Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

16 Februari 2009

Masih ada cahaya pengharapan

Menurut Dr. Walid a. Fatihi dari Harvard Medical School, Boston, selepas tragedi 11 September 2001, beliau, isteri dan anak-anaknya telah dijemput menghadiri satu program di gereja terbesar di Boston iaitu Trinity Church.

Diceritakan lebih kurang 1000 orang telah membanjiri gereja tersebut termasuk Datuk Bandar Boston. Beliau diminta berucap mewakili Persatuan Islam di Boston. Dalam Ucapan tersebut, beliau membaca ayat-ayat Quran yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris bagi menjelaskan ajaran Islam yang murni.

Beliau menceritakan bahawa itu adalah saat yang tidak mungkin dilupakan kerana beliau dapati para hadirin menitiskan air mata selepas mendengar ayat-ayat tersebut dibacakan.

Selesai sahaja majlis berkenaan, seorang wanita menemuinya dan berkata, " saya tidak memahami bahasa arab tetapi saya tidak meragui bahawa apa yang kamu bacakan tadi ialah kalam Allah". Sambil menitiskan air mata wanita itu memberikan sehelai kertas kepadanya yang tertulis, " maafkanlah kesalahan kami yang lampau dan yang kini. Teruskan berdakwah kepada kami".