29 Mac 2018
23 Mac 2018
22 Mac 2018
21 Mac 2018
20 Mac 2018
29 Mac 2016
30 November 2015
JIN & MANUSIA PENGHUNI NERAKA JAHANNAM
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti
binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai.
[Surah Al-'Araf: 179]
IM: Dunia ini ujian bagi seluruh manusia. Pelbagai godaan dan tarikan yang mendorong manusia melupai bahawa satu hari nanti kita pasti mati. Meninggalkan dunia yang fana. Meninggalkan seluruh isi dunia yang dikejar sepanjang usia yang dipinjamkan. Pastinya, tiada satu sen pun harta yang dimiliki di dunia boleh dibawa ke 'sana', melainkan pahala-pahala daripada harta yang diinfakkan pada jalan Allah, seperti sedekah jariah, zakat, wakaf, dan jalan-jalan amal kebajikan yang lain, ikhlas semata-mata kerana Allah. Bukan demi manusia.
Ringkasnya, sama-samalah kita berusaha menjadikan:
- HATI yang sejahtera dengan memahami ayat-ayat Allah;
- MATA yang mampu mengambil iktibar dari setiap inci kebesaran Allah; dan
- TELINGA yang berupaya menyerap ajaran serta nasihat agama.
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/30/2015 02:55:00 PTG
BERSIFAT LEMAH LEMBUT
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut.
Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut.
[H.R Muslim]
Huraian Hadith:
- Sifat lemah lembut adalah sifat yang disukai oleh Allah sebaliknya sifat kekerasan adalah sifat yang dibenci oleh Allah.
- Kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yang meliputi bidang alam rumahtangga perhubungan masyarakat dan sebagainya.
- Umat Islam dituntut supaya bersifat lemah lembut dan bertolak ansur didalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
IM: Ya Allah, kurniakan kami sifat lemah lembut sebagaimana sifat yang Engkau sukai. Amin.
Catatan IBAN MUSLIM pada 11/30/2015 02:31:00 PTG
6 Ogos 2015
JOM BANTU PUSAT PENGAJIAN DARUL HADIS PULAU PINANG
Wahai sahabat-sahabat yang baik, saya menyeru pada diri saya dan sahabat-sahabat IM sekalian...marilah kita belanjalah harta-harta kita pada jalan Allah. mari kita sama-sama bantu mereka untuk memartabatkan Islam terus subur di atas muka bumi ini. Mereka berusaha melahirkan para ilmuwan Islam. Mereka berusaha melahirkan ulama masa depan. Mereka berusaha melahirkan pewaris nabi...tugas kita sebagai masyarakat umum ialah menyokong mereka dengan menderma dan membelanjakan harta yang dikurniakan Allah kepada kita untuk jalan Allah. Maksud daripada ayat-ayat al-Quran di bawah dengan jelas menyentuh berkaitan perkara ini. Insya-Allah...
"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal) dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."
[Surah Muhammad: Ayat 38]
"Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar."
[Surah Al-Hadid: Ayat 7]
Labels: Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 8/06/2015 08:14:00 PG
11 Julai 2015
SELAWAT SAHIH
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil
yang sahih adalah:
Dari
hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih]
اللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
“Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi
Muhammad dan ke atas keluarganya.”
Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat, iaitu:
1.
Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:
اللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ
إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya
Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana
Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan
keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga
Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari
dan Muslim]
2.
Dari Abu Humaid As Saa’diy RA:
اللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ
إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ،
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah,berilah selawat
kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri Baginda dan keturunannya, sebagaimana
Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad
dan isteri-isteri Baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati
keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan
Muslim].
3.
Dari Abi Mas’ud Al-Ansori RA:
اللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ،
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ
إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah
selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah
berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga
Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian
alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Muslim]
4.
Dari Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):
اللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ
عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ
الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad
nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi
selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang
ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim,
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Abu Daud no. 981,
sahih]
5.
Dari Abi Sa’id Al-Khudri RA:
اللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ،
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى
إِبْرَاهِيمَ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad
hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga
Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau
telah memberkati Ibrahim.” [HR Bukhari]
6.
Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:
اللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ،
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى
مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah
selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan
isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga
Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah
Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya,
sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha
Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].
7.
Dari Abu Hurairah RA:
اللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ
مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ وبَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وعَلَى آلِ
إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah
selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan
keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim
dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR At-Tohawi dalam “Musykil al-Athar” 3/75, An Nasa-i
dalam “Amalul Yaum wal Lailah”
no 47. Sahih]
8.
Dari Tolhah bin ‘Ubaidullah RA:
اللَّهُمَّ صَلِّ
عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah selawat
kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat
kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan
berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah
memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha
Mulia.” [HR Imam Ahmad, sahih].Sumber: Al-Fadhil Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
Labels: Hadis, Iban Muslim, Selawat
Catatan IBAN MUSLIM pada 7/11/2015 10:16:00 PG
10 TANDA BESAR KIAMAT
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
"Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari kiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(HR.
Muslim)
Sepuluh
tanda-tanda kiamat yang disebutkan Rasulullah SAW dalam hadis ini adalah tanda-tanda
kiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari kiamat. Sepuluh
tanda itu ialah:
- Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
- Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
- Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
- Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
- Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
- Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan di permukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
- Gempa bumi di Timur.
- Gempa bumi di Barat.
- Gempa bumi di Semenanjung Arab.
- Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Saidina Umar al-Khathab
r.a. berkata, "Hitung-hitunglah dirimu sendiri sebelum kamu dihitung, dan
timbang-timbanglah dirimu terlebih dahulu sebelum kamu ditimbang, dan bersiap-siaplah
untuk menghadapi alam terbuka yang besar (Padang Mahsyar)."
