Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

15 April 2011

BENARKAH IBU PERTIWIKU BAKAL BERUBAH???

IBAN MUSLIM:

Walaupun tempoh kempen PRN Sarawak hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk melabuhkan tirainya sebelum proses pengundian seawal jam 8 pagi, 16 April 2011, mungkin belum terlewat bagi IM untuk turut serta meninjau perkembangan terkini yang berlaku di Ibu Pertiwiku. Agak terkejut dengan statistik yang dikeluarkan oleh Zentrum ini! Mungkinkah angin perubahan sedang melanda Ibu Pertiwiku? Agak kerugian bagi diri IM kerana tidak bersama-sama sahabat handai di Ibu Pertiwiku di saat penting menentukan kepimpinan yang layak menerajui Ibu Pertiwiku untuk penggal yang berikutnya. Andai ramalan menjadi realiti, nampaknya rakyat Ibu Pertiwiku sudah berubah. Jangan labelkan Ibu Pertiwiku sebagai deposit tetap pihak tertentu. Andai benar ramalan ini, bukan mudah untuk rakyat di Ibu Pertiwiku untuk berubah seberani ini. Sudah pasti ada sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dan perlu diubah. Yang negatif perlu diubah kepada yang positif. Itulah yang sewajarnya...Kita tidak boleh terus berada di takuk lama, berubah jika perlu, pertahan jika kita di pihak yang benar. Walau apa pun jua, 16 April 2011 dari jam 8 pagi sehingga undi yang terakhir jam 5 petang tersebut bakal menentukan sama ada benar ramalan ini atau sebaliknya. Tidak sabar untuk menunggu hari esok walaupun jauh dari Ibu Pertiwiku. Selamat mengundi wahai seluruh rakyat Ibu Pertiwiku yang layak. Pilihlah pimpinan yang boleh membawa Ibu Pertiwiku ke zon positif. Ibu Pertiwiku memiliki sumber bukan berjuta. Malah bukan pula berbilion. TETAPI lebih dari itu! Maka, pilihlah pemimpin yang telus untuk mengurus kekayaan yang Ibu Pertiwiku miliki. Dan, apa yang lebih penting adalah membawa rakyat kebanyakannya menuju jalan TAQWA! InsyaAllah...Wallahualam.

ZENTRUM RAMAL BN JATUH

KUCHING, 14 April: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.

(Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti)

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).

Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.

Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis.

(Graf: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Bandingan Kaum)

Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.

Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan. (Sumber: Harakahdaily, klik).