Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

20 April 2009

Pemimpin Terengganu Terus Bercakaran

Kerajaan Negeri Terengganu semakin goyah dan kacau bilau. Malaysiakini melaporkan bahawa, 18 daripada 24 ADUN BN bertindak menyokong desakan agar MB meletakkan jawatannya. MB yang dijadual untuk melawat ke luar negara pada hari ini terpaksa membatalkan lawatan tersebut ekoran daripada kemelut yang berlaku di negeri itu.

Politik ala-BN sungguh memeningkan kepala. Bercakaran sesama sendiri, rakyat memerhatikan sahaja tingkah laku pemimpin pilihan mereka setahun yang lalu. Kalau bertikam lidah dengan ADUN PAS itu adalah lumrah. Tetapi kali ini mereka saling berseteru antara satu sama lain.

Apakah natijahnya? Sudah pastilah fokus terhadap usaha pembangunan negeri seperti yang diamanahkan akan hilang. Sudahnya, rakyat yang rugi secara tanpa disedari.

Pada akhir-akhir ini, pemimpin terlalu mementingkan kepentingan diri daripada kepentingan rakyat. Mereka sewenangnya menodai kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Tuduhan demi tuduhan yang tiada kesudahannya semakin membuka pekung di dada.

Dengan yang demikian, jelaslah bahawa pemimpin yang sebegini tidak layak sama sekali dihulurkan amanah yang sebesar ini. Kita masih waras, maka berfikirlah.