Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

11 Disember 2009

'Gereja Episcopal Diocese' Lantik Seorang Lesbian Pembantu Biskop

Kiri, Rev. Canon Mary Glasspool, J. Jon Bruno dan Rev. Canon Diane Bruce, selepas dilantik sebagai pembantu paderi besar pada 5 Disember 2009.
PENGANUT agama Kristian dari 'Episcopal Diocese Los Angeles' melantik seorang paderi lesbian sebagai pembantu paderi besar pada Sabtu lalu.

Pelantikan ini besar kemungkinan akan menimbulkan ketegangan di antara penganut agama Kristian dari mahzab Anglican di gereja tersebut.

Paderi Rev Canon Mary Glasspool, 55, dari Baltimore ialah paderi homoseksual pertama dilantik sebagai pembantu biskop selepas pelantikan Gene Robinson dari New Hampshire pada 2003 mengancam perpaduan di kalangan ahli-ahli gereja.

Bagaimanapun, pelantikan Glasspool sebagai pembantu uskup mesti diluluskan oleh gereja kebangsaan Amerika.

Pelantikan golongan homoseksual sebagai paderi dan isu-isu yang berkaitan dengannya telah menyebabkan kira-kira 100,000 orang daripada golongan Episcopal berpisah dan memulakan gereja mereka sendiri.

Golongan yang terpisah ini menggelarkan diri mereka sebagai ahli gereja 'North America.'

Kebanyakan daripada gereja-gereja mahzab Anglican dari Afrika telah putus hubungan dengan gereja-gereja Anglican dari Amerika disebabkan isu tersbut.

Pada Julai tahun ini, dua juta daripada ahli-ahli dari gereja Episcopal menghentikan pelantikan golongan homosekual sebagai paderi buat sementara waktu.

Ini secara tidak langsung menghentikan perselisihan faham di antara golongan liberal dan konservatif dari gereja Episcopal yang juga merupakan penganut agama Kristian dari 80 juta mazhab Anglican di serata dunia.

Sementara itu, Glasspool menulis dalam sebuah laman portal luar negara yang beliau sangat teruja melihat masa depan gereja Episkopal.

"Saya gembira melihat kawasan uskup di Los Angeles kerana dapat menerima paderi yang mengamalkan cara hidup lesbian," tambahnya lagi.

Glasspool telah berkhidmat sebagai seorang paderi selama 27 tahun dan ayahnya juga merupakan seorang paderi di sebuah gereja Episcopal.

Sekiranya pelantikan Glasspool sebagai pembantu uskup tidak diluluskan oleh gereja nasional, beliau akan diserap masuk untuk menjadi pembantu biskop kepada J.Jon Bruno pada bulan Mei depan di kawasan uskup yang mempunyai kira-kira 70,000 orang ahli. Turut akan dilantik ialah pembantu biskop Rev Canon Diane Bruce.

Isu perlantikan Glasspool sebagai pembantu uskup di Amerika menghangatkan lagi isu-isu sedia ada yang berkaitan seperti perkahwinan pasangan homoseksual, pengambilan anak angkat oleh pasangan sejenis, serta kedudukkan golongan homoseksual dalam angkatan tentera.

Kajian sering kali menunjukkan penerimaan golongan homoseksual dan lesbian di kalangan rakyat Amerika semakin meningkat.

Namun begitu, kepercayaan penganut agama Kristian dari mazhab Protestan dan Mormon yang berkembang secara pesat di Amerika mengganggap perhubungan homoseksual sebagai dosa dan haram mengikut kitab agama Kristian, iaitu Bible.

sumber - mstar

19 November 2009

ANAK PADERI PELUK ISLAM

Kiriman emel: ezam othman (eracreative1@yahoo.com.sg )


Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian.. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah .

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah

2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang
berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis..... awak mengigau.... "

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ ..".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu..

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya.. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam.. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat..

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.....saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian..

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung......"

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. .

