Alhamdulillah...Allah masih memberikan kesempatan umur, ruang dan waktu untuk menulis di dalam blog IM ini. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan urusan pengajian, tambah-tambah lagi semester pengajian hampir melabuhkan tirainya. Ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan dan dihantar sebelum tempoh yang ditetapkan. Namun begitu, saya tidak pernah lupa untuk menjenguk blog hampir setiap hari, namun tidak punyai kesempatan untuk membuat posting terbaharu. Rutin mingguan yang saya lalui kini adalah berulang-alik dari Jitra-Bangi sejak Julai lalu. Antara tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap pengajian...kedua-duanya penting dan perlu diseimbangkan. Semoga diberikan kekuatan oleh Allah. Pengajian untuk semester ini tinggal 1 minggu perkuliahan lagi. Selepas itu, hanya menunggu 6 Nov untuk peperiksaan akhir. Semester ni cuma ada 1 paper sahaja yang ada peperiksaan akhir, yang lainnya course work. Semoga sahabat-sahabat sekalian mendoakan agar segala urusan dipermudahkan oleh-Nya.