Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

16 Februari 2009

Cemerlang. Adakah aku orang itu?

Kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat.

Kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan oleh Allah.

Menurut Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddin bab Syukur, ciri-ciri kebahagian di akhirat yang tidak ada di dunia dibahagikan kepada empat;

1. Keadaannya kekal abadi
2. Kegembiraan berkekalan
3. Tidak wujud lagi kejahilan selepas itu
4. Tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu

Amat benarlah maksud sabda nabi bahawa "kesempurnaan nikmat adalah memasuki syurga".

Namun, nak masuk syurga Allah telah sediakan piawaian / kriterianya. Sebagai umat Islam yakni agama benar, kita dapat selak satu persatu piawaian tersebut di dalam kitab suci al-Quran nul karim.

Hanya dengan formula Quran sahaja seiiring dengan contoh praktikal melalui sunnah nabi, umat bergelar manusia akan berjaya di dunia dan akhirat.