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

4 November 2009

FINAL PIALA MALAYSIA: KELANTAN CUTI PERISTIWA & 'GANJARAN ISTIMEWA'


Sumber: BH Online

3 November 2009

PANDANGAN PELBAGAI PIHAK BERKAITAN PENAHANAN DR.ASRI

Sumber foto: Bongkar Sauh

Sebagai insan yang amat kerdil dalam membicarakan isu ini, saya sekadar msnyuluh beberapa tulisan dalam beberapa sumber media elektronik ini untuk dijadikan bahan bacaan bersama untuk membuat sesuatu pertimbangan.

Pertama, Utusan Online melaporkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan motif penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam. Pada masa sama, Perdana Menteri menegaskan, tindakan menahan Mohd. Asri adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan Pusat. (Bacalah lanjutan berita di sini)

Kedua, Berita Harian Online pula melaporkan bahawa Dr.Mohd Asri menafikan beliau menyebarkan fahaman Wahabi dan mendakwa penahanannya adalah cubaan sabotaj untuk mencemarkan imejnya. (Bacalah lanjutan berita di sini)

Ketiga, Harakah Daily merakamkan kenyataan MB Kelantan TG Nik Abd Aziz yang berkata, walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang. (Bacalah lanjutan berita di sini). Dan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberikan penjelasan yang munasabah kepada orang awam berkenaan kejadian penangkapan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. (Bacalah lanjutan berita di sini).

Keempat, Malaysiakini pula melaporkan daripada sumber berita asal (BERNAMA) bahawa satu muzakarah di kalangan mufti dan ilmuan Islam perlu diadakan untuk membincangkan isu penangkapan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan mengajar agama tanpa tauliah. (Bacalah lanjutan berita di sini).

Kelima, Ustaz Zolkarnain dalam blognya menyatakan bahawa orang yang bakal mengetuai YADIM pula hendaklah seorang agamawan yang progresif. Beliau menambah, Najib(PM) tahu Asri ada ciri-ciri itu. Keprogresifannya semasa menjadi Mufti Perlis dan ketrampilannya dalam menyuarakan beberapa isu kontroversi suatu ketika dulu boleh menjadi kayu ukur. (Bacalah lanjutan berita di sini).
Dan yang keenam, luahan seorang penulis yang pernah menerima Anugerah Seni Negara 2006 meluahkan bahawa "saya keseorangan ketika Dr Asri menuduh saya tanpa bukti satu masa dahulu. Beliau lebih bernasib baik, dibela oleh Perdana Menteri dan sekian ramai ahli politik serta kumpulan NGO." ( Bacalah lanjutan berita di sini).

Maka, saya sekali lagi menyatakan bahawa saya amat kerdil dalam mengupas isu ini. Saya hanya terdaya untuk menyelongkar sekelumit isi berita yang dimuatkan dalam beberapa media tertentu untuk dibaca bersama dan seterusnya dimanfaatkan untuk memperkukuhkan kesatuan ummah dan bukannya memeningkan lagi kekusutan yang telah lama melanda pemikiran ummah kini.


Wallahualam.

27 Oktober 2009

FACEBOOK PEMBUNUH RAKYAT PALESTIN!?

Kiriman: adeq_my@yahoo.com

Ini adalah emel yang di 'forward' kepada saya hari ini. Sama-sama kita baca dan fikir-fikirkan. Barangsiapa ada idea dan pandangan brkaitan perkara ini, silakan. Paling tidak pun...kita baca sahaja. (Sila klik pada gambar/artikel tersebut agar lebih jelas untuk dibaca...)

Lebih lanjut, sila dapatkan/rujuk majalah Al-Islam keluaran September 2009...



Bagaimana pula dengan WINDOW, YAHOO, GOOGLE, MICROSOFT...dan segala macam lagi yg berkaitan dengan IT/ICT/Komputer...

Sekadar mana kita sebagai seorang Muslim 'mematuhi' semua ini sedangkan belum ada terjumpa 'Orang Kita' (Muslim) yg tampil ke hadapan dalam menyediakan segala yg berkaitan perkomputeran / komunikasi maya sebegini...

