Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

17 Mei 2009

MU JUARA EPL 2009! MALAYSIA KE-163 DUNIA!

Musim 2008/09 sah milik Manchester United setelah mencatatkan keputusan seri 0-0 ketika menentang Arsenal sebentar tadi.

Berikut adalah barisan pemain MU (Kesebelasan utama) untuk perlawanan menentang Arsenal;

1 Van der Sar (Holland)
22O'Shea (Rep of Ireland)
23Evans (N. Ireland)
15Vidic (Serbia)
3 Evra (France)
24Fletcher (Scotland)
16Carrick (England)
11Giggs (Wales)
7 Ronaldo (Portugal)
32 evez (Argentina)
10Rooney (England)

Sembilan (9) orang pemainnya adalah pemain import dan hanya dua (2) orang sahaja warganegara England yang bermain sebagai kesebelasan utama untuk perlawanan tersebut.


Ehem...how about Malaysia? Liga kita dilarang sama sekali untuk mengambil pemain import untuk musim 2009 ini dengan alasan untuk meningkatkan potensi yang ada pada pemain tempatan bagi menyiapkan jentera skuad kebangsaan.


Adakah pasukan England menjadi mundur dengan adanya pemain-pemain import yang begitu ramai? Sebelum ini liga di dalam Malaysia hanya membenarkan 3 orang sahaja pemain asing di atas padang dalam satu-satu perlawanan. Kalau kita perhatikan kesebelasan utama ketika menentang Arsenal, MU menurunkan hanya 2 orang pemain tempatannya. Bagaimana? Secara teorinya, sepatutnya pasukan England akan menjadi lebih mundur berbanding Malaysia kerana pasukan hebat seperti MU ini tidak membantu negara England dalam persiapan pasukan kebangsaannya.


Adakah sehingga ke saat ini ranking Malaysia mengatasi England? Mari kita perhatikan ranking bolasepak dunia (klik) untuk bulan Mei 2009;




Di mana Malaysia? Tidak kelihatan? Sebenarnya, Malaysia berada pada ranking ke-163 dunia (klik) dan ranking ke-31 peringkat asia (klik). Usah kita bandingkan kita dengan England. Di peringkat Asia, kita berada di belakang negara-negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam, Myanmar dan kita hanya mampu mengalahkan negara-negara kerdil seperti Brunei, Timor Leste, Laos, dan Mongolia.

Apapun keputusan yang kita buat terhadap bola sepak Malaysia...kita tetap seperti semalam.

Tahniah buat pasukan MU dan penyokong-penyokongnya yang begitu ramai di seluruh dunia.

Bagi penyokong pasukan Malaysia, teruskan sokongan. Percayalah pada bakat tempatan yang ada. Moga-moga satu hari nanti, penyokong pasukan Negara Malaysia mengatasi ramainya penyokong Kelab MU.