Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

6 Julai 2009

Jenazah Mohan Singh dikebumikan di tanah perkuburan Islam

KUALA LUMPUR 6 Julai – Jenazah Mohan Singh akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Buloh selepas Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini menolak permohonan keluarganya bagi menuntut mayat Pengarah Seni bebas itu daripada Hospital Sungai Buloh untuk dikebumikan mengikut agama asal.

Jenazah akan dituntut oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan dikebumikan selepas keluarga Allahyarham selesai memberikan penghormatan terakhir hari ini.


Sebelum itu, Hakim Rosnaini Saub menolaj permohonan keluarga Allahyarham dengan alasan mahkamah menerima sijil perakuan memeluk Islam Mohan sebagai keterangan selain tiada bidang kuasa untuk memutuskan sama ada dia telah keluar daripada Islam atau tidak. – Utusan.
IM: Semoga Allah mencucuri rahmat kepada seluruh muslimin dan muslimat. Al-Fatihah...