Saya sekadar mohon nasihat sahabat2 sekalian dalam mendepani perkara sebegini...nasihat tuan-tuan amat dialukan...saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...

23 Oktober 2009

PENJAWAT AWAM DAPAT RM500

Sumber berita: mStar Online

Mungkin ini yang dinantikan oleh kebanyakan penjawat awam Gred 41 hingga 54 yang tidak mendapat habuan ini raya lalu...

Bonus sekurang-kurangnya RM1000 tidak kesampaian untuk dikecapi...bagi mengubat kekecewaan sesetengah penjawat awam raya yang lalu, dan mungkin risaukan golongan ini buat 'undi protes', maka sempena Bajet 2010 ini, PM umumkan bayaran yang sama sepertimana kumpulan sokongan dalam perkhidmatan awam...

21 Oktober 2009

SEJADAH BERDIRI...MUFTI KATA JANGAN PERCAYA!



ORANG ramai melihat 36 sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkot, Meranti, Pasir Mas semalam.
Foto: Berita Harian
Beberapa hari ini agak 'gempar' dengan laporan media berkaitan sejadah berdiri. Di Kelantan (baca di sini) (di sini) ...di Kedah (di sini) ...berlaku perkara yang sama...
Selepas kejadian di Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di Pasir Mas Kelantan semalam, kes yang sama berlaku di Surau Al-Rahmaniah Kampung Teluk Yan di sini hari ini.
Menurut seorang guru, Adnan, 37, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.
"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya. (baca di sini)
Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.
"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.
Sementara itu, Mufti Kedah Datuk Badarudin Ahmad menggesa umat Islam agar tidak percaya dengan kejadian sejadah boleh berdiri itu kerana ia boleh membawa khurafat.
"Kita tidak mahu ada orang yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya harap umat Islam sentiasa berpegang kepada ajaran Islam dan tidak mudah membuat andaian," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata beberapa petugas Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) telah mengambil sejadah itu untuk dibawa pulang ke pejabat ekoran kejadian tersebut yang telah menjadi tumpuan orang ramai di kawasan berkenaan.
Sebagai hamba yang lemah ini, kita usah terlalu cepat melatah...ikutilah nasihat orang yang 'ahli' dalam bidang ini...kalau di negara kita, kita mengharapkan ilmu seorang Mufti yang arif dalam mentafsirkan perkara yang seumpama ini.
Mengapa? Sepertimana nasihat Mufti Kedah, Datuk Badarudin, agar kita tidak terlalu cepat membuat andaian sendiri sehingga berlaku perkara-perkara yang khurafat yang boleh menjejaskan kualiti akidah umat Islam.
Wallahua'lam.

ABDUL KAHAR DIPENJARA 10 TAHUN, 6 SEBATAN

Sumber: mStar Online

20 Oktober 2009

"GREEN BEAN SOY DRINK" KELUARAN YEO's DAN FANTA APPLE HARAM!!!

Awas semua muslimin dan muslimah!GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia.

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.



Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......

Cuba lihat kat pic ini.

Cuba lihat dekat-dekat........

Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???
Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!


Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.
Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)


Diulang siar daripada blog http://idhamlim.blogspot.com (Posting asal)

19 Oktober 2009

HARI MALAYSIA: 16 SEPTEMBER

Sumber foto: En.Malaysiakini

Hari Malaysia...Kita cuti setiap 16 September mulai tahun 2010...

Demikianlah yang diumumkan oleh PM 1Malaysia (baca di sini). Mungkin bagi rakyat Sabah dan Sarawak ini satu 'hadiah' buat mereka kerana tarikh itu adalah titik mula mereka bergabung dalam Malaysia.

Mengapa selepas 46 tahun berlalu, baru kini diadakan/diwujudkan hari Malaysia dan diberi cuti umum?

