Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

17 April 2010

ASAP HITAM LUMPUHKAN EROPAH







Source: Reuters, BBC (Full Story)


Kepulan asap tebal (volcanic ash) yang berarak daripada Iceland terus menyelubungi ruang udara eropah melumpuhkan industri penerbangan di beberapa negara di Eropah terutamanya Belgium, Denmark, Republik Czech, Estonia, Finland, Hungary, Netherland, Switzerland, Perancis (sebahagian), Jerman (Sebahagian), Itali (Sebahagian), dan beberapa negara Eropah yg lain (Klik). Asap ini dikatakan boleh merosakkan sistem enjin pesawat dengan menghentikan serta merta enjin pesawat tersebut sebaik sahaja dimasuki oleh asap ini. Lebih 17, 000 penerbangan keluar / masuk negara terlibat terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.


Firman Allah (maksud):
"Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?" [41]
"Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak" [42]
"Serta naungan dari asap hitam," [43]
"Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan." [44]
"Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan)." [45]

[Al-Waqiah: 41-45]

Dari Hudzaifah bin Asid Al-Ghiffari ra. katanya:
Rasulullah saw. melihat kami ketika kami sedang berbincang-bincang seraya bertanya "Apa yang sedang kalian perbincangkan?". Jawab para sahabat, "Kami berbincang-bincang mengenai hari kiamat". Sabda Beliau, "Kiamat tidak akan terjadi sebelum terlihat sepuluh macam tanda: 1.Ad Dukhan(asap atau kabut), 2. Dajjal(Si penipu besar), 3.Dabbah(binatang melata), 4.Matahari terbit di barat, 5.'Isa anak Maryam a.s turun, 6.Ya'juj dan Ma'juj, 7.Gerhana di timur, 8.Gerhana di barat, 9.Gerhana di Jazirah 'Arab, 10.Api menyala di yaman menghalau umat manusia ke mahsyar(tempat berkumpul)
[H.R Muslim: Hadis No.2466]