Wallahu a'lam
bish-shawab.
Sumber:
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMANSusunan Al-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari an-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)
Labels: Dakwah, Hadis, Iban Muslim, Kiamat
Catatan IBAN MUSLIM pada 7/11/2015 10:03:00 PG
LAHIRNYA IMAM MAHDI
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan ku) yang namanya sama dengan namaku". (Riwayat Tirmizi)
Keterangan:
Hadis ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan kiamat sehinggalah bangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang lelaki keturunan Rasulullah saw., iaitu Imam Mahdi. Ia akan melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini dan akan diikuti oleh seluruh kaum muslimin. Ia akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudian keluarlah Dajjal dan turun pula Nabi Isa 'alaihis salam, dan Nabi Isalah yang akan membunuh Dajjal itu. Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan lahir di saat umat Islam berpecah-belah dan di masa pemerintahannya semua umat Islam akan bersatu dan berjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada di dunia ini dibawah kekuasaan Islam.
Sumber:
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN
Susunan Al-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari an-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)
Labels: Hadis, Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 7/11/2015 09:47:00 PG
8 Julai 2015
Wangian Nabi Isa a.s Membunuh Orang Kafir dan Dajal
Hadis
oleh al-Nawwas ibn Sam’an al-Kilabi;- An-Nuwas ibn Sam’an berkata,
“Pada suatu
pagi, Nabi s.a.w. bercerita mengenai Dajjal. Kadangkala Baginda menerangkan
seperti ianya tidak penting dan kadangkala mengatakan yang ia amat merbahaya
sehingga kami menyangka ia berada dekat pucuk pohon tamar. Apabila kami menemui
baginda setelah itu, dengan wajah yang ketakutan Baginda bertanya,
“Mengapa
dengan kamu?”
Kami berkata,
“Ya Rasulullah, pagi tadi tuan bercerita mengenai
Dajjal, kadang-kadang seperti remeh, kadang-kadang seperti amat merbahaya
sehingga kami sangka ia berada di pohon tamar berdekatan.”
Baginda bersabda:
“Bagi kamu, daku bimbangkan hal selain Dajjal. Jika dia muncul ketika aku
berada dengan kamu, aku sendiri akan melawannya bagi pihak kamu. Jika dia
muncul setelah daku pergi maka setiap kamu hendaklah menghadapinya bagi pihak
kamu sendiri dan Allah akan menjaga setiap Muslim bagi pihak ku. Dajjal ialah
seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. Daku
menyamakannya seperti Abdul Uzza ibn Qatan. Sesiapa di kalangan kamu yang hidup
untuk menyaksikannya, bacalah ayat permulaan Surah al-Kahfi. Dia akan muncul di
antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di kiri dan kanan. Wahai
hamba-hamba Allah, berpegang teguhlah kepada kebenaran.”
Kami bertanya,
“Wahai
Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah solat sehari semalam
memadai?”
Baginda s.a.w. bersabda:
“Kamu hendaklah melaksanakan solat mengikut
masa ketika itu.”
Kami bertanya, “Ya Rasulullah, berapa pantas dia bergerak di
bumi?”
Sabda Nabi s.a.w.
“Seperti awan yang dibawa angin. Dia akan mengajak
manusia (kepada agama palsu) dan manusia akan terpengaruh dan mengekorinya. Dia
akan perintah awan yang akan turunkan hujan dan perintah bumi yang akan
menumbuhkan tanaman. Ternakan yang meragut tanaman itu, teteknya akan dipenuhi
susu dan tubuhnya akan besar. Kemudian Dajjal akan pergi pula kepada kaum yang
lain dan menyeru mereka (kepada agama batilnya) tetapi mereka menolaknya. Dia
pun meninggalkan mereka, langsung mereka menderita kebuluran dan tidak
berharta. Kemudian dia akan melalui kawasan yang tandus dan berkata,
“Keluarkanlah khazanah kamu” dan keluarlah khazanah seperti sekawan lebah.
Kemudian dia menyeru seorang remaja dan membelahnya dengan pedang dan
meletakkan keratan itu berjauhan lalu menyeru dan remaja itu yang akan datang
berlari sambil ketawa. Waktu itu Allah akan menghantar Isa Al-Masih dan Baginda
akan turun di menara putih (al-manarrah al-baidha’) di timur Damsyik memakai
dua pakaian berwarna kekuningan dengan meletakkan kedua tangan baginda di atas
sayap dua 2 Malaikat. Apabila baginda menundukkan kepalanya maka jatuhlah
butiran seperti mutiara. Setiap kafir yang terhidu haruman baginda akan mati
dan nafas beliau sampai sejauh penglihatannya. Baginda akan mencari Dajjal dan
menjumpainya di pintu Ludd, lalu membunuhnya.” Kemudian sekumpulan orang yang
diselamatkan Allah SWT akan datang kepada baginda dan beliau menceriakan wajah
mereka (dengan berita syurga). Kemudian Allah SWT wahyukan kepada baginda, “Aku
telah lepaskan makhluk Ku yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Bawalah
hamba-hamba Ku itu ke at-Thur.” Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj,
dan mereka akan turun di setiap lembah.”
[Riwayat Muslim, Kitab al-Fitan wa
Ashrat as-Sa’ah, 8/196-199].
Labels: Catatan Iban Muslim, Dajjal, Hadis, Iban Muslim, Nabi Isa
Catatan IBAN MUSLIM pada 7/08/2015 04:27:00 PTG
Langgan:
Catatan (Atom)