Perkara ini menimbulkan rasa geli hati buat mantan PM, Tun Mahathir (baca di sini). Lebih mengujakan lagi, Tun Mahathir berkata, “We should have more holidays” ... Apa maksudnya... Adakah itu satu pujian atau sindiran sinis.?

Berikut kata-kata PM, Datuk Seri Najib berhubung pengumuman cuti tersebut;

"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu. Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia. "

Dengan yang demikian, Malaysia akan berpesta secara berkembar...lazimnya diisi dengan tahlil dan doa selamat..dan diikuti/dicemari dengan konsert merdeka, yang memberi ruang kepada kemaksiatan berlaku tanpa tol...

Siapalah kita? Hanya insan kerdil yang hanya mampu berkata-kata melalui hujung 'keyboard'...pemerintah berhak melakukan apa saja demi mengubati hati rakyat yang terluka...atau terus melukakan hati sesetengah rakyat yang lain...

Pejuang Islam hanya mahukan "Pemerintahan Islam" tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Tidak kira siapa pun...tidak kira parti politik mana pun...jika kamu mampu menegakkan hukum Allah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah di bumi bertuah ini...silakan...itu yang mereka mahu...mereka pasti akan sokong...dengan syarat...Islam yang sebetul-betulnya...bukan 'Islam Modify' di sana dan di sini ikut kesesuaian nafsu...

18 Oktober 2009

1Malaysia = 1Israel ? Betul ke?


Mungkinkah slogan “Satu Malaysia” yang dirujuk sebagai “1Malaysia” dan dilaungkan Perdana Menteri, Najib Razak bagi mengambil hati masyarakat majmuk di Malaysia, ditiru dari pendekatan politik Israel?

Ia berikutan konsep One Israel pertama kali diumum tokoh politik Israel Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 dan diperkukuh oleh pemimpin PArti Buruh, ehud barak sebagai strategi politik dalam pilihanraya Israel 1999.

Yang diPertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (MPIUSM), Muhammad Hanif Alias pula berkata persamaan itu mungkin pengaruh gerakan Freemason yang didalangi golongan Yahudi.

“Mereka licik dan pintar serta cuba mengatur pemimpin dunia,” katanya yang tidak menolak kemungkinan Satu malaysia hanya slogan politik berikutan Umno kuat berbau perkauman.

Sasterawan dan aktivis politik, Azizi Abdullah menyifatkan slogan itu jika benar ditiru dari Israel menunjukkan pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Najib sebagai pemimpin tiada maruah.

“Asyik tiru gaya orang lain, pinjam orang lain buat apa, buatlah sendiri. Saya tidak tahu apa bendanya Satu malaysia. Mengarut saja.” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Carian internet mendapati konsep itu menggabungkan tiga parti utama Israel : Labour, Gesher, dan Memad bagi menarik perhatian rakyat dan menjadi gabungan parti terbesar dalam sejarah Israel.

Konsep One Israel berakhir berikutan parti Gesher menarik diri dari gabungan pada 4 Ogos 2000 berikutan pembabitan Barak dalam kem David bersama Yasser Arafat.

Tidak kurang menarik ialah konsep Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mentor Najib, Dr. mahathir Mohamad pada tahun 1991 sebagai dasar, juga seakan-akan dicedok dari konsep Israel 2020.

Dasar itu bertujuan meletakkan Malaysia sebagai negara maju, adalah strategi perancangan yang pertama kali diumumkan dalam ucapan Dr. Mahathir bertajuk ‘Malaysia: The Way Forward“.

Sebenarnya, Israel 2020 adalah satu pelan induk yang dirangka ahli politik dan ekonomi Israel sejak 1948 hungga 1951, diketuai seorang jurutera, ariel Sharon sebelum diganti Prof. Adam Mazor dari pelbagai latar belakang.


