Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

16 Disember 2009

FUSSILAT (1-13)


1. Haa, Miim

2. Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

3. Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.

4. Dia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.

5. Dan mereka berkata: Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)!

6. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu) dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain),

7. Iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartabendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat.

8. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus.

9. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,

10. Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Dia melimpahkan berkat padanya dan Dia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.

11. Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela;

12. Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

13. Oleh itu, kalau mereka (yang musyrik) berpaling (daripada mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai Muhammad): Aku memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir, seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud!

[Surah Fussilat: 1-13]


Di antara ayat-ayat yang dibacakan oleh Ustaz Zahazan dalam kuliah beliau di IKIM.fm pagi tadi. Apabila kita renung dan dalami isi kandungan ayat-ayat Allah ini, kita sebagai hamba yang lemah ini sewajibnya patuh dan taat pada perintah Allah dan wajib sewajibnya beriman hanya pada Allah dan tidak sama sekali menyekutukan-Nya dengan yang lain.

Manusia yang degil dan sombong daripada beriman kepada Allah pasti akan bertemu dengan janji-Nya di akhirat kelak. Sudah tersedia azab yang amat pedih bagi mereka-mereka yang ingkar dan kekal dalam kekafiran.

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya." (Ali Imraan: 19)

Sebagai hamba yang lemah, sama-samalah kita berusaha menambahkan keimanan kita kepada Allah Taala agar kita terhindar daripada azab yang pasti diturunkan kepada manusia yang ingkar sama ada di dunia mahupun di akhirat.




12 Disember 2009

PERAK DARUL KARTUN SAMPAI DEPAN PAGAR

Tuuu...dia...naskhah yg dinanti baru sampai di dpn pagar...Gedung Kartun ada problem dgn KDN, so ganti dgn Perak Darul Kartun nih, kira orait...Thanks Mr.Zunar n team...
Sekadar bacaan santai...meredhakan tekanan minggu2 yg agak sibuk...maklumlah hujung tahun...

Tak dan buka lagi apa ada di dalam...

11 Disember 2009

'Gereja Episcopal Diocese' Lantik Seorang Lesbian Pembantu Biskop

Kiri, Rev. Canon Mary Glasspool, J. Jon Bruno dan Rev. Canon Diane Bruce, selepas dilantik sebagai pembantu paderi besar pada 5 Disember 2009.
PENGANUT agama Kristian dari 'Episcopal Diocese Los Angeles' melantik seorang paderi lesbian sebagai pembantu paderi besar pada Sabtu lalu.

Pelantikan ini besar kemungkinan akan menimbulkan ketegangan di antara penganut agama Kristian dari mahzab Anglican di gereja tersebut.

Paderi Rev Canon Mary Glasspool, 55, dari Baltimore ialah paderi homoseksual pertama dilantik sebagai pembantu biskop selepas pelantikan Gene Robinson dari New Hampshire pada 2003 mengancam perpaduan di kalangan ahli-ahli gereja.

Bagaimanapun, pelantikan Glasspool sebagai pembantu uskup mesti diluluskan oleh gereja kebangsaan Amerika.

Pelantikan golongan homoseksual sebagai paderi dan isu-isu yang berkaitan dengannya telah menyebabkan kira-kira 100,000 orang daripada golongan Episcopal berpisah dan memulakan gereja mereka sendiri.

Golongan yang terpisah ini menggelarkan diri mereka sebagai ahli gereja 'North America.'

Kebanyakan daripada gereja-gereja mahzab Anglican dari Afrika telah putus hubungan dengan gereja-gereja Anglican dari Amerika disebabkan isu tersbut.

Pada Julai tahun ini, dua juta daripada ahli-ahli dari gereja Episcopal menghentikan pelantikan golongan homosekual sebagai paderi buat sementara waktu.

Ini secara tidak langsung menghentikan perselisihan faham di antara golongan liberal dan konservatif dari gereja Episcopal yang juga merupakan penganut agama Kristian dari 80 juta mazhab Anglican di serata dunia.

Sementara itu, Glasspool menulis dalam sebuah laman portal luar negara yang beliau sangat teruja melihat masa depan gereja Episkopal.

"Saya gembira melihat kawasan uskup di Los Angeles kerana dapat menerima paderi yang mengamalkan cara hidup lesbian," tambahnya lagi.

Glasspool telah berkhidmat sebagai seorang paderi selama 27 tahun dan ayahnya juga merupakan seorang paderi di sebuah gereja Episcopal.

Sekiranya pelantikan Glasspool sebagai pembantu uskup tidak diluluskan oleh gereja nasional, beliau akan diserap masuk untuk menjadi pembantu biskop kepada J.Jon Bruno pada bulan Mei depan di kawasan uskup yang mempunyai kira-kira 70,000 orang ahli. Turut akan dilantik ialah pembantu biskop Rev Canon Diane Bruce.

Isu perlantikan Glasspool sebagai pembantu uskup di Amerika menghangatkan lagi isu-isu sedia ada yang berkaitan seperti perkahwinan pasangan homoseksual, pengambilan anak angkat oleh pasangan sejenis, serta kedudukkan golongan homoseksual dalam angkatan tentera.

Kajian sering kali menunjukkan penerimaan golongan homoseksual dan lesbian di kalangan rakyat Amerika semakin meningkat.

Namun begitu, kepercayaan penganut agama Kristian dari mazhab Protestan dan Mormon yang berkembang secara pesat di Amerika mengganggap perhubungan homoseksual sebagai dosa dan haram mengikut kitab agama Kristian, iaitu Bible.

sumber - mstar