Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

11 April 2009

Tanya GURKHA UMNO pasal orang putih guna al-Quran

Mengapa 'pejuang-pejuang agama' UMNO tidak buat report polis pasal ribuan orientalis barat yang bukan sahaja baca ayat al-Quran malah ramai yang menghafal dan menghuraikannya. Mungkin mengujakan lagi, rata-rata mereka lebih faham apa yang terkandung di dalam kitab suci tersebut jika dibandingkan dengan kita rakyat Malaysia.
Malah, di universiti-universiti di negara barat, ada di antara mereka yang pergi ke bilik-bilik kuliah untuk mengajarkan isi kandungan al-Quran itu. Antara tujuan mereka adalah untuk membuat perbandingan agama. Islam dengan Kristian umpamanya. Sesetengahnya al-Quran hanya dikepit di celah ketiak. Dan, ada sesetengahnya yang sambil-sambil mengepit al-Quran di ketiak, sambil itu juga meneguk arak. Ini lagilah hina!
Itu hanya sekadar satu contoh globalisasi. Usah kita menjumudkan pemikiran rakyat Malaysia ini. Kalau tak percaya, tanya "GURKHA" UMNO, Khairy, dia dulu mengaji di Oxford. Atau ramai lagi orang-prang UMNO yang tahu benda ini sebenarnya. Mengapa tak laporkan sahaja pada polis, malah lapor kepada FBI pun boleh.
Jelaslah mereka ini bukanlah hendak membela agama. Merekalah orang yang menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Dan jelaslah mereka tak reti!