Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

Memaparkan catatan dengan label Manik Urai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manik Urai. Papar semua catatan

14 Julai 2009

KEPUTUSAN RASMI PRK MANEK URAI: PAS MENANG

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL DUN MANEK URAI

UMNO (BN)........ 5283 UNDI
PAS (PR)............. 5348 UNDI

MAJORITI......... 65 UNDI


TAHNIAH KEPADA YANG MENANG. BAGI YANG KALAH CUBA LAGI DI LAIN PELUANG. SELAMAT BERKHIDMAT Y.B

PAS MENANG (TAK RASMI) MAJORITI TIPIS

PAS = 5363
BN = 5293

MAJORITI = 70
UNDI ROSAK =90

KELUAR MENGUNDI = 10476 (87.42%)

87.33% Mengundi di Manek Urai

87.33% atau 10, 736 daripada 12,293 rakyat DUN Manek Urai berjaya menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin bagi mewakili DUN mereka selepas semua pusat pembuangan undi ditutup secara rasmi jam 5.00 petang tadi.

Sekarang, proses pengiraan undi sedang rancak dilakukan dan keputusan bakal diketahui seawal jam 8.00 malam ini.

13 Julai 2009

Negeri Kelantan Cuti Peristiwa Esok!

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku Menteri besar Negeri Kelantan membuat pengisytiharan berikut:


"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'cuti peristiwa'. "

"Dalam semangat prodemokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian."

"Lagipun ada juga pengundi di Dun Manek Urai terdiri dari pegawai kerajaan, oleh yang demikian bagi mengurangkan kesulitan mereka, kita mengisytiharkan cuti tersebut."

Bagi pihak swasta, beliau berkata,"yalah takkanlah pihak majikan nak kira untungnya sahaja."

6 Julai 2009

Taburan pengundi di DUN Manek Urai

Pengundi Berdaftar: 12, 293

Taburan pengundi mengikut skala umur:
21-39 tahun : 5598 pengundi (45.54%)
40-59 tahun : 4511 pengundi (36.70%)
60-79 tahun : 1937 pengundi (15.75%)
atas 80 tahun : 247 pengundi (2.01%)

Taburan pengundi mengikut jantina:
Lelaki : 6316 (51.38%)
Perempuan : 5977 (48.62%)

Taburan Pengundi mengikut kaum:
Melayu : 12172 pengundi
Cina : 56 pengundi
India : 28 pengundi
Lain-lain : 12 pengundi
Pos : 25 pengundi

2 Penjuru di Manek Urai

Pertemuan 2 penjuru bakal disaksikan di PRK Manek Urai di antara calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

Para pekempen akan mempergiatkan usaha kempen masing-masing bagi meyakinkan para pengundi di DUN berkenaan.

Selamat meneruskan usaha kempen dan selamat memilih pemimpin bagi seluruh pengundi yang layak mengundi di DUN Manek Urai.

Ingat!!! Setiap pangkahan undi pasti ada ketentuan baik dan buruknya. Berhati-hati...jangan menyesal di akhirat nanti!

24 Mei 2009

Nik Aziz: Islam Tidak, Demokrasi Pun Tidak

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kesemua Menteri Besar yang dilantik di negeri-negeri adalah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Menurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi.

"Kesemua Menteri Besar di Malaysia ini memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan sambutan jubli perak kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak dekat sini.

Beliau juga mendakwa bahawa sekiranya kaedah 'rampas kuasa' yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak 'dihalalkan', maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini.


"Selepas berjaya dibuat di Perak, maka ia akan dibuat di negeri-negeri lain pula selepas ini.

"Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak," tegasnya.

Malah menurutnya, Menteri Besar Perak sebelum ini, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin mengambil jalan yang betul dengan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang berpihak kepada BN, beliau menyifatkan parti itu sebagai satu gerombolan dan bukan sebuah parti politik.

"Umno sekarang bukan lagi sebuah parti politik sebaliknya ia sebuah gerombolan pemikiran sahaja," katanya lagi.

Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mengenai hasrat BN untuk bertanding di Manek Urai, pihaknya menyifatkan kenyataan tersebut mencerminkan parti itu sebuah parti bertaraf parti Bebas.

"Bila dia tidak mahu bertanding di Penanti, maka ia jadi taraf sebuah parti Bebas, tetapi selepas timbalan dia menyatakan bahawa dia akan bertanding di Manek Urai bermakna dia telah sedar akan taraf sebenar parti itu.

"Kenyataan yang dibuat Najib dan pemimpin BN sebelum itu membuktikan rendahnya moral dan maruah parti tersebut apatah lagi dengan keengganan mereka untuk bertanding di Penanti," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan menjelaskan bahawa PAS mempunyai senarai calon yang ramai untuk mengisi kekosongan pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai nanti.

"Kita mempunyai senarai yang panjang kerana terdapat calon yang ramai dan insya-Allah ia adalah orang tempatan," demikian ujarnya.

Turut hadir pada sidang media tersebut, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din. -HarakahDaily-