29 Januari 2009
Catatan IBAN MUSLIM pada 1/29/2009 01:57:00 PTG
Catatan Spontan
1 Safar 1430 H. Cepat sungguh masa berlalu. Yang berlalu tidak mungkin undur walau sedetik. Terfikir sejenak, mengapa umat Islam lemah dari hari ke hari. 1.5 billion umat Islam seluruh dunia seakan-akan pemerhati yang setia terhadap kekejaman Yahudi terhadap saudara seagama di Palestin. Yahudi hanya 14 Juta seluruhnya. 7 juta di Israel (Tanah umat Islam yang dirampas).
Akhir Zaman.
Mungkin kita merasa selesa. Tidak pernah rasa susah. Tidak pernah hayati apa erti perjuangan. Tidak pernah melalui cabaran. Lahir sahaja ke dunia, kita sudah Islam. Pernah atau tidak kita terfikir, jika mak dan ayah kita bukan orang Islam, bila kita nak bertemu hidayah Islam? Bagaimana pula dengan saudara-saudara mualaf. Kita dah Islam, mak, ayah, adik-beradik, saudara mara bila lagi? Apa kerja kita sebenarnya?
Sememangnya hidayah itu datang dari Allah, kita hanya mampu berusaha untuk mendapatkan hidayah itu. Teruskan istiqamah dalam meniti hari bersama Islam.
Catatan IBAN MUSLIM pada 1/29/2009 11:52:00 PG