.a katanya, Bersabda Junjungan Rasulullah S.A.W : " Aku telah berkata kepada Junjungan Rasulullah S.A.W : Wahai Rasulullah! Kami berpendapat berjihad itu adalah sebaik-baik amalan, maka tidakkah boleh kami berjihad? Sabda Junjungan Rasulullah S.A.W : Bagi kamu perempuan, jihad yang lebih afdal ( baik ) itu ialah Haji Mabrur".
Diriwayat daripada Imam Bukhari dan lain-lain
Daripada Abu Zuhir Abdullah bin Buraidah daripada bapanya berkata, sabda Junjungan Rasulullah S.A.W : "Perbelanjaan kerana menunaikan fardhu Haji adalah seperti perbelanjaan pada sabilillah, ganjarannya 700 kali ganda".
Diriwayat oleh Imam Ahmad, Tabarani, al-Baihaqi dan Abi Syu'bah
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S.A.W bersabda : " Haji yang penuh dengan kebaikan ( Haji Mabrur ) adalah lebih baik dari dunia dan apa yang ada di dalamnya. Haji Mabrur, tidak ada balasan selain dari Syurga".
Diriwayat oleh Abu Umamah katanya : Telah bersabda Junjungan Rasulullah S.A.W: "Sesiapa yang tidak dihalangi oleh sesuatu hajat keperluan yang sah atau larangan daripada sultan ( atau pemerintah ) yang zalim atau sakit yang mengganggukan, kemudian ia meninggal dunia dengan tidak menunaikan fardhu Hajinya maka tidak ada halangan sekiranya dikehendaki matinya sebagai Yahudi atau Nasrani".
Diriwayat oleh Darami
Diriwayat daripada Abu Said al-Khudri r.a meriwayatkan sebuah Hadis Qudsi. Firman Allah : " Sesungguhnya seseorang hamba yang Ku-kurniakan sihat tubuh badannya, lega hasil pencariannya, berlaku sedemikian selama lima tahun pada hal ia tidak mengunjungi-Ku, ( menunaikan fardhu Haji / menziarahi Baitillahil Haram ) maka sesungguhnya ia diharamkan dari memasuki Syurga ( sekiranya ia mengingkari Haji itu wajib lagi baginya )".
Diriwayat oleh Ibnu Hiban
Diriwayat oleh Imam Ahmad daripada Sayyidina Abdullah Ibni Abbas r.a yang maksudnya : " Barangsiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh membawanya ke Baitullahil Haram, tetapi ia tidak menunaikan fardhu Haji maka tidak ada halangan ke atasnya jika dikehendaki matinya sebagai Yahudi dan Nasrani".
Kredit kepada (daawah.com)-sumber