(Sumber: Suara Keadilan edisi cetak, 18-25 Ogos 2009)


1 Israel (Klik) (Klik) (Klik)

1 Malaysia (Klik)

15 Oktober 2009

ASIA RANKING : TOP-10 UNIVERSITY


Top-10 Universiti terbaik Asia.
Di mana kita?
Masih belum kelihatan.
InsyaAllah...Coming Soon...

WORLD RANKING : TOP-10 UNIVERSITY


Top-10 Universiti terbaik dunia bagi Tahun 2009.

Di mana kita?

Belum kelihatan...

InsyaAllah Coming Soon...

11 Oktober 2009

1.57 BILLION MUSLIM

Foto: PDKM


Foto: BBC
Suburnya agama-Mu ya Allah... menurut kajian yang dibuat oleh Pew Forum on Religion & Publi Life (klik di sini) terdapat 1.57 Bilion umat Islam bertaburan di atas muka bumi Allah ini. Ini bersamaan dengan 23% daripada keseluruhan penduduk dunia yang berjumlah 6.8 bilion hari ini.

Kajian itu menggambarkan bahawa;

"... While Muslims are found on all five inhabited continents, more than 60% of the global Muslim population is in Asia and about 20% is in the Middle East and North Africa. However, the Middle East-North Africa region has the highest percentage of Muslim-majority countries..."

Kajian tersebut dibuat di seluruh 232 buah negara di dunia.

Bacaan lanjut (di sini), (di sini).

Iktibar dan renungan untuk kita semua...betapa ramainya saudara seagama kita bertebaran di atas muka dunia ini. Kesatuan amat dituntut agar memastikan keutuhan dan kekuatan Islam mencapai zaman kegemilangannya seumpama zaman Nabi s.a.w, nabi-nabi yang lain, serta khalifah-khalifah yang terdahulu.

Culaan Awal Memihak UMNO

Foto: Malaysiakini
Selamat memilih pemimpin...khusus untuk para pemilih di DUN Bagan Pinang yang memulakan proses pengundiaan pagi ini.
Culaan awal yang dibuat memihak kepada UMNO dengan majoriti tipis (Klik di sini).

Namun, dalam PRK seperti ini, apa-apa pun boleh berlaku. Pihak PAS hanya boleh mengharapkan pangkahan daripada 9,930 pemilih sahaja kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa undi pos adalah undi yang 'tak boleh pakai'.
Secara rasminya, 13,994 pemilih layak untuk mengundi pada pagi ini. Dijangka 80% (klik) bakal menunaikan tanggungjawab tersebut pada hari ini memandangkan hari pengundian bertepatan dengan cuti hujung minggu yang agak memudahkan para pemilih untuk keluar membuang undi dengan selesa tanpa kekangan urusan kerja.

Berkali-kali saya mengingatkan diri saya dan para pengundi bahawa memilih pemimpin adalah tanggungjawab yang besar. Tersilap pilih kita akan menyesal di akhirat kelak. InsyaAllah.
Selamat Mengundi!

8 Oktober 2009

Ulang Siar: Pesan TG Nik Abdul Aziz Kepada Pengundi Tentera

1. Kedudukan tuan-tuan sebagai tentera sudah betul dan cukup bertepatan dari segi Islam.

2. Mahu tidak mahu kehidupan tuan-tuan seharian semuanya bergadai nyawa melibatkan persiapan berupa kawad dan pembarisan, peluru, senjata senapang dan M16 termasuk bom, letupan, jip, trak, kereta kebal dan kapal selam.

3. Dihujung niat tuan-tuan, tentu sekali tidak ada yang lain selain dari hidup dan matiku kerana Allah seperti yang diucap dalam doa iftitah setiap kali sembahyang “inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbi ‘alamin.” Inilah unsur keikhlasan dan kesucian niat yang boleh membawa kepada syahid dan syuhada’ jika takdirnya mati terkorban ketika menjalankan tugas. Dalam hal ini, tentu sekali selaku orang Islam, kita mahu dan perlu mempertahankan kebenaran.

