Menurut Dr. Walid a. Fatihi dari Harvard Medical School, Boston, selepas tragedi 11 September 2001, beliau, isteri dan anak-anaknya telah dijemput menghadiri satu program di gereja terbesar di Boston iaitu Trinity Church.
Diceritakan lebih kurang 1000 orang telah membanjiri gereja tersebut termasuk Datuk Bandar Boston. Beliau diminta berucap mewakili Persatuan Islam di Boston. Dalam Ucapan tersebut, beliau membaca ayat-ayat Quran yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris bagi menjelaskan ajaran Islam yang murni.
Beliau menceritakan bahawa itu adalah saat yang tidak mungkin dilupakan kerana beliau dapati para hadirin menitiskan air mata selepas mendengar ayat-ayat tersebut dibacakan.
Selesai sahaja majlis berkenaan, seorang wanita menemuinya dan berkata, " saya tidak memahami bahasa arab tetapi saya tidak meragui bahawa apa yang kamu bacakan tadi ialah kalam Allah". Sambil menitiskan air mata wanita itu memberikan sehelai kertas kepadanya yang tertulis, " maafkanlah kesalahan kami yang lampau dan yang kini. Teruskan berdakwah kepada kami".
16 Februari 2009
Masih ada cahaya pengharapan
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/16/2009 12:22:00 PTG
Cemerlang. Adakah aku orang itu?
Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat.
Kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan oleh Allah.
Menurut Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddin bab Syukur, ciri-ciri kebahagian di akhirat yang tidak ada di dunia dibahagikan kepada empat;
1. Keadaannya kekal abadi
2. Kegembiraan berkekalan
3. Tidak wujud lagi kejahilan selepas itu
4. Tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu
Amat benarlah maksud sabda nabi bahawa "kesempurnaan nikmat adalah memasuki syurga".
Namun, nak masuk syurga Allah telah sediakan piawaian / kriterianya. Sebagai umat Islam yakni agama benar, kita dapat selak satu persatu piawaian tersebut di dalam kitab suci al-Quran nul karim.
Hanya dengan formula Quran sahaja seiiring dengan contoh praktikal melalui sunnah nabi, umat bergelar manusia akan berjaya di dunia dan akhirat.
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/16/2009 12:02:00 PTG
14 Februari 2009
Sekadar ingatan kepada diri
Allah kurniakan kenikmatan/kekayaan dunia kepada seluruh manusia sama ada dia beriman atau kufur (orang bukan Islam).
Namun Allah hanya kurniakan iman dan hidayah hanya kepada manuasia yang Dia pilih, sayang, dan suka sahaja yakni orang-orang yang beriman (ISLAM).
Yang kufur pastilah ditempatkan di neraka jahanam, manakala yang beriman sudah pasti disediakan syurga yang kekal dengan kenikmatan dan kelazatan yang tak pernah dilihat dek mata, tak pernah didengar dek telinga, dan tak pernah terfikir dek minda.
Sama-samalah kita renung dan fikir, kita nak pilih yang mana. Nak nikmat yang sementara atau yang kekal selamanya.
Catatan IBAN MUSLIM pada 2/14/2009 10:31:00 PG
