Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

15 Jun 2009

Kerana RM400 + RM50 Rakyat Menangis!

Kerana RM400 + RM50 pembangunan terbantut.

RM400 diberi Kerajaan Persekutuan, RM50 diberi Kerajaan Negeri Sarawak.

Orang rumah panjang kata 'Kancil jatuh dari langit'.

Ada yang bergaya dengan duit ini.

Dengan duit ini juga mereka menjadi ajen penutup mulut anak buah.

Takut kehilangan duit ini, mereka boleh marah anak buah yang mengundi pembangkang!

Sebab duit ini juga, jalan raya tidak disediakan oleh kerajaan dengan baik. Umpama jalan balak!!! Hadlaju 40km/jam. Perjalanan 24 km mengambil masa 50 minit! Jalan berdebu!

Sebab duit ini juga, air bersih tidak mencukupi. Tekanan air rendah menyebabkan air paip tidak dapat masuk ke bilik-bilik air di dalam rumah. Terpaksa mengangkut air dari luar rumah!

Sebab duit ini jugalah...Sarawak adalah negeri penyelamat kerajaan persekutuan sehingga hari ini!

Tapi...kemudahan asas yang paling teruk di dalam Malaysia. Anda jangan menilai dengan melihat Bandaraya Kuching. Datang ke Kampung Tanjung Bijat, Sri Aman Sarawak.

Mintalah Karam Singh Walia (Wartawan TV3) datang menjenguk kampung ini. Balun cukup-cukup. Biar panas ahli-ahli yang TIDAK Berkhidmat itu!

Kenapa ini berlarutan sehingga hari ini?

RM400 + RM50!!!