4. Jika dalam medan perang, kita memburu dan memerangi musuh. Dalam pilihan raya, kita menolak parti sekular. Jika tuan-tuan berani menghadapi peluru, dalam pilihan raya takkan tak berani memangkah bulan? Di mana susahnya? Gertakan dan ugutan dari Umno sudah tidak ditakuti oleh rakyat. Rakyat di Kelantan, Kedah telah berani bersama dengan PAS. Begitu juga dengan lima buah negeri Pakatan Rakyat. Mereka hidup senang lenang dan tidak ada banyak masalah. Apa nak disusahkan dengan pembangunan. Duit membuat pembangunan itupun duit rakyat. Buatlah pembangunan dan itu untuk rakyat. Jika didalam perang kita guna senapang, dalam pilihan raya, kita guna pensel. Guna kalam. Selaku perwira yang gagah berani di medan tempur, kita juga harus berani menentang rasuah, kezaliman dan pihak atau parti yang menolak Islam.

5. Kesimpulannya, pada kali ini marilah kita benar-benar buktikan bahawa slogan “satu peluru satu musuh” diamalkan. Jangan bazirkan walau satu undi. Sebagaimana kita gunakan jari kita untuk memetik hanya satu picu ketika melepaskan satu das tembakan kepada seorang musuh, maka gunakan satu undi yang ada pada setiap orang dari tuan-tuan untuk diberikan kepada parti bulan.

6. Dengan satu undi itu, tuan-tuan boleh kata dengan tegas di akhirat nanti bahawa

“Ya Allah, aku sewaktu di Bagan Pinang dahulu, telah mengundi sebuah gerakan Islam untuk mendaulatkan Islam.”

Undilah PAS.

Undilah Islam dan Pakatan Rakyat demi kebahagiaan di Akhirat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Negeri Kelantan
Bertarikh: 17 Syawal 1430 / 6 Oktober 2009.

Ulang siar:Amanat TG Nik Abd Aziz kepada Pengundi Bagan Pinang


‘Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong(tanpa mengira bangsa dan bahasa).’
[Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2]

Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restu-Nya dapatlah juga saya berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa hati .

Pilihanraya amat berkaitan dengan agama, keadilan dan tanggungjawab setiap rakyat dalam sistem demokrasi. Ia menyentuh hak warganegara. Ia ada kaitan dengan dosa pahala dan mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya. Pilihanraya adalah medan pemilihan pemimpin yang bakal kita angkat sebagai penggubal dan pemantau undang-undang samada di Parlimen atau Negeri. Selaku wakil rakyat, segala bentuk kebajikan, sakit dan mati, susah dan senang; juga segala aduan dan masalah kita sepatutnya diberi perhatian oleh wakil rakyat. Dalam konteks inilah amat pentingnya kita memilih wakil rakyat yang memahami masalah serta prihatin terhadap kebajikan kita selaku pengundi.

Pemilihan saudara Zulkefly Mohamad Omar, Pesuruhjaya PAS Negeri sebagai calon PAS dikira cukup cucuk untuk meneruskan khidmat amal ini. Selaku seorang muda yang telah diuji kecekapan dan ketabahannya untuk memimpin Pas Negeri, dalam usia 44 tahun beliau diyakini mampu mencabar calon yang ditampilkan oleh UMNO/BN. Tidak syak lagi beliau adalah seorang yang bertenaga untuk menyaingi Umno dikerusi N31. Tanpa perlu diulas, semua orang sudah tahu betapa terdesaknya UMNO sehingga masih mengambil calon yang telah terbukti mempunyai rekod yang cemar dari segi amalan politik wang. Ini disahkan sendiri melalui Lembaga Disiplin UMNO yang telah mengambil tindakan tatatertib ke atas pelbagai amalan salah laku yang melibatkan beliau. Sebenarnya saya amat terkilan dengan sikap “double standard” yang diamalkan oleh UMNO dalam hujah mempertahankan pemilihan calon ini. Mereka mendabik dada kononnya mereka mematuhi kehendak “grass root”. Anehnya sewaktu merampas Kerajaan Negeri Perak yang sah, mereka telah dengan terang-terangan menafikan kehendak dan perasaan akar umbi yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat.

