Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

7 Januari 2013

Penghijrahan Pembuat Tattoo Yakuza..Kini Seorang Imam


Taki Takazawa, jika dilihat daripada namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tatoo, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tatoo untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun ketika itu. Kerja sebagai ‘tukang tatoo’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.


Namun, pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan azan. Takazawa kini menjadi imam di sebuah masjid di ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadah, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seorang hamba Allah yang berkulit dan berjanggut putih. Hamba Allah tersebut juga mengenakan baju dan serban berwarna putih. “Hamba Allah tersebut memberikan sehelai kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama-sama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.
Kalimat itu adalah kalimah syahadah, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar berkaitan Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam, Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.
Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan hamba Allah yang menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi salah seorang daripada lima imam Masjid besar di Jepun.
Kredit: http://mirlme.com/