Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

28 Mei 2011

Malam di Lapangan Terbang Kuching....

Alhamdulillah...10.45 mlm (28 Mei 2011) selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dari Kota Kinabalu. Malam ini aku terpaksa jaga LTAK...hehe...aku terpaksa tidur di airport sementara menunggu pagi esok menjelma. Perjalanan balik ke kampung halaman hanya dapat diteruskan pagi esok. InsyaAllah. Doa-doa semoga aku dapat melalui malam yang terasa panjang ini dengan selamat di LTAK ni, dan semoga perjalanan esok turut mendapat lindungan-Nya. So far, penerbangan dari K/Kinabalu tadi alhamdulillah sangat baik.

Rindu terhadap kampung halaman semakin terasa. Apa nak buat, tiada transport yg boleh aku gunakan untuk meneruskan perjalanan malam ini. Pilihan yg ada adalah menggunakan 'van sapu' esok pagi...Sabar. Bukankah sabar itu separuh daripada iman.

Kalau aku tak salah ingat, kali terakhir aku tidur di airport adalah 8 tahun lalu. Masa tu di KLIA. Boleh tahan juga rasanya...

Mata pun mulai rasa letih dan memerlukan rehat. Namun, line tak clear lagi untuk tidur...Aduss...terasa panjangnya malam ini...

Sabarlah...

Ok lah, saje jer posting catatan ni...ni kan diariku...:-)


22 Mei 2011

AMANAH

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." (Surah Al-Ahzab:Ayat 72)

‎"(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(Surah Al-Ahzab: Ayat 73)


Daripada Abi Hurairah radiyallahu `anhu, sabda Rasulullah s.a.w (maksudnya):

"Apabila amanah dipersia-siakan, tunggulah berlakunya Qiamat". Abu Hurairah bertanya: "Bagaimanakah amanah yang dipersia-siakan? Jawab baginda: "Apabila sesuatu urusan diserahkan mandat kepada bukan yang berkelayakan, tunggulah berlakunya Qiamat".


Iban Muslim:
Berpandukan ayat Al-Quran dan hadis di atas, teramat berat sesuatu yang dinamakan AMANAH. Sehinggakan bukit-bukau dan gunung-ganang yang dilihat perkasa dan tersergam megah itu 'surrender' dengan apa yang disebut sebagai amanah ini. HANYA makhluk yang bergelar manusia yang begitu berlumba-lumba untuk memikul amanah walaupun tidak layak (sebenarnya) untuk diberikan sesuatu amanah tersebut. Masya-Allah tabarakallah...hampirnya kita dengan qiamat...
Ya Allah, hindarilah daku daripada dibebani amanah yang tidak mampu untuk aku melaksanakannya...sesungguhnya, aku hamba-Mu yang amat lemah...kepada Engkau sahajalah aku mengharap dan berserah diri...

16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU


Buat semua guru, tok guru, ustaz, pensyarah, dan warga pendidik amnya...terima kasih kerana mendidik insan...jasamu dikenang...semoga Allah kurniakan pahala berterusan atas ilmu yang dicurahkan...

Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya):

“Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312).

Ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ilmu agama dan juga ilmu mengenai dunia. Ilmu agama ialah al-Quran dan al-sunah serta segala cabangnya. Ilmu dunia ialah sains alam, dan pengurusan pentadbiran dan kenegaraan serta yang berkaitan dengannya.

Pahala diterima oleh mereka yang menyebarkan ilmu berkekalan hingga hari kiamat selagi manusia dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan itu. Ilmu yang disebarkannya itu, sama ada melalui syarahan, penulisan kitab, akhbar atau majalah atau apa-apa rakaman yang dapat dirujuk dalam bentuk cetak dan elektronik maka ia mendapat ganjaran berkekalan.

"Selamat Hari Guru"
Jasamu dikenang

Drpd: Iban Muslim