Buat 5,000 pengundi yang berada di kem-kem tentera saya mohon berpesan supaya jangan takut untuk menyatakan pendirian. Gunakanlah hak-hak demokrasi tuan-tuan dengan cermat. Inilah masa terbaik untuk menunjukkan sikap gagah perwira dengan penuh istiqamah dan keberanian. Pada saya, sikap Presiden UMNO yang tidak semena-mena membangkit-bangkitkan soal kenaikan gaji dan kemudahan perumahan bagi tentera di Port Dickson di hari pengisytiharan calon adalah sesuatu yang tidak sihat. Sudah tentu pengisytiharan ini akan disusuli dengan pelbagai janji berupa halwa, madu dan susu untuk tujuan-tujuan pancingan.

Kepada pengundi luar yang berada diperantauan, baliklah dan mengundilah dengan penuh amanah pada 11 Oktober 2009. Inilah satu-satunya senjata dan hak kita sebagai rakyat Malaysia dalam negara demokrasi. Tentukan undi Tuan/Puan akan memulihkan corak dan rupabentuk keadilan dan memperbaiki wajah demokrasi demi masa depan negara. Mari kita keluar untuk menyatakan keyakinan dan sokongan kita kepada saudara Zulkefly wakil PAS/PR yang tidak berbelah bagi. Dengan sepangkah undi, mari kita tolak kezaliman.

Ini bukan soal kalah menang dalam gelanggang politik semata-mata tetapi lebih mustahak dari itu, ia adalah perjuangan untuk mencari keredhaan Allah dan mendapat pahala di akhirat kelak. Bahkan ia sekaligus kesempatan untuk mengembalikan demokrasi kepangkuan rakyat. Sudah 7 kali pilihan raya kecil diadakan di Semenanjung dan kita telah memenangi ketujuh-tujuhnya. Mari kita ulangi kemenangan buat kali ke-8 pada 22 Syawal ini.Kita perlu panjangkan gema takbir Hari Raya yang berbunyi “Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar.Walillahilhamdu”


“UNDILAH PAS. SELAMATKAN NEGARA”


Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Mursyidul Am PAS.

Tanggal:12 Syawal 1430/1 Oktober 2009

MALAYSIA TRULY 'MALING' ASIA


Sumber Berita: Utusan Online



Sekatan jalanan telah dibuat...pelajar diancam...helikopter bantuan mangsa gempa dilontar batu...

Rakyat jangan risau...ini kes kecil....

Senangnya jadi Menteri...

Facebook ini yang dianggotai 437,323 ahli (klik di sini) setakat jam 2.07 pm 8/10/2009 menceritakan ramainya peminat/penyokong gerakan ini. Banner yang dipaparkan (gambar kiri) di dalam facebook tersebut juga begitu terang-terangan menghina negara kita.
Saya cuma nak menggambarkan bahawa seriusnya kumpulan ini mencemuh negara kita di mata dunia.

Bukan minta pihak berkuasa bertindak terhadap negara berkenaan, tapi, berusahalah untuk menyekat 'gerakan' kumpulan ini...

Atau...biarkan sahaja...tenang...jangan bimbang...jangan risau...jangan panik...tidak melibatkan tentera...
Apapun anda kata, apa jaminan anda terhadap rakyat keseluruhannya. Adakah memadai dengan menenangkan rakyat agar tidak panik!!!?





