Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

19 Jun 2009

Untuk apa Perpaduan ini?

Perpaduan sering kedengaran...
Untuk apa perpaduan ini?...
UMNO untuk Melayu...
ISLAM untuk semua...
Orang Bidayuh, Orang Iban, Orang Melanau, Orang Dusun...
Orang ini tidak boleh jadi orang UMNO...
Dan...takkan jadi orang UMNO...
Kerana UMNO untuk Melayu sahaja...
Dikatakan parti kaum...itu lebih tepat...
Hari ini orang mau parti untuk semua...bukan untuk satu kaum sahaja...

Perpaduan ini untuk apa?...
Kalau perpaduan untuk terus korup...ahhh...lupai sahaja...
Kalau perpaduan untuk sebilangan kaum sahaja...lupai sahaja...
Kalau perpaduan untuk teruskan kekayaan...lupai sahaja...
Kalau perpaduan untuk meneruskan sekatan di sana sini...lupai sahaja...
Kalau perpaduan untuk menguatkan yang semakin lemah...lupai sahaja...
Kalau perpaduan hanya kerana yang berkuasa semakin nampak kelemahan...lupai sahaja...
Kalau perpaduan hanya untuk meneruskan sekularisme dalam pendidikan...lupai sahaja...
Kalau perpaduan hanya untuk meneruskan undang-undang penjajah...lupai sahaja...
Kalau perpaduan hanya untuk membebankan rakyat...lupai sahaja...
Kalau perpaduan hanya untuk meningkatkan lagi gejala runtuh akhlak dan runtuk akidah...lupai sahaja...
Kalau perpaduan hanya untuk menjadikan Islam semakin dagang...lupai sahaja...

Kalau perpaduan untuk menegakkan keseluruhan sistem berpandukan Quran dan Sunnah...Silakan!