Dulu Letak Jawatan, Sekarang Bertaubat Nasuha, Itulah Abdul Kahar

Sumber Berita: mStar Online (Berita penuh, klik di sini) dan bacaan lanjut Malaysiakini (di sini)
Diharapkan pihak berkuasa benar-benar membuat 'follow-up' terhadap orang ini. Satu ketika dulu mengatakan dirinya sudah meletak jawatan sebagai 'Rasul melayu'. Hari ini dia berkata akan membetulkan akidah pengikutnya pula.
Bagus benar sekiranya mampu untuk membetulkan hati-hati yang telah tersesat, namun, yang ingin perbetulkan orang tu perlulah lebih betul dahulu. Cukuplah...Jangan huru-harakan pegangan Islam yang semakin hari semakin rapuh di telan arus dan masa.
Ini bukan permainan komputer atau playstation yang boleh kita restart ikut suka kita. Ini akidah! Urusan manusia dengan Pencipta, yakni Allah Taala. Jika kita pernah ikuti tulisan-tulisan Abdul kahar Ahmad ini, amat meruntun jiwa...bukan kerana kehebatan, tapi dek kerana kepelikan terhadap pemikiran manusia yang berakidahkan hawa nafsu semata-mata.
Mungkin sesetengah masyarakat memandang perkara ini benda kecil semata-mata, namun bagi saya, perkara akidah adalah benda yang paling besar. Lebih besar daripada dunia dan seisinya.
Wahai pihak berkuasa, diharap seriuslah menangani orang-orang seperti ini. Pasal ekonomi kita boleh bimbang, pasal wang kita boleh risau, pasal kedudukan kita boleh pening, pasal anak-pinak kita boleh ambil berat...apa salahnya, pasal akidah seperti ini kita luangkan keringat kita untuk memelihara agama Allah...

6 Oktober 2009

BENDERA INGIN SERANG MALAYSIA!?


"Tanggal 8 Oktober, kami akan memberangkatkan sekitar 1500 orang (sukarelawan). Kami sudah mengirimkan aktivis ke sana untuk memetakan daerah-daerah. Kami akan mendatangi kantor-kantor pemerintahan," ujar Koordinator Bendera, Mochtar Bonaven.

Bendera, sukarelawan Benteng Demokrasi Rakyat, berhasrat menyerang Malaysia.


[VIVA News, Indonesia]

Kumpulan ini cuba untuk membangkitkan api persengketaan yang hanya berpunca daripada beberapa perkara remeh. Mengapa harus kita bertelagah hanya kerana 'sebuah tarian' atau budaya-budaya tertentu, mahupun apa jua urusan dunia yang tidak menguntungkan kita di akhirat kelak.

Kita perlu melihat dengan lebih jauh...kita perlu selidiki...siapa yang akan beruntung di sebalik persengketaan ini? Seperti yang kita sedia tahu, Malaysia dan Indonesia adalah dua buah negara yang mempunyai umat Islam yang ramai. Dengan persengketaan budaya ini yang bertitik tolak daripada sebuah tarian yang disiarkan oleh Discovery Channel itu, malulah...

Siapa di belakang Discovery Channel ini??? Mereka pasti ketawa terbahak-bahak kerana agenda mereka menampakkan bibit-bibit yang positif.

Saya telah membaca beberapa artikel/berita yang dikeluarkan melalui Viva News Indonesia, api-api kemarahan segelintir kecil kumpulan 'pemberontak' tersebut begitu membuak-buak seumpama Gunung Berapi yang akan meletus bila-bila masa sahaja. Sila baca (di sini), (di sini), (di sini).

Malah, sebuah laman yang sengaja diwujudkan untuk api kebencian terhadap Malaysia. Malah dinamakan sebagai nama yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara 'maling'. Ingin tahu lebih lanjut, lawati laman http://www.malingsia.com/.

Diambil daripada laman malingsia.com



Tidak cukup dengan itu, wujud pula laman sosial facebook yang mempunyai tujuan yang sama. (klik ini).

Namun, kita percaya ianya bukan mewakili tuntutan seluruh rakyatnya, tetapi hanya tuntutan kumpulan 'GAMPANG' dengan persengketaan. Janganlah kita menjadi bodoh hanya kerana budaya. Marilah kita berjuang bersama-sama menegakkan Islam di bumi Tuhan. Itu yang terbaik.


***perkataan 'gampang' di Indonesia bermaksud senang